Monday, January 28, 2013

Dapat Jugak Tengok FILEM JUVANA


Hi Korang,

Hah, sape dah tengok JUVANA THE Movie ni? Eleh korang memang advance. Tak macam aku lembab je bab-bab citer melayu ni kan.


Bukan tak dapat pi tengok preview filem Juvana ni dengan media but tak sempat nak pi hari tuh, keje banyaklah awal-awal tahun ni.


Aku ni pun, S.I.L aku yang ajak kalau tak confirm-confirm tunggu keluar kat Astro FIRST jelah.

Sinopsis Filem Juvana:-

Juvana merupakan kesinambungan terhadap drama TV popular Juvana (pemenang Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011).


Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.


Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan.

Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.


Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.

Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain.


Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya. Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak.

Time tu lah….

Alah ramai yang dah tau kan ending citer ni, siapa mati dan siapa hidup dan siapa kena tangkap balik? So tak yah aku sesusah nak citer. Hehehehhehe

Ok la citernya NOT BAD tapi banyak bercakap sangatlah, patutnya selitkan lah banyak sket action baru lebih gempak. Watak Sharnaaz Ahmad tu memang terbaik oooo. Menjadi sangat, dengan kepala teleng-teleng sekali betul-betul macam psychotic la. Tapi time dia kena belasah dengan Apek tu best, nampak real sangat.

But seriously last part a few minutes sebelum abis tu aku rasa cam tak best plak lah. Cam tak sesuai je

So far Mr Big kasi 3/5 star je coz dia kata action sket sangatlah.


Korang, sempat la nak pi tengok but kena book awal coz filem ni tengah ON baik punya. Penuh je setiap showtime tau.


credit pics from google.com



4 comments :

Unknown said...

hubby sy nk sgttt tgk citer ni..layan jela..

Dayang Deno said...

macma best citer ni :)

Zurina Hj.Zainal said...

Wajib g tgk ni..

hazman aka species1980 said...

nasib baik ada babak gaduh kat dalam bilik air tue....layan jugak laa