Wednesday, January 30, 2013

Cara Masak Siput Mentarang Yang Sedap


Hi Korang,

Ingat tak citer aku pi outing ke Lumut tahun lepas? Hah tahun lepas tu, gila lama


So ktorg ada beli Siput Mentarang yang cukup terkenal di area Kuala Selangor ni. Kalau korang perasan melambak-melambak jual kat tepi jalan on the way balik KL.

Jadi ktorg belilah sekilo ye coz nak cuba masak.

Siput mentarang ni senang nak dapat di kawasan berselut, sebab tu kulitnya berpasir. Duk kat selut rupanya. Haruslah kena basuh dulu, takkan korang nak makan dengan pasir-pasirnya sekali.


Cara basuh siput mentarang

Korang kena gentle sket bila nak basuh sebab kulit siput mentarang nipis dan rapuh. Anytime kalau pegang kuat boleh pecah. Bila dah pecah, kulitnya halus dan nipis tu boleh lukakkan jari jemari korang yang gebu da boom tuh. Kalau korang rasa cam tak bersih lagi, gosok je kulitnya pakai berus gigi lama kasi berkilat.

Anyway kita bukan nak makan kulitnya, tapi isinya kan.


Tips untuk simpan mentarang

Kalau korang tak sempat nak masak mentarang ni time tu gak, jangan basuh mentarang ni. Masukkan dalam bekas yang kering dan simpan dalam ice-box. Kalau tak busuknya yang maha amat sampai tak terkata.


Cara masak siput mentarang

Apa juga yang korang nak masak, mesti kena rebus dulu sekejap pun jadilah. Tak de la korang makan rasa hanyir dia tu kan.

cara rebus siput ni methodnya sama cam aku masak kerang rebus dulu.


1. Sediakan bahan macam bawang merah dan halia di hiris dan serai di tumbuk-tumbuk dengan anak lesung. Mak dia ko biarkan berehat ye


2. Panaskan air (takyah banyak sangat air, ikut kesesuaian) dan masuk bahan-bahan tadi dan biarkan sampai mendidih panas-panas tau. p/s : banyak air takut hilang kemanisan siput mentarang ni.

3. Once mendidih, masukkan siput mentarang yang dah dibersihkan.


4. Tutup periuk tadi dan terus tutup api. Biarkan masak. Jangan bukak-bukak nanti tak sedap


Bila nak makan baru keluarkan.

Tada inilah hasilnya


Siput Mentarang Rebus

Yang mana rajin nak masak kuah ke sambal ke lemak cili api ke boleh lah kopek kulitnya dan terus sambung masaklah. Tapi bagi ktorg yang malas ni, terus ngap begitu saja tanpa was-was.

Caraku dan caramu berbeza…

Ikut kesesuaian tekak memasing lah ye..

p/s : apmacam aku dah boleh masuk top chef tak? ehehhe






9 comments :

Saya Disini said...

xpernah mkn..sedp x

Suria Amanda said...

suka2...pernah masak sweet sour

bibi yusof said...

cik lily... mase sy ke kuala selangor teringin jugak nak beli mentarang..tapi tk pandai masak... tk pandai nak bersih kan..

pas ni kalau ke kuala selangor boleh la sy try..

Unknown said...

Salam admin,sila baca artikel ini sebelum membuat ping ke pingje.org TIPS SEO bukannya apa,tapi utk kebaikan anda dan juga kami..terima kasih..

*lapar lepas baca artikel siput ni.,..huhu

By Admin@pingje.org

Unknown said...

Salam..mai pm sy kat fb utk buat script title blog tu.. add fb ni JRevolusiKu

By Admin@pingje.org

SHILAZIZI said...

sedap tak mentarang ni kak lily?

Anonymous said...

Good day! I simply wish to give a huge thumbs up for
the good data you could have right here on this post.
I shall be coming again to your blog for more
soon.

Also visit my site :: SEO

fazliana said...

salam..sy lalu jer tgok org2 jual mentarang..tp xthu pe dy..cm sipot gak la nie..sdp x rsenyer?

nordean72 said...

Sedap x terkata