Wednesday, November 28, 2012

Lepak @ Uncle Chili PJ

Hi Korang,

Mesti korang ingat ktorg pi hang out Uncle Chili yang dalam PJ Hilton tu kan.

Ermm TETTTTT! Salah…

Bukan kat situ lah, apa plak kan. Eh dah lama plak tak ke situ tengok LIVE BAND ek. Next time lah

Yang ni tempat makanlah. Apalagi itu je yang boleh hiburkan perut keroncong time hujan hari tu kan.

Memang tak tau pun restoran Uncle Chili ni wujud tau, semuanya secara kebetulan. MrBig duk sibuk ajak pi FLEA MARKET kat dalam Amcorp Mall ni. Dah 2-3 kali dia ajak but tak kena time, kebetulan aku kena jumpa orang pasal ade project kat blog ciput aku ni so cepat-cepat aku set up kat Amcorp Mall ni.


Sesampai kat sini je orang tu belum sampai lagi, terus je pi usha segala kedai makan kat area Flea Market ni. Ada kedai mamak, fastfood dan tup-tup ternampak plak kedai Uncle Chili ni. Perut dah lapo masuk je lah.


Uncle Chili ni macam kedai makan biasa-biasa je. Specialtynya all time Malaysian favorite food. Nasi ayam, nasi goreng-gorengan, segala mak neka mee, sampai ke western food pun ada.


So ktorg pilih menu yang simple je lah, lagipun time tu dah kul 3.30pm cam tu baru nak lunch kan. Orang lain agaknya dah duk membuta tidur coz dah kenyang.

Fried Wantan
crispy, isi dalam yang membuak, sosnya plak simple tapi sedap

Nasi Goreng Thai
nampak cam kosong but dalam udang berekor-ekor, tak banyak lada sulah, ada telur dadar comel sket dan papadom kecik

Cantonese Kuay Teow
kuahnya tak lah pekat sangat, sedap, rasa air rebusan udang, isi banyak, ayam + udang + sotong, sayur pun nampak segar je.


Sedap itu yang aku boleh cakap ikut tekak aku lah. Mr Big plak kemain suka lagi Cantonese Kuay Teow tu siap hirup licin abis kuahnya. Ktorg sampai order Fried Wantan tu 2 plate sebab suka sangat.

Harga pun tak delah mahal benau walaupun tempatnya kat PJ kan. Ktorg makan hari tu tak sampai RM30 pun. Dengan air bergelas-gelas lagi kan si unta ni minum.

tak de motif letak gambo pompuan gemuk ni la

Korang yang memana dekat dengan Amcorp Mall PJ ni boleh lah singgah ke Uncle Chili ni. Alah level bawah sekali, bawah escalator.

Sedap dan murah!

La cam ni je ending entry ni, nampak nau pemalas kan eeheheehehe..


7 comments :

Amanda Suria said...

tgok gaya ur hubby makan tu kan cik Lily...teruja nak ajak cik abg detim kat situ...xper2 let me pujuk first...

hazman aka species1980 said...

harga pun okey la jugakkk....tak la mahal sangat tu...lebih kurang je harga setiap menu

beta kupu said...

fuh,terliur tgk fried wantan

Eliss Mie said...

lama x makan kuey teow cantonese tu.. makin terliur tengok mr big makan rasa nak tumpang hirup sama..ciz ciz hahahaha

Nor Akma said...

salam kenal.

sodapppnyeee!! meleleh air lir tgk pic makanan tu. kekekekekeke ;)

Sherry said...

Wow yummy..so loNg no go amcorp mall

Leeza dayasari [santai leeza] said...

seronoknya lepak makan...