Monday, February 13, 2012

Nasi Kandar Line Clear Jadi Sasaran Bila Bercuti Di Penang


Hi Korang,

Mr Big kalau pi Penang mesti nak makan nasi kandar kat sini, bukannya kat KL tak de but rasanya tak sama lah.


So cuti hari tuh yang ktorg pi Penang tuh, sempat jugak lunch kat Nasi Kandar Line Clear ni walaupun time tu dah pukul 4 petang cam tuh kan.  Lepas check in kat Vistana Bayan Bar uterus je start enjin keto ke area Georgetown ni. Walaupun tak do GPS but ktorg managed tu sampai dengan tak sesat coz aku kan pernah berumahtangga kat Penang ni tahun lepas.


Park kete betul-betul depan kedai nasi kandar ni. Senang kan. Lintas jalan then masuk terus ke kedai. Orang ramai oo walaupun dah petang time tuh, so beratur lah. Takkan nak potong Q plak kan.


Sampai2 kat kaunter makanan, boleh pilih nasi putih or beriani. Haruslah beriani kan. Baru masyuk. Mintak ayam goreng panas bahagian kepak dan telur ikan then campur semua kuah. Mantap ooo


Walaupun orang ramai but still ada tempat duduk kosong coz orang kuar masuk, kat situ aku boleh perasan samaada orang tu Penangites or tourist. Selalunya orang local dah makan terus balik kan. Tourist macam ktorg ni, amik2 gambo dulu sebelum makan, check in kat foursquare, tweet kejap memacam lagi lah.

Licin ooo, padahal duk sebelah mak mertuo den nie!

First time aku makan nasi kandar minum teh ais. Selalunya tak boleh coz boleh rasa mual but kat sini tak rasa langsung siap order bergelas lagi, tengok betapa sedapnya teh ais kat kedai ni.


Harga pun oklah berpatutan tak mahal mana pun. Ktorg yang 7 orang ni makan macam-macam termasuk telur ikan, kari sotong, ayam goreng panas sorang seketul beso, the ais bergelas-gelas baru RM75.00 je kan.


Yang best tu, tokeh kedai ni agaknya peminat kucing kot coz atas bumbung kedai ni ada banyak sangat kucing-kucing comel yang ala-ala manja gitu. Diorg ni duk melepak sambil perhatikan pelanggan makan kan. Langsung tak de nak turun ke, mengiau2 minat makan kan. Kalau amik gambo, siap posing lagi tuh kucing-kucing ni.

Model terbaru nasi kandar line clear

Korang pun nak pi makan kat sini ye, ok ok ni alamatnya

Nasi Kandar Line Clear
Behind 177 Penang Road
Penang
Tel : 04 2614440


Direction : meh klik kat link yang aku attach ni cilok dari google maps

Business Hour : 24 jam

Tutup 2 minggu sekali pada hari Selasa dan jugak 1pm-2pm hari Jumaat untuk Solat Jumaat.

CLP notes : Lepas makan, boleh shopping bikini kat kedai sebelah tu kan. Cantik-cantik ooo


14 comments:

daydeck86 said...

tak kono dongan tokak den ni ha,... kalau kari den suka makan dokek kg atap

Ma'am IEDA said...

hahaaa..dah penah makan dah...pegi time dinner, mmg ramai giler orang. but we just tapau, sbb ramai menanti di rumah. kazen i yg tlg tunjukkan jln pun trsosat... ahakss..

hazman aka species1980 said...

kalau kat tempat aku biasa makan nasi kandar lawood kat nilai jee...mmg boleh jadi ketagih tau...

sawaNiLa said...

kucing tu agaknya..tunggu line clear baru terkam kepala ikan kot

KiD said...

syok laaa makan nasik line clear nih.. kid pun pernah makan kat sini skali.. :)

Fazrol said...

Sebagai org yg pernah kerja kat penang..
Aku tak suggest sgt kwn2 p makan kat situ...
Tempat memang popular, tapi kalau pergi mlm, baru boleh nmpak keadaan yg sebenarnya...

akuzle ayu said...

aku pon teringin. nnti ader rejeki surely aku terjah n wat rebiew cAmneh..amin3!! ambuih! kemain santai n comey n beresih 'adik2' kucen tuh semer. maybe dh diberi lynan tahap eksklusif dek tokey LK tuh.. patutlah biz depa neh laju ajer yea? ikut sunnah Rasullullah...subhanallah!! model2 tuh sungguh bertepatan sekali.... mmg vogue yow...sesuai utk jual mknn...hihihihihi

CikLilyPutih said...

@daydeck
aku blom penah pi makan kat kg attap. moh kite pi nak

CikLilyPutih said...

@Ma'dam Ieda
ermm klu bukan org penang memang sesat lah nak kesini kan..

CikLilyPutih said...

@hazman
nasi kandar lawood nilai? kat mano tuh aku tak penah nampak pung

CikLilyPutih said...

@sawanila
itu lah bro.. dah di ajar agaknya pasal tata tertib kahkahakhka

CikLilyPutih said...

@Kid
itulah setengah tak boleh makan kat tpt2 cam ni kan

CikLilyPutih said...

@Fazrol
mana2 kedai pun sano gak, klu pi nasi kandar beratur lagi lah.. memacam leh nampak ooo

CikLilyPutih said...

@akuzle ayu
itulah kucing tu kan bawak rezeki, sebab tulah maju NKLC nie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails