Thursday, January 10, 2013

Anugerah Juara Lagu Ke 27, Ekspresi Seni Yang Terbaik


Hi Korang,

Biasalah event-event cam ni mesti akan jadi hot topik punya, mesti cerita tak abis-abis termasuklah aku. Ok ok ni official punya citer ek

Tapi sebelum tu meh tengok gegambar Artis masa persembahan malam tu kat entry ni.


Aku dapat tiket dari XPAX Celcom untuk majlis berprestij ni. Kerja dengan media ni memang akan selalu bernasib baik lah dapat menda-menda cam ni. Tiket dapat 2 je haruslah aku heret Mr Big kann untuk pi amik gambo boleh mantapkan lagi skill photographynya.


Ktorg sampai Stadium Bukit Jalil dalam lepas maghrib gituh. Orang punyalah ramai beratur kat depan pintu kan, yelah memasing pemegang tiket VIP.Mak apa tiket XPAX je Aras 3.

Sebelum majlis start, layan PURPLE CARPET dulu. Ramai artis-artis yang hadir tapi korang tau lah kalau media dah duduk depan, memang payah kita-kita yang duk belakang ni nak amik gambo kena berjengket-jengket. Tapi dengan adanya Samsung GALAXY Camera, kini tak susah lagi. Aku zoom sehabis mungkin, hah ko terus clear gegambar ni semua tanpa halangan. Mr Big pun sama gak, dia guna zoom lens dia yang jauh tu, rileks je amik gambo.

Tak tunggu sampai abis tu, ktorg terus masuk dalam stadium. Aku + Food Blogger ini + Mr Big tak yang susah-susah nak beratur coz pintu masuk Aras 3 ni kosong tak de orang. Lepas potong tiket terus masuk cari seat. Ok tempatnya tak de la jauh sangat, leh nampak muka orang lagi.

Aku duduk sama dengan mamat ni dan jumpa sekejap Uzair dan kawannya. Yana Yassin ko duk mane plak? Langsung tak nampak bayang tau.


Acara start memang sharp 9pm kalau lambat kang kena hentam plak dengan penonton kat umah tuh. Memang bestnya tengok occasion cam ni secara LIVE. Boleh tau cam ne preparation crew-crew AJL ni berkerja kan. Dengan sekejapan pentas yang kosong tuh, ada bunga banyak, ada jeti, ada orang main piano atas kotak, ada lukisan bernyawa, ada kota Paris dan memacam lagi.




Bagi orang yang BUTA IT pasal production cam aku ni, memang awesome lah aku rasa. Terbaik sangat.


Masa time iklan, ktorg kat stadium ni dihiburkan dengan klip video Tiru Gaya Artis AJL. Antara klip yang mencuri tumpuan adalah lagu "Menaruh Harapan", Juara Lagu 1987. Ya ampun, terkekeh-kekeh aku gelak, memang kelakar sangatlah. Balik nak cari nanti kat youtube.



Sambil tunggu results tuh, persembahan melibatkan barisan rockers tanahair memang cukup terbaik oo. Mana taknya otai-otai rock termasuk Ramli Sarip pun perform, apalagi semua orang dalam stadium termasuk ktrog sekali nyanyi dan bangun jugak tau. Bestlah,nasib baik boleh ingat lagi lelagu rock tahun 90 an, bangga kejap nak.


So keputusan penuh Anugerah Juara Lagu Ke 27

  • Persembahan Terbaik : Teman Pengganti ( Black & RJ )
  • Vokal Terbaik : Hafiz (Ku Akui)
  • Tempat Ketiga : Ku Akui (Hafiz) – Ajai
  • Naib Juara : Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok
  • Juara : Yuna (Terukir Di Bintang)

Okla not bad gak, tak lari sangat la dari tekaan aku kan. Tahniah kepada semua pemenang. Dapat duit dan trofi kan.

Apa-apa pun terima kasih kat XPAX CELCOM for special X tiket ni. Kalau boleh lain kali jemput lagi tau ye.


21 comments:

hazman aka species1980 said...

bila tengok gambar si fida tu terus aku terpesona ngan samsung galaxy camera ....hohohoo

Mr & Mrs Sallehudin said...

Kite suka Black nyqnyi lagu Teman Pengganti. Tp x menang pulok.. huhu...

Syigim said...

i suka sgt sgt sgt aizat nyanyi lagu bintang tu! So klasik! rase cam nak pegi paris....

Qhaifa Nur said...

AJL 27 terbaik...
memang terhibur.....

ct kektus said...

dengan kamera serba canggih tak de halangan punya nak ambil2 gambar ni kan. hihii ;D

Nens Collection said...

wahhh...syokknyer..
mmg slalu la jupe artis ye..;)
sy nk jupe aizat!

- zuriey - said...

untung cik lily..takpernah kita rasa event2 camni..duk layan depan tv jela

boni kacak said...

tengok live memang puas sangat2..hehehe

Aku Penghibur said...

wow untungnye dapat pergi ajl


jommm join review nie :) =>http://www.akupenghibur.com/2013/01/panggilan-review-blog-gempak-by.html

ohcikgu said...

aizat memang best la malam tu.

azieazah said...

Bertuahnya awak..

CikLily Putih said...

@Hazman
Kid suruh aku hasut ko untuk beli camera ni tau

CikLily Putih said...

@Mrs sallehuddin
itula.. tak menang pulok...

CikLily Putih said...

@qhaifa
memang pun , best sangat

CikLily Putih said...

@CT kektus

ye betul.. seronok ambikk gambo zoom je sampai abis

CikLily Putih said...

@Nens Collection
aizat ni exclusive sket, payah nak jumpe dia

CikLily Putih said...

@zuriey
ada rezeki k lily bawak awk nanti ek

CikLily Putih said...

@boni
jangan jeles ye

CikLily Putih said...

@aku penghibur
ok nanti nak review gak

CikLily Putih said...

@azieazah
ala biasa je nie .. rezeki

intanfirdaus247 said...

Salam ciklilyputih...wah syoknya dapat jemputan dari celcom..best2..lagu aizat nyanyi tu sedap..:)

* a'ah beli kat sana...kalau ciklily malas nak pandu keta ke shopping kompleks, nak bayar parking semua boleh beli kat saya..kkikikikiki...:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails