Thursday, January 24, 2013

Makan Malam Ala ‘Fine Dining’ @ Majlis Kesyukuran Grand BlueWave Hotel, Shah Alam


Hi Korang,

Meh citer pasal dinner ala ‘Fine Dining’ ni nak? Ok ok


Ktorg dapat jemputan dari team Grand BlueWave Hotel Shah Alam ke majlis kesyukuran sempena Penganugerahan ‘Islamic Quality Standard For Hotel Design’ bagi hotel Blue Wave ni.

Hebat tuh! Hotel berkonsepkan Islamic.

Penerima anugerah ini perlu mematuhi dan mengaplikasikan setiap skop dalam standard kualiti yang telah ditetapkan menurut Syariah Islam. Kriteria-kriteria bagi standard kualiti ini bersifat menyeluruh dan merangkumi setiap aspek operasi di sesebuah hotel termasuklah set penjaggan diri, prasarana, makanan dan minuman serta perkidmatan lain yang ditawarkan.


Hotel Grand Blue Wave menerima anugerah ni pada 6 Disember 2012 oleh Universal Crescent Standard Center (UCSC) di 1st International Islamic Tourism Standard Conference (IITSC) anjuran bersama UiTM baru-baru ini.

So jom citer pasal makan ye.

Bertemakan  Fine dining style dengan konsep hidangan melayu. Moh kita tengok apa yang di hidangkan untuk ktorg sebagai tetamu ni ek

Pembuka Hidangan, seindah pandangan


Kerabu pucuk paku mentimun dan cucur limau bali dan isi ketam

Hidangan laut Bayu Nusantara


Pais ikan tenggiri berulam, sate teratak udang cili bangala dan paceri nenas kerisik mutiara

Warisan seni santapan Utama


Nasi Citra sempah sekawan, Ayam pandan bungkus halba serai, daging empeng dendeng berlado dan kambing simpul rendang penanggah

Santapan manisan pemanis selera


Pudding diraja pekan

Pembasah telaga penghilang dahaga


Apple juice, coffee and tea, mineral water

Wah, kelas kan nama-nama hidangan yang dipersembahkan pada ktorg. Ok la satu pembaharuan dari segi plating dan presentation. Taste wise, ok ok aje. Ada yang sedap ada yang tidak.

Kalau korang outstation atau nak cuba rasa cam ne hotel berkonsepkan islamic ni boleh la ke sini ye. Dengar-dengar ada floor yang khas untuk muslimah single bila menginap di sini.Even swimming pool pun ada special time untuk muslimah tau.


Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 603 - 5511 8811 / 1800-38-1388

Salam Maulidur Rasul...




5 comments :

Im happy being alone said...

perrgghh..syok nyer dapat makan..

isabelle frankly said...

syoknya fine dining.
aku lepas sekali tu berbuka kat bluewave dgn ramai umat..terus hilang stim nak gi situ masa bln posa.hahaha

Cik Nurul Siezuka said...

Semuanya nampak sedap.. :)

hazman aka species1980 said...

kena kunyah 40 kali kalau makan fine dining nie... tak puas kan....hehehehe

Sharidawati Shahrudin said...

kalau cik lily ajak sha sureeeee dgn sepantas halilintar sha pegi join cik lily. #ehh?