Tuesday, November 20, 2012

Rama V Restaurant, Macam Di Thailand Plak


Hi Korang,

Dapat gak aku citer pasal tempat makan best ni kat korang ek. Yelah asyik terbantut je nak publish. Tak kena time, mood not good lah, memacam lah.

Ingat lagi tak citer MIENG KHAM aku hari tuh? Ini sambungannya.


Best gak tempat yang pihak BRANDS pilih untuk setup kan meeting dengan beauty bloggers ni, RAMA V Restaurant. Ktorg orang pertama sampai time tu restaurant Thai ni belum bukak untuk lunch time.


So lepak kat kira macam private function house gituh. Time nak masuk tu, OMG betul-betul cam kat Thailand plak. Designnya sebijik macam kita pi melawat temple-temple kan. Thailand sungguh!


Ok meeting start, dengar je briefing dari orang kuat BRANDS ni.

Now makan time… yeah!

Ktorg dihidangkan course by course. Nasi + air boleh tambah ikut kemampuan perut ktorg berapa banyak boleh sumbat kan.

Mieng Kham
sirih orang Thai ni. Korang baca kat previous citer aku ni ek.

Thai Popiah
macam popiah kita gak but lagi banyak isi. Udang, sayur-sayur dan lagi lah. Sosnya sedap

Mango Salad 
macam kerabu mangga. Cuma tambah kacang pistachios dan manga tu di potong besar-besar.

Tomyam Plan Choon
sup ayam but perasanya di tukarkan cam ada rasa tomyam tapi clear soup

Never Pad Prik Thai Orn
lamb yang di masak macam stew. Kuahnya pekat

Fish Fillet
Ikan tak de tulang (boneless fish) di goreng ranggup dan di tuang kuah sweet sour gituh

Green Curry Chicken
ini memang famous kalau pi Thai restaurant, mesti hidang lauk ni. Kari ayam tapi kaler hijau. Rasa lebih kurang cam kari kita gak.

Red Rubbies
pencuci mulut yang agak sedap. Macam pengat tapi warna putih ikut kaler santan. Letak buah delima dan nangka. Lepas tu ada ais kepal seketul. Sejuk dan segar je rasanya. Tak manis sangat, manis buah je.


Panjang lebar plak aku citer bab makan ni. Sebab apa, aku suka sangat makanan kat sini. Nampak cam pedas tapi nan adonya pedas. Makan plak time hujan aiyoyo memang lah sedap melantak kan. Sampai sanggup bukak PB ni coz nak bagi makanan sampai ke perut.

Bengong tak? Hakhakhakha

Kalau korang agak extremely teruja dengan makanan kat sini, meh check it out tempat ni ek

5, Jalan U Thant,
55100, Kuala Lumpur
Tel: 03-2143 2663
Opening Hours:
12pm-3pm, 6.30pm-11pm


Ingat hati nak pi makan kat sini lagi lah. Tapi nak pi time weekdays coz diorg ada promotion set lunch baru RM29++ je. Kenalah paksa Mr Big amik cuti ikut aku pi makan kat sini kan.

Ok selamat makan korang…


9 comments :

SURIA AMANDA said...

Terus SA lapar giler...

Eliss Mie said...

kalau shah alam, sekarang aku rasa nak terjah makan. hahahaha..

Saya Disini said...

sedpnye

hazman aka species1980 said...

menarik gak tempat event product kat camnie.... kalau yang hidang tu mek siam... lagi berselera aku makan....hehehehe

Mummy Akmar said...

OMG..the food looks so yummy! Authentic sangat nih masakan orang thai!

Nak mintak tolong semua dan reader yang lain tolong support Mummy menang hadiah iPhone 5 Gadget Impian

1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian

2. Klik butang G+ (Google Plus)

3. Jangan lupa follow blog Mummy!

Mintak sangat jasa baik korang.

Thanks

Mummy Akmar said...

Selalu baca entri ciklily attend event. Bestnya dapat pergi event2 mcmni...

boni kacak said...

pergh...tgk gambar pun boleh terliur dah ni... mesti sedap gila tu..adoiyai..

KiD said...

mango salad?? ngeeeeeeee

Cik Mimey said...

huhu cm nak try la