Thursday, January 5, 2012

Panduan Untuk Ke Universal Studio Singapore (USS)

Hi Korang,

Untuk korang yang komen kat entry aku yang sebelum ni pasal USS, tanya pasal USS ni kan,  meh aku citer kat korang



Travelling
Bagi yang tak biasa dengan Singapore ni, better naik coach yang straight masuk ke Universal Studio Singapore ni. Aku malas nak bawak kereta masuk ke Singapore so ktorg naik Odyssey Coach dari Tune Hotel kat Danga Bay tuh terus ke USS.  Harga tiket bas RM25 return trip (pergi-balik) Tapi kalau korang check-in kat Tune Hotel tuh dapatlah murah sket RM23 je.


Entrance Tiket Masuk USS

Normal pass

Normal pass ni ada dua. Satu Non-peak season satu lagi Black Tiket yang tiket peak season lah kan.Yang nie kena beratur sepanjang alam untuk main games/rides kan.

Kalau Non-Peak harganya SGD 68
Black tiket (Peak Season) SGD 74


Express Pass

Ini yang best ni, Express Pass ni membolehkan korang cross over orang-orang yang beratur kat Normal         Pass tu kan, kira macam cut Q. Kena tambah duit sket lah. Tapi memang worth it. Korang boleh jimatkan masa untuk main semua games/ride tu kan. Aku pun menyesal tak tambah duit masa beli tiket hari tuh.

Kalau Non-peak harganya SGD30
Peak Season plak harganya SGD 50


(Update) : Maknanya : Normal Pass + Express Pass = Hah itulah harganya untuk potong que tu tau. 
(Mahalkan but worth it sungguh tau)


Alah korang beli tiket kat travel agent kat Malaysia lah senang sket, sampai sana terus je pi tukar tiket kat Group Sales counter or masuk je terus dengan voucher yang korang dah print tu kan.

Kemudahan

Toilet, water dispenser untuk minum, wheelchair, stroller dan bersepah tempat duduk lah. Pendek kata kalau dah penat, memana leh duduk.

Cuma aku nak pesan sket, yang bab toilet tu. Memang tak de paip untuk cebok . Nasib baik aku bawah spare botol mineral water. So aku tadah air kat water dispenser or paip kat dalam toilet tuh, then basuhlah guna air tuh. Itu Mr Big cakap nasib baik bawak botol besar senang sket nak ber.. kan. Tak de lah selet-selet dengan tisu. Ishk geli plak aku dengar.



Restaurant

Tak silap aku ada 3-4 restaurant halal dalam USS ni. Semua ada lambang JAKIM SINGAPURA. So bedal lah tanpa was-was. Walaupun ada food court but ktrog prefer makan kat Goldilocks Restaurant dekat Far Far Away Parks tuh. Mana taknya macam Mc Donalds. Jual fast food. Ayam gorengnya sedap dan ranggup. Harga pun lebih kurang cam kat Malaysia je Cuma SGD lah kan.



Cartoon character

Ini kena take note, cartoon character ni akan kuar tak semena. Korang boleh jumpa bersepah-sepah dalam USS ni. Once dah nampak tu baik beratur cepat-cepat coz bila korang dah nampak sekali belum tentu lagi korang akan jumpa kali kedua. Sebab tu aku asal nampak je diorg ni terus pi beratur tak kiralah panjang cam ne pun kan.



Merchandise

Setiap parks dalam USS ni memang ada disediakan kedai souvenir mengikut parks nya lah. Kalau dalam Acient Egypt diorg jual bebarang yang berkaitan dengan Mummy lah. Kalau dalam Transformer haruslah jual barang Transformer. Kalau nak USS original punya merchandise, kat pintu masuk tu korang dah boleh nampak kedainya yang besar betul.  Harga taklah mahal sangat. Macam keychain SGD4.90, fridge magnet SGD5.90, t-shirt pun dalam SGD21.90 onwards. Kira oklah.

Update lagi :


Daydeck86 kata jangan lupa bawak towel untuk lap peluh. Yelah korang kan akan berjalan satu taman besor nie.

Aku rasa itu je kot yang patut korang tau pasal Universal Studio Singapore ni. Kalau ada yang tak paham or nak tau lagi lebih details meh tinggalkan komen kat entry aku ni. Nanti aku jawab untuk korang ek.


CLP notes : ermm rasanya cam nak pi lagi je USS ni next month coz tak puas lagi nak main lah.



22 comments:

Mama Zharfan said...

thanks for this entry :)

POSH76 said...

tak cukup lagi ni...more story...bagusla sng nak plan hehe

daydeck86 said...

pastu kena bawak towel kecik utk lap peluh wey

MaryaYusof said...

Ntah bile lah nak pegi USS ni..erm..

Myvitrd said...

wah bestlah.. teringin nak pegi tahun.. entah sampai atau tidak.. huhu

Syigim said...

bagusnya posting walaupun i dah penah pegi USS. n jealous u dpt jumpa shrek n fiona!!!!!! i amik gamba ngan puss je :))

ellaNadj said...

kak yg express pass tu mcm akk tulis la murah je dri yg normal pass ke acane? adik xpaham hikhikhik..

hazman aka species1980 said...

guide line yang pasti dapat bantu ramai orang... maklum la USS nie kan tengah hot...

Mya said...

tq for the info!
berguna sgt sgt..:)

cosmocraze said...

wah... bestnyer akak gi USS...saya pun ada plan gak nak gi ngan hubby... tapi x dapat cuti... lepas baca entry akak... skrg ada semangat i nak gi singapore... :)

firdaus said...

salam..sya nak bli ikut travel agent mane ye kat msia ni?? klu ikut website dia tu kna ade CC. sya ade debit card je..klu bleh bli direct ngn travel agent ok jgk..
thanks bnyk2 sya plan nak gi bln 2 ni..

~dYaHaHa~ said...

salam CLP, nak tnya, EXPRESS PASS tu bole pas2 sesama sendiri dlm group ke, mmg 1 orang tu je yg bole pakai pass tu?

Anonymous said...

kalau xde pasport bole p sana x?

mimi said...

salam clp
saya nk tny ttg cara pergi uss, kalau boleh email bagus jgak, byk nk tny.
btw saya nk pegi 1 day trip je, agak2 better dengan train, or better buat cam clp, pg johor, stay kat tune then naik coach tu? thanks

Anonymous said...

salam, saya tertarik dengan botol air yg mcm2 bentuk tuh... n botol air yg akak beli ada lambang USS tu pon saya minat..agak2 bpe ek harga botol bentuk cam tuh.. nak baget det nih.. hihihih

Anonymous said...

Hi ,

Surau ada tak ?

Thanks

Anonymous said...

Hrga pass+express pass=jumlah hrga tiket utk potg barisan.. Contoh: hrga pass SGD74 n hrga express pass SGD50.. mknanye if kita nk cpt n potong que, kita kna byr SGD 124 la utk tiket dia

Nor said...

mmg plan nak pergi ujung Jan ni....kalau pergi drive dari KL ke JB, leh ambik bas jer ker dr JB? sbb hubby malas nak frive msk SG. tapi dengan anak2 3 org nak naik bas,huhu...

Anonymous said...

hi,nak tanya..makanan macam mana yang tak boleh bawak?even air mineral pon xboleh ke?

HAMIZAH ISMAIL said...

Baby 12 bln kne tiket gak kew kwn...

HAMIZAH ISMAIL said...

Baby 12 bln kne tiket gak kew kwn...

Anonymous said...

Thanks to my father who statеԁ to me regаrding
this ωebpаge, thiѕ webpage iѕ гeally amazing.


Here is mу ωеb-site :: Basic: Travel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails