Monday, January 30, 2012

Kupang Bakar Yang Enak

Hi Korang,

Masa ktrog pi Muar last week, sempat gak lah membeli-belah kupang kat tepi jalan area Muar ni. Memang berlambak orang jual. Ada kupang, lokan, pepahat, siput belitung dan tiram.


Tapi time aku lalu tu dah petang so tinggal kupang dan lokan je lah kan. So sapu je apa yang ado lah kan. Hasilnya 7kg kupang dengan 3kg lokan ktorg beli. Maklumlah time tu sedara-mara ramai kat umah. Itu yang beli banyak tu.


Balik-balik terus simpan dalam freezer dulu coz nak main bakar-bakar malam kan. Tak yah basuh dulu, kang kemanisan rasa kupang tu hilang. 


So lepas maghrib tu, Mr Big yang hidupkan api. Dia memang suka keje-keje outdoor ni. Seronok kene gigit dengan nyamuk katanya.

Apa lagi moh kite bako-bako kan.

Tengok api bukan main kuat lagi tapi sebenarnya api tu kecik je. Kupang-kupang dah start terbukak kulit kan. 

Dah siap masak, isi still sama saiz. Ada jus-jus lagi kalau tengok dekat-dekat.

Sos yang ado dalam fridge omak den. Sapu yo lah. Cousin aku makan letak butter je. Dia kata lagi sedap. Ishkk pelik.

Tengok si tukang bako. Dia lah jugak tukang makan dan jugak model kupang ni kan.


Memang terbaik rasa kupang bakar ni. Lebih enak dari rebus. Saiznya pun tak kecut. Kalau rebus dia jadi kecik sket. Aku pernah masak cari rebus ni, meh klik kat entry ni. Lazat gak

CLP notes : Boleh kena gout ko kalau bedal kupang ni tiap-tiap ari kan, tapi sedap ooo



16 comments:

Ma'am IEDA said...

kalu kat penang, orang panggil siput sudu... mmg peberet gak nih.. Paling best kalu masak sambal.. hmmm yummeyyy !

awek retro said...

suka gilew kupang...
susah nak jumpa kupang fresh area KL nie...salu balik kampg jek...

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

owh i love seafoods! try makan with sos lingham babe, lagi powerrrrrrrrr!

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kupang tu masak lemak putih sedap jugak kan.haihhh..terliur

madammondoq said...

eh kak. i pun baru beli sepupu sepapat kupang ni kat pantai remis few days lepas.. i beli alala and anak dara.. sedap oo..

KiD said...

kalo bakor, ia terbukak sendiri eh?

Errah said...

sedapnya...nak sikit..hehe

sahromnasrudin said...

kalau plus kerang bakar lg sodap kan :-)

CikLilyPutih said...

@Madam Ieda
siput sudu? comeynya nama

CikLilyPutih said...

@awek retro
memang pun payah nak cari kat KL ni.

CikLilyPutih said...

@LV
ermm memang pun sos lingham terbaik but kat kg ni tak do plak..

CikLilyPutih said...

@Elismie
masak putih? rebus ek.. memang sedap

CikLilyPutih said...

@madammondoq
pantai remis? kat kuala selangor ek

CikLilyPutih said...

@Kid
yolah abis tu nak makan cam no

CikLilyPutih said...

@Errah
jom ikut balik kampung nak

CikLilyPutih said...

@sharomnasrudin
itulah but kerang dah abis time tuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails