Tuesday, May 4, 2010

Aku Tak Sombong!

Salam korang,

Lama betul tak update ek! Maklumlah baru balik bercuti. Ala bukan ke mana pun. Balik JB je. Itu pun day trip. Boleh gitu? Boleh aje kan. Nanti aku story2 lagi pasal cuti tu.


Entry nie khas untuk student ex-SMPT JB (Aku tau korang baca blog aku nie senyap2 kan!)

Now aku nak citer pasal tajuk entry aku nie. Kenape jadi cam tu ek? La bukan apa, last week bebudak sekolah aku buat reunion.Kononnya reunion yang grand lah. Ok fine. So dah berbulan diorg nie plan dan sibuk nau suruh aku datang. Bukan aku tak nak datang tapi aku memang ada hal yang tak boleh di elakkan. So aku explain kat diorg.

Nasib baik ramai kengkawan yang paham. TQ Guys!

Aku ingat bila dah explain, tak de la timbul issue. Rupa2nya banyak plak yang beri komen. Ada yang kata aku nie anti sosial lah, dah sombonglah, berlagak lah ermm macam2 lagi lah. Yang best tu yang mengata tuh, di antara orang2 yang rapat dengan aku plak tu.  Ishk korang nie, tak baik buat tuduhan melulu. Cuba fikir sebelum bercakap.


Ermm malas aku nak layan lagi lah. Lantaklah apa diorg nak cakap. Aku ok je. Tapi yang aku sakit hati tu, bila orang cakap aku nie anti sosial. Bila plak aku jadi katak bawah tempurung plak nie. Kalau korang nak tau, sila lepak2 kat blog aku nie lelama sket. Review entry2 aku yang lama. Bila dah baca baru nanti korang tau kan, aku nie sapa.

Macam mak aku suke cakap sekarang nie, Ada Aku Kisah!!  (Kat mana plak mak aku adapt bende2 nie ek?, ishk pengaruh tv betul lah)

Kepada ex-SMPT JB. Aku dah tengok gambo2 yang korang amik. Great! mesti best dapat jumpe geng2 setan lama balik kan! Insyallah kalau ade reunion lagi aku akan join.

4 comments :

isabelle said...

u mana ada sombong, lily.

i x peduli my ex-schoolmates nak ckp i sombong ke apa...sbb to me, diorg kat skolah dulu konon baik sgt, tapi skrg tengok, lebih krg i jer...

so, hanya krn i x hipokrit masa skolah dulu, maka i dipandang sbg budak nakal :P

unlisted_one said...

dia gurau je tu Lily,.takde apelah tu. next gath u join la pulak kan.

CikLilyPutih said...

@Belle
mak memang tak sombong nyah! tapi bebudak vogue tak hinggat nie tuduh mak sombong! itu yg mak terasa tu hehehehhehe
(aik same je kenakalan kite ek!)

noor afzan said...

sabo aje lah yea ciklily..