Tuesday, January 22, 2013

Pakai MASK 2 Kali Seminggu Je


Hi Korang,

Memangla pakai mask ni tak berapa penting sangat tapi bagi aku penting tuh.

Yelah mask ni kan dapat tanggalkan kulit mati dan bersihkan kulit muka kita lagi mendalam. Bukan nak kata pencuci muka je dah cukup tapi kalau boleh nakla enhance kan lagi kulit muka aku yang tak berapa nak cantik ni.

Barulah nampak segar dah bersih.

Malam tadi sambil tengok TV tu tak de nak buat apa kan walaupun kain baju melambak tak lipat lagi, tapi buat bodo je sebab malas teringat plak nak pakai mask.


So keluarkan stok mask yang ada. Banyak benau, ada yang beli dan ada yang dapat. Pilih punya pilih, nak cubalah yang Oil Control dan pore reducer tuh. Mana tau kot-kot muka boleh jadi cam NEELOFA kan.


Cara pakai MASK yang betul.

1. Pastikan cuci muka supaya bersih dari segala bakteria

2. Pastikan tangan bersih dan dah dikeringkan

3. Buka plastik mask, tanggalkan kertas pelapik dan terus letak mask kat muka

4. Tekan mask dengan lembut, make sure kena ke seluruh muka korang tau.

5. Biarkan 15 – 20 minit, depends tak pun ikut instruction yang tertulis tuh

6. Abis 15 – 20 minit, cabut mask tu dari muka, jangan basuh ye

7. Urut lembut muka guna essence mask yang tertinggal tadi 

8. Dan biarkan sampai kering.


Nampak tak? Mudah je tu kan.

oit pakai mask pun sengget la

Lepas seketika korang dah buka muka dari mask tu, korang akan nampak seri dari muka korang tu terpancar keindahannya. Yelah daki semua dah hilang kan. Sorry gambo muka lepas bukak mask terlupa nak amik coz masa nak tunggu mask tu, aku boleh tertido dibuatnya hehehehhehe

muka lebar cam pinggan..

Ewah ewah ewah Cik Lily sungguh lawa

Tapi kalau nak lawa lagi

Jangan LUPA pakai mask 2 kali seminggu ye!



8 comments :

Zurina Hj.Zainal said...

ok bebehh!! leh try nih....harap2 dpt muka cam nasha aziz la puleekkk....:)

Cik Kamoo said...

dah lama tak pergi beli mask cenggini...kena pi cari la lepas nie

Azham Vsvc said...

Kalau saya pakai mask kat kolej kediaman...sure kena bahan hehehe!

Azham Vsvc said...

hehe....kalau saya pakai mask kat kolej kediaman...sure kena bahan ni hehehehe :)

boni kacak said...

mohon pakai setiap hari.hehehe. entah apa jadinya tu kan.

Im happy being alone said...

saya suka pakai mask..biasa saya beli yang dekat the face shop yg ada collagen tu..best sgt pakai yg tu..lembut dan tegang muka ni jadinya..hehe..

hazman aka species1980 said...

hurmm... patut la kulit ko makin halus dan cantik...

.::: Princess MOMOY :::. said...

momoy pun suka pakai mask. nak tegur sikit step no. 3 tu salah dear .
fungsi pelapik mask tu utk mudahkan kita nak pakai (sebab pelapik tu kan keras)

buka dan pakai mask tu dengan bahagian pelapik di bahagian atas. dan adjust bagi ikut muka
then tarik saja pelapik tu.