Thursday, January 12, 2012

Istimewanya Masakan Melayu Di Enak KL, Starhill Gallery

Hi Korang,

Bila dah terlalu lama di blend dengan western cuisine, fast food, chinese food tetiba tekak ini nak makan masakan melayu yang betul-betul melayu. Selain dari Kg Baru rasanya memang payah nak cari di sekitar KL ni kan dan bila dijemput untuk makan di Enak KL, rasanya inilah restoran yang menghidangkan betul-betul masakan melayu yang terbaik yang pernah aku rasa.


Restoran Enak KL yang sudah beroperasi lebih 5 tahun ini terletak betul-betul di kawasan CBD (Central Bussiness District) Bukit Bintang, KL. Malah satu-satunya restoran melayu bertaraf 5 bintang yang ada di Starhill Gallery ni. Ia menghidangkan segala jenis masakan melayu tradisional dari entrée hingga ke dessert.


Dengan berkonsepkan ‘Fine Dining’ melayu lama, bila masuk je di pintu hadapan restoran ini, kita dapat lihat segala dekorasi menggunakan barangan lama dan antik, dan segala barangan ini adalah koleksi peribadi tuan punya restoran ini, Puan Sherena Razaly sekeluarga.


Tercetusnya idea untuk membuka restoran berkonsepkan melayu ni datangnya dari ahli keluarganya yang begitu sukakan masakan melayu dan mahu memperkenalkan kepada mata dunia, betapa sedap dan lazatnya masakan melayu ni dan semua resipi yang di hidangkan adalah hasil warisan turun-temurun keluarganya, katanya lagi.

Antara yang dihidangkan adalah

Pembuka Selera
Sup Ekor,Gado-gado, Kerabu Asparagus, Pergedel, Otak-otak Enak, Satay,Balla-balla, Cumi-cumi Garing, Salada Percik, Soto Madura,

Daging Aneka Rasa

Daging
Daging Bakar Asam Jawa, Rendang Padang, Daging Kurma, Daging Hitam, Kambing Masak Merah

Asam Pedas Butter Fish

Ikan & Makanan Laut
Botok-botok, Sambal tumis Udang, Sotong Berisi, Udang Selat Asam Jawa, Udang Raja Lemak Merah, Garupa Goreng, Kari Ikan Bendi, Ikan Asam Pedas

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ayam
Ayam masak lemak cili padi, ayam goreng lengkuas, gulai Kari Ayam, Ayam Kalio, Burung Puyuh Goreng Berempah


Cendawan Sisek Goreng

Sayur-Sayuran
Tauge Goreng, Terong Belado Udang Kering, Kangkong Belacan, Bayam Goreng Kampung,

Manisan Kelapa Muda Enak


Ketayap Mangga

Pemanis Mulut
Manisan kelapa muda enak, pisang caramel, Ketayap mangga, Bubur Pulut Hitam, Cendol Enak, Ais Krim Trio Enak, Sago Gula Melaka,

Bertepatan dengan nama restoran ini Enak KL dari segi rasa, quality, hiasan dan segala yang dihidangkan untuk ktorg ternyata memang enak. Harga plak berpatutan dengan apa yang dihidangkan dan bagi aku not to expensive sangat pun. Malah lebih murah dari mahal di hotel. Rasanya memang teringin nak lagi makan lagi di sini. Yang best tu boleh makan pakai tangan coz ada washroom sendiri dalam restoran ni so tak yah lagi nak keluar-keluar kan cari washroom.




Restoran Enak KL
LG2, Feast Floor,
Starhill Gallery,
181, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 603-2141 8973 / 03-2148 9549
Facebook : Enak KL

Terima kasih di ucapkan kepada Puan Sherena Razaly, En Hamidon Ramli dan juga blogger Azmannisma dan Jejai di atas jemputan makan ini.

CLP notes : Aku datang dengan K Ina KL dan HazmanFadzil



10 comments:

KiD said...

nyum nyummm... enaknya!!!

kak ina kl said...

cantikkan platting dorang ni..rasa pun enak

POSH76 said...

bess jugak tempat ni kalau nak feeling candle lite dinner

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

wahhhhhhhh presentation makanan mcm dlm master chef.. very the class kan.. ai likeee

Ma'am IEDA said...

Kalau berkesempatan, try Bijan jugak... Nice and sedap Malay food.

the::bored::sha said...

aiyo terliur sudah tgk gambo2 tu...especially asam pedas..huhuhuhu

Nora_Aniza said...

cuba dtg kelantan, lambakan makanan best2..

Nora_Aniza said...

cuba dtg kelantan, lambakan makanan best2..

JAI said...

Ingat nak gi sekali lagi pekena Sup Ekor..terngiang-ngiang kat mulut ni hah..hehe

Syigim said...

cantik gile hiasan2 makanan dia! ayam masak lemak pun bole jadi mcm fine dining dish bila serve bertindan mcm tu!

bagus jugk.. sbb kdg2 mat saleh/tourist yg try tmpat2 mahal tp mostly ade japanese/chinese/western food.. now ade malay food fine dining :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails