Friday, February 24, 2012

Cubalah Bertimbang Rasa

Hi Korang,

Biasalah kalau duk umah burung merpati ni, parkingnya pun bertingkat-tingkat lah. Kira nak turun pun kena pandang kiri kanan macam nak lintas jalan but based on cermin beso yang diorg dah gantung kat tembok tu lah.

So semalam aku pun turun nak cam biasa pas maghrib nak pi pasar malam. So sambil drive tuh nyanyilah sket kan. Agaknya seronok sangat melalak tu, sampai satu level tuh aku boleh tak perasan ada satu biji kereta tup tup kuar dari parking.


Hah, ko terus aku brek emergency sekuat mungkin walaupun bukannya laju pun. Kereta yang kuar muncung tu pun brek jugak. Terus je aku keluar kereta dan pi mintak maaf kat driver kereta tuh.

Lily : Mintak maaf ye encik, saya tak perasan tadi kereta u nak keluar.

Orang tu : Oit buta ke? Kalau dah langgar ko nak bayar ke? (Penggunaan Ko ye! Perhatikan)

Lily : Kalau dah kena, memanglah saya akan bayar. Dah memang salah saya pun. (Cool lagi)

Orang tu : Ko boleh betul kan sekelip mata ke? (Dah perasan macho, marah2 pompuan kan)

Lily : Eh, encik ni saya ni cakap bebaik nak mintak maaf, yang encik tengking2 ni kenapa? Masalahnya tak kena langsung pun kan. Ishk cubalah bertimbang rasa sket. (Tangan aku dah mengigil nak lempang je muka mamat ni)

Orang tu : Kalau dah pompuan tu pompuan gak lah kan. Bukannya reti bawak kete. (Marah benau lah)

Tup-tup orang tu terus masuk kete dan blah tanpa cakap sepatah haram pun. Aku plak yg membebel2 sengsorang. Rupanya Mr Big ada kat belakang aku, bagi renungan tajam kat orang tu kan.

Patut pun dia blah.

Mr Big cakap dengan aku, lain kali kalau umah dia terbakar ke, accident ke, anak dia kene culik ke jangan harap nak mintak tolong dari kita. Padahal, bukan orang tu tak kenal sapa aku jiran atas umah je.

Cubalah korang fikir, patut ke tak orang tu buat kat aku ek.


CLP notes : Buat baik salah, buat jahat lagi lah salah kan.


10 comments:

sW33tdARLiNG said...

kalau aku, start dia cakap buta tu lagi aku dah tengking dia balik... masalahnya tak kena pun.. ko pun baik hati sangat mintak maaf... tak berbaloi perkataan tu untuk orang mcm ni...

POSH76 said...

besela tu kalau baek salah...salah lagi ler tak baek...tapi kalu kuang ajaq sgt...mmg nak kena la tu.....

Ma'am IEDA said...

confirm mamat tu PMS... tak pun baru lepas gaduh..hahaa... org cam tu ignore jer.. buang karen jer jalan... camana la dia on the road, kan? hmmm...

KiD said...

cam haremmmmm tul perangai.. takde sivik langsung! puuihhh! hahahaaaa

e.l.i.s.s.m.i.e said...

mendidih aku membacanya... orang dah mintak maaf ..sama laa kes aku hari ni. dah mintak maaf, still lagi salahkan aku ckp jgn selalu salahkan orang..tension mak...

CikLilyPutih said...

@amy
aku malas nak gaduh2 itu yang kene pijak tu kan

CikLilyPutih said...

@Posh76
itulah payah aku nak cakaplah

CikLilyPutih said...

@Ma'amIeda
itulah sesangat PMS sungguh

CikLilyPutih said...

@Kid
memang pun jahanam sungguh

CikLilyPutih said...

@elismie
sangat sakit hati tau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails