Wednesday, January 18, 2012

Booked at Tune Hotel, Danga Bay JB

Hi Korang,

Kan aku dah cakap citer aku berhoneymoon tuh tak abis lagi. Meh lah aku sambung sket. Kalau nak citer straight boleh termuntah dibuatnya kan.


Kali ni holiday kat JB tak tido umah sesapa pun coz malas nak susahkan adik aku, cousin aku, kengkawan aku kan, so ktorg booked bilik kat Tune Hotel, Danga Bay. 


Mr Big dah siap buat booking sambil bayar terus thru online. Dia kata senang, tak yah nak fikir2 pasal nak bayar duit bilik lagi. Lagipun senang nak pi USS, turun je dari bilik then terus naik bas. 


Ktorg sampai dalam kul 2.30pm camtu, terus kasi booking no then diaorg explain sket cam ne nak check credit, kasi internet password, kasi towel dan toiletries sekali. 


Ktorg dapat bilik tingkat 2 mengadap Sekinchan Ikan Bakar. Kira ada view jugaklah kan. Bilik memang kecik, sesuai untuk travellers lah sebenarnya. Kalau nak luxury2 holiday pi book kat hotel lagi ye. Very clean, tilam dengan bantal pun empuk. Tenggelam kepala aku kejap kan, reception TV clear tak berpasir langsung. Yang penting ada Astro Ria k.


Yang aku perasan Tune Hotel ni dindingnya penuh dengan iklan. Even dalam bathroom pun, atas kepala ko ada iklan gak. Internet boleh tahan laju gak lah. Cepat je aku check2 email kan. Parking pun banyak, kedai 24jam pun ada, nak main internet kat lobby boleh, mesin urut kaki pun ada kan. Hah apa lagi korang nak.


Harga pun tak mahal sangat, untuk 2 night kat situ Mr Big bayar RM273.50, itu pun budak reception tu cakap dia booked dah terlebih2, air-con terlebih, entertainment terlebih, internet terlebih. Agaknya kalau Mr Big klik bebetul mesti lagi murah kan.


What a good experience tidur kat Tune Hotel ni. Yelah mana orang bercuti duk dalam bilik hotel je, kalau cam tu baik tak yah pi bercuti. Aku rekemen lah kat korang tidur kat sini, yang kaki budget tu. Yang penting ada tempat nak letak beg, mandi mandi, salin baju, tidur cukup lah kan dan jugak USS.

CLP notes : Menyesal gak tak amik gambo iklan kat dinding hotel ni, coz semuanya mengenai 'quote' yang bagus dan menarik. Ishkkk


8 comments :

Dilakochan said...

Kite kalau p outstation ke JB mesti lepak TuneHotel ni. Senang!

Ikotkat satu malam dpt harga rm60 pun bole. Xpayah aircond2 dh sbb kipasnya pun dh cukup sejuk hihi!

Yg sukanya, ada cermin beso dlm bilik, n wallpaper dorang! niceeee~

Alida Ali said...

Saya plan pun mcm nak duduk sini kalau jadi pegi USS bln 3 nanti..

Mama Zharfan said...

not bad lah rate & faciltiesnya tu :) siap ada meter yer utk semua service tu heheh

hazman aka species1980 said...

biasa tengok dari luar je tune hotel nie...nantilah aku buat2x nak check kat LCCT tu...hahahahaha

CikLilyPutih said...

@dilakochan
itulah, kipas dia sejuk btul.. first time book online. cam nie la gayanya

CikLilyPutih said...

@alida
btul tuh. duk je sini. senang dan murah

CikLilyPutih said...

@MZ
bagus tau. atleast kite leh check bpe kita dah pakai kan

CikLilyPutih said...

@hazman
kan dah dekat dgn opis ko kan