Tuesday, January 3, 2012

Kacang Pool Sedap Di Medan Selera Larkin, JB

Hi Korang,

Kalau balik JB memang tak sah kalau tak singgah ke kedai Kacang Pool Haji dekat sebelah Balai Bomba Larkin ni. Memang favourite aku ni. Ntah apa yang sedap pun aku tak tau mesti nak singgah ke sini bedal 2-3 mangkuk kan.


Bagi aku kacang pool ni makanan ringan yang anytime korang leh sapdek. Sebab tu lah kedai Kacang Pool Haji ni pepagi dah bukak sampai larut malam. 


Simple je menu ni, satu set lengkap ada semangkuk kacang pool dengan roti bakar tebal homemade tau. Dalam kacang pool tu plak ada telur mata kerbau yang cair-cair sket tu kan. Lagilah masyuk bila masuk ke tekak.

Sebenarnya tak delah istimewa sangat makanan yang berasal dari Tanah Arab ni but gabungan daging cincang dan rempah ratus yang special tuh dah cukup menawan hati aku untuk membelasah kacang pool ni. Memula Mr Big pun tak berapa berkenan sangat dengan makanan ala bubur ni but bila dia dah cuba hah ko meletopss uolls. Ktorg kalau makan kat sini mesti order at least 3-4 mangkuk. Baru masyuk kan..


Nama Gerai : Kacang Pool Haji
Lokasi : Medan Selera Larkin
Wajib Order : Kacang Pool
Waktu Perniagaan : 7:00AM – 1.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5



Kepada korang yang kaki makan cam aku ni, kalau ada kat JB bolehlah singgah ke kedai Kacang Pool Haji ni. Senang je nak pi cari je Balai Bomba Larkin ada medan selera sebelahnya so kat situ lah kan.

CLP Notes : Gambo ktorg makan memang tak de time coz tengah lapo sangat. Tambah plak time hujan plak tuh.. Bedal hingga menjilat sudu lah.



12 comments:

mamaNoriz said...

eh, balik jb ek?

mmg best pekena kcg pool panas2 time ujan tu...

tpi dah byk tmpat tiri menu ni, cuma rasa lah tak sure camana kan...

sawaNiLa said...

sedapnya.. dulu adakat damansara tapi dah tutup..dgr citer

Dilakochan said...

Aduhai terliur tgknya!

B4 this pernah dtg medan selera ni, perkena ABC special bomba larkin.

member pun ada suggest try kacang pool kt situ, tp that time xrasa nk makan!

Next time turun JB kene try ni!

miSpYeja said...

sedap ke??xnk makan la mcm dap je

hen party said...

What is the origin of Ice Kacang? Anyone knows what it started off as and who created it? Which country did it originate from?

CikLilyPutih said...

@mama noriz,
ktorg memang makan kat sini je dgn kat wisma tuh. sedap

CikLilyPutih said...

@sawanila
hah ada kat damansara bang? tak tau plak lah

CikLilyPutih said...

@dilakochan
baik cuba terbaik ooo

CikLilyPutih said...

@mispyeja
sedap sangat lah

Papa-NtiQ said...

weekend lepas baru jer saya gi kat cawangan dia di plaza larkin sebelah stesen bas larkin. memang best kan cik lily? yg cawangan dia di damansara PJ pun femes gak...gambar2 dah download kat blog saya jom gi tengok kat www.blogmakanbest.blogspot.com

Muhammad Murshid Mohshim said...

Dekat shah alam pun ada... seksyen 15. Terbaik....

Muhammad Murshid Mohshim said...

Kat shah alam seksyen 15 pun ada... Mmg terbaeeek

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails