Sunday, January 15, 2012

Macam Nak Raya Plak

Hi Korang,

Tak de buat apa pun ari-ari cuti ni kecuali makan, tidur, berr.. dan memacam lagi lah. So Mr Big ajak pi beli barang dapur sebab dia nak suruh aku masak. 

Alah shopping dekat dengan area umah aku ni, EconSave. Masyallah ramainya orang pepagi ni. Sampai troli pun abis dibuatnya. Plan asal nak beli udang je coz nak masak sambal tumis udang, memandangkan kaunter bahan mentah tu nak timbang bukan main panjang beratur so terus cancel nak masak special kan. 


Tetiba nampak ramai orang kerumun kat satu tempat ni, ktorg pun apa lagi pi lah nak kepoh2 kan. Rupa-rupanya air kotak ada offer murah. Selalunya 24 pcs air kotak ni lebih kurang dalam RM17-18 henggit kan, now dia offer cuma RM10.68. Mana tak orang nak. Aku pun terus je sambar 2 kotak panjang, 48 pcs. Hah ko, aku perasan semua troli ada je air kotak ni, tak kira sapa pun. 


Then lepas je ktorg bayar, kak cashier tu bagi ktorg kalendar dragon lagi. Yang best calendar 3D tuh. bila goyang je, nampak dragon tu gerak-gerak. 

Abis umah, terus masak makaroni goreng. Senang je,sambil kemas umah sambil masak.

CLP notes : Tak kira apa perayaan pun, orang shopping non-stop. Nampak sangat orang-orang Bangi ni kekaya ek.



2 comments:

Fazrol said...

Nak raya.. Mmg full laa shopping kompleks..

Ma'am IEDA said...

Tu baru Econsave... Belum lagi pegi Tesco. Laaagiiii cam hari-hari raya... Shopping x hengat... hohohooo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails