Friday, February 24, 2012

Terpaksa Jua

Hi Korang,

Memula plan tak nak keluar kemana-mana pun hari ni eventho consultant ajak jumpa nak bagi surat. Memacam excuse yang aku buat. Keje banyaklah, technician nak datang betulkan lampu lah itu lah ini lah kan.

Tup tup terpaksa gak kuar di sebabkan satu menda which is

CELLOTAPE

Aduiyai, punyalah malas but terpaksa gak kuar demi tuntutan keje. Sebab nak balik opis cepat, haruslah ke Mines Shopping Complex je lah sebab paling dekat dengan office aku ni.

Bila dah masuk ke Mines ni haruslah jejalan dulu kan. Lepas je pi beli tapes yang tak sampai 5 minit tuh, abis 3 tingkat aku round cuci mata kan.


Dah time tengahari haruslah singgah makan jap. So duk lepak kat Old Town coz tak ramai orang.


Sebab aku jarang makan kat sini, so tak tau nak order apa. Then apa yang nampak sedap dalam menu itulah yang aku makan. So ini dia Spicy Chicken Chop Rice. Rasanya ermm bolehlah untuk mengalas perut. But kalau buat food review jawabnya hancus lah kan.


Tapi tak sedap pun, bedal sampai jugak kan.Tinggal bawang je. Teruk betul aku rasa.

Ok dah sambung balik keje nak siapkan tender coz ada submission next week. Ishkk letih dibuatnya lah.

CLP notes : Dah biasa jalan berdua, bila sengsorang rasa pelik la plak kan






9 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kalo aku mesti tapau ajer kalo mkn sorang2.

Myvitrd said...

Mak ai licin tinggal bawang je.. hehehe

Cik Nurul said...

Tengok tang sambal tu pun nampak kurang ceria, apatah lagi rasa..

KiD said...

terpaksa keluar untuk beli selotep..
terpaksa makan untuk kenyangkan perut..

hazman aka species1980 said...

betul tu beb... old town nie biasa je rasa makanannya...

CikLilyPutih said...

@elismie
aku dah lapo time tuh.. itu yg bedal tuh

CikLilyPutih said...

@Myvitrd
klu aku makan bawang tu tentu lagi licin kan

CikLilyPutih said...

@Cik Nurul
itulah memang tak berseri langsung

CikLilyPutih said...

@Kid
itulah semuanya terpaksa lah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails