Wednesday, January 4, 2012

Seharian Di Universal Studio Singapore

Hi Korang,

Aku citer roughly dulu lah, later entry baru details ek.


Ermm aku rasa memang korang ternanti citer aku pasal pi Universal Studio Singapore. Actually tak plan apa-apa pun. Aku cakap dengan Mr Big nak pi bercuti kan, tup-tup dia dah siapkan semua arrangement untuk berjimba ke sana. Cuma dia pesan aku bawak duit nak belanje dia makan je. 


Ktorg tak tido sana pun coz hotel fully booked, mana taknya cuti sekolah kan. Bertolak dari Tune Hotel JB (nanti aku citer pasal hotel ni ek) then satu hari suntuk dari pagi sampai ke malam kat dalam USS ni. 


Sesampai je terus pi tukar tiket dulu kat Group Sales Counter. Rasa menyesal tak beli Express Pass ni coz kalau guna pass biasa kene beratur panjang but kalau ada Express Card hah ko langkau selaju yang mungkin. Then masuk2 je terus terjakun sekejap. Ramainya orang, besarnya tempat nie dan yang bestnya character kartun bersepah2 kat merata tempat dalam USS area ni. 


Berbekalkan map dan jugak list of activities yang diorg dah sediakan. Ktorg pun merayaplah ke merata tempat. Semua tempat ktorg pi Far Far Away, Madagascar, Jurrasic Park, The Mummy, Transformer, New York Cities dan jugak Hollywood. 


Segala shows, rides, roller coaster semua ktorg beratur main. Yang paling best aku main indoor roller coaster kat The Mummy dan jugak 4D roller coaster dalam Transformer show. Totally memang awesome. Tak sangka betul, siapalah yang create kan. Kagum sangatlah ktorg di buatnya.


Sambil jalan sampai search untuk halal restaurant untuk makan kan. Ada 2-3 tempat yang bertanda halal untuk ktorg makan. Kebanyakan ktorg makan kat Goldilocks, salah satu tempat yang ala-ala Mc Donalds. Ayam gorengnya sedap, burger pun besar jugak. Sepanjang jalan dalam USS nie bersepah2 water dispenser untuk minum dan jugak gerai-gerai yang jual segala mak neka snacks macam popcorn, nachos, titbits dan memacam lagi lah. 


Majoriti each parks memang di sediakan restaurant dan jugak merchandise shop untuk shopping kan. Aku pun apa lagi berbekal SGD350.00 (RM814.00) tuh aku shopping tak ingat. Ala bukan beli apa pun sekadar t-shirt, FM, keychain, caps, frame jadilah kan untuk kenang-kenangan. Aku tak beli banyak pun coz fikirkan nilai dollar tu tinggi kan. 


Overall memang best giler dapat pi USS ni. Memang release tension betul. Seronok yang amat sangat. Segala kemudahan semuanya di sediakan. Yang syok diorg ni tak check pun beg so dengan selambanya bawak makanan masuk dan bedal. Kira save jugak lah kan.


So terima kasih kat my lovely darling Mr Big atas hadiah 4th anniversary kita ni. Sesungguhnya you memang boleh baca gerak hati I yang I sesangat perlukan rehat sebegini. I love U very strong lah.

Later aku update tentang segala parks yang ada dalam USS dan jugak kemudahan yang diorg sediakan ek.

CLP notes : lenguh kaki tak ingat bila balik hotel, trus pi urut kaki kat lobby ada mesin urut kat situ. Lebih 250 gambo yang ktorg sempat snap dalam masa satu hari ni. Bila view balik terperanjat gak dibuatnya.




22 comments:

Fazrol said...

Terbaik.. antara tempat yg plan nak pergi gak nie...
Tapi wife tengah pregnant, tak best la plak.. tunggu baby besar sikit la baru nak pergi... he he...

Nanti buat review baik punya ye... he he...

Em's Family said...

berape harge yer kalau express pass compared to normal pass?

lina said...

salam lily - nak tanya soalan..nak beli Express Pass tu kat mana..mmg tak tahu dan ketinggalan sesgt :)

sHiLaziZi said...

bestnya CLP..nak tau overall rate brape uols bawa dalam RM ek?? leh la iols nak plan g uss pulak pasni..

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh bestnya dah sampai sana.

hazman aka species1980 said...

ending tahun 2011 yang happy kan...nampaknya aku pun kena cari masa untuk pegi holiday gak nie...

POSH76 said...

bessnyer uss...ko buat review..aku pun tingin nak pi ni

isabelle said...

kau nak jeles apa aku ke dubai, nyah?
kau gi USS lagi best.
huwaaaa..nak pegiiii!!!!

hen party said...

There's this particular roller coaster ride that hasn't been open in Universal Studio. Does anyone of you out there know whether when it'll open? Approximately?

Alyza Fisol said...

waaaa...nak pegi USS jugak... :P

ManjaIxora said...

wahh.. bestnyer..

bilalah kitorang dapat ke sana.. huhuhu

hen party said...

duck tour balloon ride ,1 day to Sentosa including rides and dolphin show and musical fountain and 1 day for Universal studios in sentosa.I also want to see Chinese and Japanese Garden and Science Centre Are the number of days enough ?Thanks,everybody

CikLilyPutih said...

@fazrol
tunggu baby beso baru best sket jalan, klu tak penat ooo

CikLilyPutih said...

@Em's Family
refer kat entry pas entry nie.. semua dah tulis dah

CikLilyPutih said...

@lina
klu beli kat kaunter tuh, cakap je nak express card nanti diorg kasi tau bpe kene tambah lagi

CikLilyPutih said...

@shilaazizi
duit shopping termasuk makan lebih kurang RM1K. coz ktorg ni suka makan. segala kedai ktorg test makan. shopping souvenir tak hinggat. Klu bawak SGD300 (RM700 lebih) tu kira oklah.

CikLilyPutih said...

@hazman
kumpul duit bebyk baru syok jalan

CikLilyPutih said...

@POSH76
itulah bagi panduan kat org lain yg nak pi, senang sket kan

CikLilyPutih said...

@belle
dubai tu jauh, naik kapal terbang business class.. USS tu baik bas je tak tak berape nak class kahkahkahakha

CikLilyPutih said...

@alyza
kumpul duit dulu, baru enjoyy kat sane

CikLilyPutih said...

@mamasyaza
alah mama pun leh pi gak bukan jauh pun. spore je

CikWunny said...

hikhik..baru pergi last week..memang best sangat..blogwalking here..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails