Monday, January 16, 2012

My Volkswagen Test Drive Experience @ Desa Parkcity

Hi Korang,

Yeah test drive lagi. Kali ni dengan Volkswagen Car plak. Tahun lepas aku dapat test drive Exora dan BMW but kali nie tak leh bawak balik lah. Cuma kat dapat drive around kat Desa Parkcity ni je.


Aku sempat try Polo, Polo GTI, Jetta je. Passat aku cuma rasa duduk je coz kereta tu hot stuff sentiasa je ada orang



Ktorg bloggers di bahagikan into 2 session. Aku haruslah kena first session dengan Jejai, Merryn, Jess, Myvitrd dan 10 orang lagi bloggers.  Once registration, ktorg diberikan pilihan nak test yang mana dulu. Aku memula mintak Polo GTI but someone tengah guna so aku try Polo biasa dulu. Konon-konon nak rasa performance untuk buat perbandingan nanti.

POLO 1.2 TSI

Agak kekok jugaklah bawak kereta kecik kan setelah sekian tahun bawak kereta beso ni aku struggle gak untuk adapt driving Polo ni. But one thing yang aku perasan kat semua kereta Volkswagen ni aku impress braking systemnya, totally awesome. Letak hujung jari kaki sket je untuk brake terus automatic brake on the spot. Memang safety wise, bagus.

POLO GTI


Then bila drive Polo GTI plak, yang aku dapat rasa bila time naik bukit tuh, selalunya kereta-kereta biasa ni agak slow sket naiknya but Polo GTI ni plak aku tekan je terus pergi tak kiralah naik bukit ke jalan biasa ke kan. Mantap.

JETTA 1.4


Ktorg try Jetta plak, aku kasi Mr Big bawak dulu then aku duk belakang. Jetta ni C.C. nya kecik je 1.4 but kalau korang nak tau performance Jetta ni is 1.8 C.C. Kalau ko terperanjat gak aku pada mulanya bila dengar ktorg punya coach tu citer. Kagum sungguh lah

Nuffies Yuen Yee


Farah, Ann dan Thara. 3 kurus 1 gemuk kahkahakhak

With ShilaShower. Ermm kurus lagi dia nie

Dah lah matahari mencarak atas kepala kan,  penat ronda-ronda  terus lepak bawak khemah kan. Makan ada minum ada, bercamwhore sket, gossip sket pasal performance Volkswagen ni. Majoriti setuju dengan opinion aku. Best safety cars lah.


Thanks to Nuffnang dan jugak Volkswagen for this great opportunity. Kalau boleh nak bawak balik terus jelah tak nak pulang.


Rasanya Volkswagen ada promotion untuk raya Cina ni dari 7 Jan 2012 – 29 Feb 2012

One year road tax 
One year insurance 
Services for 45,000km or 3 years 
Touch 'n Go card worth RM500


Memang dah lama usha kereta saiz kecik ni kan, bukan apa nak pi pasar pun senang parking. Then Mr Big cakap takkan beli Polo buat pi pasar je kot. Ermm cam no nie ek.

CLP notes : Polo or Golf? Kang kalau aku pakai mak aku bising dah elok2 kereta beso pakai kereta kecik plak. Cam no ko nak bawak aku jalan nanti. Mana muat? Ishkkk..



14 comments:

L said...

kadng2 teringin tgk.. tp xmampu nk pakai lagi.. huhu

jom baca sekejp..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

wahhhhhhhhhhh besttttnyaaa dpt join test drive niii =)

Myvitrd said...

Macam mana bila nak booking ni.. hehehe

sarah said...

waaa boleh test drive pun ok gak kan lili...kalu le saya dapt test drive..hehhheh

JMR said...

ini kereta, kecik bukan sebarang kecik nih..heheh..terbaek lah!

Rawlins Ichigo Takashi Lutz said...

Best kan...
Nice meeting you and Mr Big there...

KiD said...

sambar aje laaa.. tapi better yang bsar sikit..

MaryaYusof said...

Best, best... ;)

CikLilyPutih said...

@L
memang x mampu je, test drive boleh la kan

CikLilyPutih said...

@mak dara
memang pun seronok

CikLilyPutih said...

@myvitrd
itulah, aku tengh pujuk rayu mr big nie

CikLilyPutih said...

@sarah
memang pun, test drive pun jadilah kan

CikLilyPutih said...

@JMR
alah tak kira, aku nak bawak pi pasar gak

CikLilyPutih said...

@rawlins
itulah seronok sungguh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails