Wednesday, January 16, 2013

Giliran Kajang dan Bangi Tiada Air


Hi Korang,

Aku rasa isu ketiadaan air ni kini makin meruncing. (Wah ayat skema cam baca berita plak kan)

Huahauhauhaua

Aku tak boleh tulis ayat-ayat cinta cam ni oit.. susah lah. Ok back to normal ye.

air cuci muka

Aku pun dah jadi cam kes K Red dah. Wabak tak de air ni dah mula merebak kat area umah aku. Tak sure plak housing area kat sini but area rumah aku confirm.

air untuk cuci berus gigi

Semalam balik dari event awal so plan nak basuh baju dan masak special sket bagai. Bukak-bukak je paip air kat sinki dapur ni, langsung setitik air pun tak keluar. Apalagi mengambur pi check kepala paip lain ermm harammm langsung tak keluar apa-apa pun.

Sudahnya aku pi tadah air minum aku dalam COWAY punya machine tu untuk basuh tangan. Nak masak pun tak boleh kan, aku keluarkan semua baju-baju kotor masuk dalam laundry bag siap-siap untuk anto pi dobi. Kemudian keluarkan segala mak neka baldi dan tong-tong yang ada susun dalam bilik air guest tu standby kalau-kalau air keluar kan.

Bagitau Mr Big kes ni, tak sampai 10  minit dia call. Dia cakap tadi dia baru je call JMB(Management umah ktorg) memang air dah mula di catu. Ni gara-gara berpunca dari adanya berlaku pencemaran air di Empangan Semenyih. So JMB akan bukak air tangki start dari kul 8.30malam sampai air abis setiap hari cam tu until further notice.

Mak oi, tak kan lah lama benau kan.

Sudahnya aku kemas-kemas umah je sambil update blog sementara nak tunggu kul 8.30 mlm. Tak sampai kul 8 pun diorg dah bukak air. Hah apa lagi, cepat-cepat tadah air penuhkan semua baldi. Baju plak aku terus masuk dalam washing machine dan basuh, langsung tak yah ke dobi. Kemudian berpaksa Mr Big mandi, takut-takut air habis plak.

air untuk dapur

Aku macam obses di buatnya, segala bekas yang beso dan bertutup semua aku penuhkan sampai Mr Big kita ni berdua je bukan ada anak pun yang sampai nak tadah bergelen-gelen air kan. Aku cakap tak per, mana tau tak de 2-3 straight at least ada gak air untuk emergency.

Nau baru aku rasa betapa pentingnya air ni.


Boleh jadi gaduh dibuatnya kalau tak de air ni. Sedangkan ktorg berdua kat umah ni banyak pakai air, bayangkan rumah K Red yang dah almost sebulan tak de air tuh. Dia lagi kesian dengan anak-anak lagi memang azab sengsara dibuatnya.

So kepada pihak yang berkenaan PUSPEL, SYABAS. Taula korang ni ada kuasa yang maha hebat boleh tutup air dengan sewenang-wenangnya tapi TOLONG prihatin tentang keadaan rakyat Selangor ni.

Betul kata orang

'BIAR TAK DE ELEKTRIK JANGAN TAK DE AIR'

Teruk betul lah cam ni…

Semalam penuh plak orang kat kedai hardware, beli tong plastik bukan main banyak lagi.


10 comments :

Sharidawati Shahrudin said...

kesiannya ...... moga cik lily dan mr big bertabah ye

Ma'am IEDA said...

aritu sekejap masa diorang kata air takder tu, mmm memang segala bekas/botol kitorang kluarkan tuk simpan air buat standy. Itulah, memang hazab kalu xder air ni.

Azueriena Norash said...

adusssss...tang xder air nie yg x tahan nie...ha'ahh cian nengok umah kak red tu...lamer bebenor xder air...jgnlah kawasan umah azue atau kat opis nie xder air....pengsannn kitorg nanti...huhuhu

boni kacak said...

tak ada air susah nak berak tu.. adeh

mairamanja said...

aloh,cinnyer..hope azab tu cepat2x berakhir..memang azab cm ni..huhu

transformed housewife said...

betul tu tak de air lg seksa dr takde letrik.

hazman aka species1980 said...

dan isu inilah yang akan dipolitikkan sampai abis pilihanraya.... huhuhhu

Azham Vsvc said...

harap2 tak melarat kt UPM lah huhuh

Anonymous said...

[url=http://www.iystwowgold.com]wow gold[/url], have a number games gold that will obtain a lot more in the long run. enjoyable, stylish and classy
Appreciate this games gold so significantly, like them .
these are the most good games gold i've at any time owned! and that i received a lot of complements it had been crazy! everyone i knew was so jealous and always asked if they could carry them
Is able to bring games gold by means of all sorts of things and tend to be extremely toasty!
Love all of these games gold. Make them in a number of tones. draw them ALL throughout the winter. May keep our legs sooooo trend. And their attractive as well!

Anonymous said...

Your style is very unique compared to other people I have read stuff
from. Many thanks for posting when you have the opportunity, Guess I will just bookmark this web
site.

Stop by my website August Suites Hotel Pattaya