Wednesday, November 7, 2012

@Grills Restaurant, Bandar Baru Bangi


Hi Korang,

Bila nak makan luar selalu jadi problem pada ktorg ni. Sebab tak tau nak makan apa. Kene tawaf satu Bangi ni dulu then baru decide.

Harituh masa nak pi bayar hutang kete lalu jalan shortcut ni. Tup-tup ternampak satu steakhouse ni. Ermm makan dululah, baru pi bayar hutang kan.


Rupanya kedai ni baru je bukak, patutla semua je baru. Orang pun tak berapa ramai sangat. Cepat je aku cari seat yang meyandarlah. Ok waiter pun sampai kasi menu then aku duk pilih apa yang nak di makan. Banyak gak menu western macam burger, sandwich, pasta, seafood kan but ktorg pilih DAGING.


So sambil tunggu makanan sampai, tengok tv dulu. Berita tuh. Layan jap

Air datang, ktorg order

Long-long Drink Mocktails 
(kedondong, soda, sour plum) – RM8.90

Lime lemonade – RM7.50


Konon-konon bila order air masam-masam ni, nak potong lemak lah. Nan adonya. Tapi masamnya not bad. Mengecit mata Mr Big kan

Ok makanan sampai, jom tengok apa ktorg orang order ni.

Sirloin Steak – RM23.00

@grills Surf and Turf – RM55.00

Aku punya tuh, kalau korang tengok gambar memang nampak beso but bila makan alahai cam kecik plak aku rasa, end up nya aku still lapar (time ni tak pakai PB ye) lagi walhal dah sepinggan aku makan kan. 


Mr Big punya plak bukan main marvellous ooo. Ada udang, mussels, salmon, beef steak, mango salsa ishk aku duk pau je dia punya plate.

Kalau korang kuat makan cam aku better order something cam Mr Big punya dish. Besar dan banyak, yang tak kuat makan order biasa-biasa je lah.

Not bad gak makanan kat sini, food presentationnya amat menarik dan harga pun menarik gak. Sudahnya aku kena RM112.00 + tax sekali.

Ni tempatnya


@Grills
Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi
Bandar Baru Bangi

(belakang Pappa Rich, sebelah restoran cina muslim tapi aku dah lupa nama plak)

Cuba je mana tau, kena dengan tekak korang kan. Ktorg ni memang kaki makan so apa-apa pun semua nak cuba. May be boleh datang untuk re-visit kot @grills ni.



8 comments :

SURIA AMANDA said...

waaa....harus cuba..thanks for the info cik lily...

MRS Rongoks said...

perghhhhhh..sedapnya makanan tu :D

Mr & Mrs Sallehudin said...

sedap btol tgk gambo makanan nih... :)

boni kacak said...

air kedondong? kenapa saya baru first time dengar ni???

hazman aka species1980 said...

satu lagi pilihan untuk western selain restoran D ONE kan....boleh terjah bila ada masa lapang

Afasz said...

perghh mahal nye harga dia.. kalau sedap mmg bebaloi la

Cik Nurul Siezuka said...

sedapnyer air kedondong... :)

lilieyz said...

Nampak sedap. Mesti cuba jugak ni.