Saturday, November 17, 2012

Weekend Di Lumut, Perak

Hi Korang,

Ye memang pun, last couple of week ktorg ke Lumut Perak. Memang tak plan langsung pun.

Pagi sabtu tu sepatutnya aku ada event dengan Tourism Selangor. So bangunlah untuk siap-siap, tup-tup Mr Big cakap tak yah pi lah, terus dia ajak ke Lumut. Aku pun tak de la nak fikir panjang, jom je lah. Kemas baju sehelai dua then start enjin kereta sambil bagi kucing bunting makan dulu.

Dalam kereta baru dia cakap yang budak 2 beradik tuh ajak pi celebrate birthday mama kat Lumut. Oo aku pun boleh terlupa plak. Breakfast kejap roti canai depan rumah then terus jalan. Ktorg dari rumah kul 10 pagi camtu.

Baru pas hujan time nie

Sepanjang jalan tu hujan selebat ya amat. Ktorg ikut jalan lama dari sungai buluh sampai ke Lumut. So jimat duit tol. Kereta memang tak banyak tapi jalan tu bumpy kiri dan kanan so memang tak boleh laju. Nak turun ambik gambar kat tepi sawah area Sekinchan pun tak boleh, ishk rugi plak rasanya.

Muzium kapal kat Lumut Waterfront

Ok senyum sket ek

Sampai Lumut lebih kurang pukul 2 petang camtu, sambil nak tunggu diorg yang lain sampai ktorg explore lah dulu bandar Lumut ni. 

Penghilang dahaga tau... sedappp

Pusing-pusing town, pi Teluk Batik kejap dan lepak kat Lumut Waterfront untuk lunch. Orang-orang kat Lumut ni aku rasa average people kot, semuanya sempoi je.


Ktorg check in kat Lumut Country Resort. Betul-betul kat area bandar Lumut ni, jalan kaki pun boleh gak. Actually ini kali kedua ktorg lepak kat resort ni. Resortnya simple je, sesuai untuk lepak for weekend. Tak delah mahal sangat pun dalam RM108nett. Alah janji ada tempat tidur selesa dah le.

Sebelum naik feri, sempat laGi tu

same je senyum kan..

Petang tuh, MIL aku ajak pi Pulau Pangkor. Dah alang-alang dekat ni pi lah sekejap. Feri memang ada je nak kesana. Ktorg naik kul 5.15 petang dalam 30 minit cam tu dah sampai pun. 


Sesampai je ktorg cari kereta sewa dulu, so senang sket nak berjalan. Dapatlah satu Avanza manual, RM50 je coz dah petang. Isi minyak kereta then terus jalan-jalan pusing satu pulau Pangkor ni.


laksa pulau panGkor, sedap

Singgah pi makan laksa kat tepi laut. Ermm not bad laksanya walaupun tergigit cili but sedap, kuahnya pekat. 



Then tawaflah satu pulau ni, macam naik roller coaster drive Avanza ni, aku plak duduk belakang sekali haruslah kehulu-hilir dibuatnya. Satu ketika tuh kena naik bukit yang tinggi almost 90 degree hah amik ko tak berdaya dibuatnya dengan ktorg yang badan besar ni kan. 


Sebelum naik feri balik ke Lumut, sempat gaklah ktorg pi shopping kat pekan pulau Pangkor ni. Alah tak de beli apa, just beli makanan laut untuk buat kudap-kudapan dalam bilik nanti.

PiliH jangan tak pilih ek, gemuk belanje la

Ikan masak stim

Dinner plak kat belakang Marina Cove resort, jalan nak ke Outward Bound School tuh. Nama tempat makan ni Medan Ikan Bakar Teluk Muroh. Hah cam tu lah bunyinya. Orang not bad gak tak berapa ramai. Lepas order then ktorg duk borak-borak kosong. Makanannya not bad, sedap gak.

Balik hotel terus lepak dalam bilik tidur. Oit air con bilik ni memang terbaik, sejuk yang amat sampai berselubung ktorg tidur.


Esoknya tak de kemana pun, just breakfast kat town dan shopping sket beli ntah apa-apa barangan hasil laut ni. Check out hotel dan terus balik KL.


On the way balik KL tuh memacam tempat ktorg singgah. Nak tau? Ok tu nanti-nanti aku citer ek. Letih menaip ni tau.

Untuk travelogue kali ni, aku tak berapa banyak amik gambar dan buat review pun coz pergi untuk rileks kan, having a good time with family. So dunia blogging tu, tinggallah sekejap.


Tapi kalau korang nak further details pasal hotel dan tempat makan yang ktorg pi makan tuh boleh lah tanya aku. Aku boleh tolong suggestkan apa yang best kat Lumut ni.


So happy birthday mama, hopefully our surprise trip ni akan jadi hadiah istimewa untuk mama ye.


Kepada bebudak berdua tu Gemuk dan Cik Siti Comel, terima kasih coz belanja ktorg berdua hotel dan dinner ye. Semoga korang murah rezeki tau.




11 comments :

Mummy Akmar said...

Makan dekat kedai penuh sesak dekat area marina cove tu hari tu memang tak berapa sedap. Biasa jer..dah la lama nak dapat makanan. Pergi time raya haji. Tapi kalau nak ke Pekan tu banyak je kedai2...tu pengalaman saya lah

Fendy said...

terliur tgk makanan...

♥MAMASYAZA♥ said...

lama tak jejak lumut, dah berbelas tahun rasanya tak penah ke sana.

Fazrol said...

Lumut...
mmg tempat selalu pergi...
abg ada sana... he he he...
Tapi lama x p Pangkor...

boni kacak said...

pergh...best betul.. tawaf habis tu.. lumut, teluk batik, pastu pangkor.hehehehe

SURIA AMANDA said...

waaa....best giler...ntah bila nak merasa pi sini..nama jer Plant tempat kerja kat Lumut..non adonya dapt singgah sana...

Anonymous said...

hye, simpan lg tak number kereta sewa tu? pls reply asap ye. tq :)

Tuan Juhaida said...

wah bestnya!

Azril Hairi said...

kalo badan mcm ni mkn apa pn sedap kut...

NZED GuestRoom said...

NZED GuestRoom | Cheap Accommodation Room in Lumut, Perak

Enjoy PLEASANT stay experience for CHEAP accommodation room with GREAT value for money in one of the TOP locations in Lumut, Perak

Careline: 012-5067575 @ 018-9734575
Website: http://www.nzedguestroom.com

NZED GuestRoom said...

NZED GuestRoom | Bilik Penginapan Murah di Lumut, Perak

Nikmati pengalaman penginapan yang MENYERONOKKAN bagi bilik penginapan MURAH dengan nilai HEBAT bagi wang di salah satu lokasi TERATAS di Lumut, Perak

Talian Mesra: 012-5067575 @ 018-9734575
Laman Sesawang: http://www.nzedguestroom.com