Friday, November 9, 2012

Tak Gatal Pun Makan Asam Rebus Keladi


Hi Korang,

Mak aku selalu jadi mangsa buli makcik-makcik aku bila diorg ni balik kampung. Mana taknya semua nak makan makanan kampung. Biasalah belakang dapur rumah orang kampung ni ada memacam. Tengok belakang rumah mak aku, ada pokok pisang, daun pandan, pokok limau purut, cili api, kacang botol dan ntah apa-apa lagi pun aku tak tau nama. 

Dah nama pun adik-beradik kan...

So time ni diorang mengada nak itu nak ini, main order je. So menu Asam Rebus Keladi ni favourite makcik aku yang duk Rawang tuh. Nak tak nak, mak aku pi ambik batang keladi kat tepi sungai belakang rumah ni kan.


Aku memang tak nak siang keladi ni coz takut gatal. So tengok jelah makcik aku ni siang. Dia bersihkan dan basuh terus toskan coz tak nak air bertakung kan. Eh, tak gatal plak, maknanya mitos ‘miang keladi‘ tu tipulah ek. Ok rebus keladi tu sekejap biar mendidih.


Bahan untuk kuah asam tu senang je, potong sket bawang merah, lada kering yang di blend, ikan bilis sket. Kuahnya haruslah air asam jawa.


Didihkan semua bahan tu, then baru masukkan segala mak neka keladi dalam kuah mendidih tu kan Jangan lupa garam dan serbuk perisa secukup rasa.

Siap!

Hah ko makan pulak time panas-panas, letak dalam semangkuk besar. Habis licin dengan kuah-kuahnya sekali wokeh. Sorry tak de gambar makan coz makcik aku marah, nak makan pun kena amik gambar ke, tak payah. Makan je.

Itulah dia..

Kalau balik kampung tak makan menu orang kampung memang tak sah lah kan.



7 comments :

SURIA AMANDA said...

SA x makan batang keladi...

boni kacak said...

tak pernah lagi makan benda ni.nampak macam sedap je..

awek retro said...

kan dah direbus tue...tue sebb dah xgatal...klo xrebus elok...rase mcm kne perit sampai dlm telinger...actually bkn gatal tao...nad dah pernah kne sekali...rase mcm nk keluarkan anak tekak tu rendam air panas..hahahha

transformed housewife said...

terliur pulak tgk tp akk tak berani mkn keladi sbb masih BF skrg.

hazman aka species1980 said...

beb.... kena kasi tau kat makcik tu... anak buah nie blogger...memang suka amik gambar kan... ;-p

Miza Yusof said...

sedapnya sayur keladi :)

Farid bin Aspar said...

Sedap la gak keladi nie... kalau salah pilih, boleh gatal kot...