Thursday, May 20, 2010

Red Wok Restaurant, Bangi -Sesuai Dengan Tekak Kami

Salam Korang,

Quick update je ari nie, coz banyak keje sangat. Last couple of weeks kitorang makan kat Red Wok. Disebabkan masak dan tak tau makan apa, so ktorg pun merayau-rayau kat area umah dan terjumpa restaurant nie. Sesuai dengan namanya Red Wok kerana interior and exterior berkonsepkan merah dan hitam tapi bukan tiru Kak Red okeh.

So ktorg plan nak makan BBQ & Steamboat. Wah memang bestlah variety sajian yang dihidangkan. Tapi kalau nak Ala-Carte pun ada gak.

Malas nak citer panjang, aku cuba review restaurant nie dari contact lens mata aku nie:


1. Reservation - x payah. Kedai nie luas, banyak tempat duduk


2. the traffic en route, - Tepi jalan, dalam area Taman Kajang Impian dekat Seksyen 7 Bangi

3. parking, - F.O.C. melambak, tanah lot la katakan. Sebab tu luas

4. seating arrangement, - meja disusun panjang. Susun pendek2 pun ada.

5. the ambiance, - sangat menyamankan. Bau makanan yang sangat sedap walaupun lom masak lagi.

6. the crowd, - not bad, maklumlah kedai nei baru bukak

7. the music (if any), -dengar bunyi ketukan sudu garfu, orang2 sedang mengumpat pasal kejelah, kucing matilah, cik limah pakai kain ketatlah. hah cam tu lah.

8. the menu, choosing, - korang boleh pilih atau boleh amik seberapa banyak korang nak makan tapi dengan syarat kene abiskan sampai licin. Kalau tak kene charge.

Cara Masak : Dalam daput comel yang telah disediakn. ala senang je

9. service, how long does the food take to come to your table.- Mestilah cepat, amik sendiri kan. Maybe ala-carte tu lambat sket kot, sebab kene order dulu kan.

Ayam yang diperap dengan pelbagai rasa

Pilihan steamboat yang meyelerakan


Nie kaunter mee plak.

 
Pelbagai kaler of ice-cream. I like!

10. the taste, main course and dessert, Korang layanlah gambo2 nie

Tukang masakku yang setia

Licin semuanya.

11. and finally, paying, accompanied with whether you think the whole experience is worth the price - Amat berpatutan bagi aku dgn mrBig yang suker makan nie. Amat2 murah dari Tupai2 dan Seoul Garden

Apa-apa pun makan kat sini best, toilet bersih dan siap dengan surau lagi. So pas nie leh lah ajak ayah aku makan sini. Dia memang cerewet bab makan2 nie tau bukan cam anak dia main bedal je kan!

So kalau korang nak pi makan kat kedia nie, nie details nya :

Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: +603-8927-4100
Fax: +603-8927-4500
HP: +6012-9100-100 - Muhammad Oon (Brian)
Email: redwok2u@gmail.com

Maybe pas nie nak cuba ala-carte plak lah. Tapi mr Big tak puas makan ala-carte sebab sket. Ade ke dia boleh cakap cam tu ek!

Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Nanti nak citer pasal kedai kopi kat kampung akulah..best ooo banyak gossip terkini.

p/s: Gambo tak berape cantik coz amik pki hp.

22 comments :

isabelle said...

wahhh..nmpk sungguh menyelerakan utk i yg berpuasa ni.

Mommy Loves Craft said...

sedap nye tngk menu2 dlm website redwork. nak kene pegi ni ;)

lina said...

yeah...bila pi bangi boleh pi...

Hidayah Ismawi said...

wah! bestnyer... tukang masak tak sediakan ke? (acah jer) hehe.. nak tunggu masak sendiri..kebulur gak nanti... paling jeles gambar mangkuk dgn ais krim tu.. uish...sampai nak topple tower ice cream tu..

helena's said...

wow boleh cuba!

CikLilyPutih said...

@Belle
sabo2posa tu penting okeh!

CikLilyPutih said...

@MommyCraft
hah cuba dulu, tengok sedap ke tak

CikLilyPutih said...

@Lina
skrg pun boleh, tapi keje dulu la ek cari duit dulu kan

CikLilyPutih said...

@Hidayah
si tukang masak yg setia tu memang suke main masak2 nie, seronok dia kata

:: iManja :: said...

Hi...salam kenal!

Thx for visiting. Aritu kiter try ala carte je kat Red Wok ni...belum sempat lg nak try yg steamboat ni. Tapi harus la try wokeh!

Lady of Leisure said...

mak ai banyak nya eskrem, berapa scoops tu?

Aus MeLankoLik said...

menarik kak lily , tapi tang waste tu cm takut la , hahaahk . kdg2 ambik tak sedar , biase saye makan dekat fleming , kat sebelah sunway piramid tu , hahahak .

CikLilyPutih said...

@cikHel
jom kite cuba sesame nak!

CikLilyPutih said...

@iManja
sedap dam murah!

CikLilyPutih said...

@LoL
lebih dari 5 scoops tapi itu yang kali kedua dia amik, maklumlah free bedal sampai kenyanglah katakan

CikLilyPutih said...

@Aus
sebelah sunway tu sedap gak ke? mesti cubalah ek

KambingBujang said...

Lily

bukan ke steamboat tue buffet kan... bper hengget ek.. sbb plan nk celebrate birthday Mr hubby cum anniversary kt sane nati..

CikLilyPutih said...

@huda

kalau Buffet Steamboat RM22.00 per person
kalau BBQ+Steamboat Buffet RM28.00 per person,

Kids murah sket lah, tapi x sure bpe lah.

cam ne plak terlupa nak tulis harga nie ek.

lepak said...

mmg best kt sini......suasana pun lain dari yg lain.......:)

sy pun dah cuba kt sini

hen party said...

Kids murah sket lah, tapi x sure bpe lah.

Anonymous said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

akubiomed said...

Adik saya belanja satu keluarga makan steam bot di restoran Red Wok. Puas hati jugalah.