Tuesday, May 25, 2010

Lamb Chop? Oh Tidak!!

Hi Korang,

Aku terbaca entry pasal lamb chop nie di Chybeelila. Dia nie salah sorang follower aku yang study/live di German (aku lom abis lagi mentelaah blog dia nie lagi).

Apa cerita lamb chop nie?

Aku memang tak pernah makan lamb chop. Bukan tak mampu tapi aku takut. Even mr Big sefamily sangat gemarkan lamb chop nie. Bagi family aku, kami tidak pernah didedahkan mengenai daging kambing nie sejak kecil lagi. Bila si maknya tak makan/masak, automatically anak2 pun ikut turut tak makan.

Tapi kenapa takut makan lamb chop?

Ada satu peristiwa pasal daging kambing nie. Kejadian nie dah 11 tahun yang dulu. Masa tu aku masih bergelar student di Uitm Sri Iskandar, Perak lagi. Hari tu, merupakan hari akhir untuk semesta kedua. Aku memang tak plan nak balik hari tu pun tapi disebabkan hostel dah mula kosong dan good fren aku yang tak jadi nak berjimba dengan aku, so aku kenalah balik JB. Bukan apa, takut tinggal kat hostel memalam2 sorang2. Haruslah macam2 benda berlaku kan.

So aku pun dapatkan bas ke Medan Kid (sekarang dah tak nama apa ek) di Ipoh untuk ke KL. Maklumlah dulu suka naik bas lompat2 coz malas nak naik bas Ipoh-JB. Penat oo sakit pinggang duk lelama. Lagipun bila naik bas lompat2 nie boleh lah cuci mata sket. Mana tau boleh temu jodoh dalam bas kan dengan student2 lain (nampak sgt aku gatal kan, masa tu sexy ooo kurus meletups uols).

So aku sampai Puduraya dari Ipoh dalam pukul 11.30 malam. Pas dah beli tiket bas untuk ke JB dalam kul 1.00pagi, perut plak terasa lapar. Boleh terlupa bab makan bila nak balik JB sebab tak sabar, rindu dengan mak. So seberang Puduraya tuh, ada kedai mamak 24 jam. Terus aku kesana untuk makan. Masa tu lauk yang tinggal daging kambing je, yang lain semua dah abis. Oleh kerana dah lapar sangat aku terus bedal tanpa pandang kiri kanan. Habislah sepinggan daging kambing tu aku bedal. Dalam hati bercakap, sedap betul lah daging kambing nie, nanti nak suruh mak masaklah.

Sementara nak tunggu bas sampai, aku lepak2 kat dalam Puduraya tu. Punya lah ramai orang, tapi aku still x de rasa takut pun. Maklumlah sorang kan, aku beranikan diri jelah. Bas sampai dalam pukul 12.15tghmalam. Orang tak ramai, so bolehlah duduksorang satu bangku. Aku duduk dekat dengan driver, senang kalau jadi apa2 kan.  Tengah nak tunggu bas jalan, badan aku dah start rasa panas, peluh dah menyimbah2 keluar. Aku hairan, nak kata sakit perut tak jugak. So aku lepak lagi tengok tv dalam bas nie. Memang tak boleh tahan ooo panasnya. Baju dah hampir basah. Aku terus jumpa abg driver tu, suruh tunggu kejap aku nak pi toilet. Ambil baju dengan seluar pendek trus pi tukar sebab dah tak boleh tahan sangat panasnya.

Bila dah tukar, baru lega sket. Bas pun bergerak menuju ke JB. Penumpang dalam 10 orang. Memang tak ramai. So segala air-con semua aku halakan dekat aku. Peluh still menitik lagi, badan tak tentu rasa. Nie tak boleh jadi nie, aku tabahkan hati gak untuk harungi semua nie. So bila sampai perhentian bas Air Hitam, aku turun terus telefon ayah aku. Dia dengan rasa risaunya trus datang amik aku kat Air Hitam nie.

Dalam masa 45minit ayah aku sampai dengan mak aku, gila laju di bawak kete maybe dah pagi kot kereta tak banyak. Trus amik aku bawak Puteri Specialist. Mahal pun mahal tapi cepat baik kan. Ktrog sampai hospital dalam kul 6.00pagi. Trus masuk emergency ward, bukan main ramai doktor dengan nursenya yang sibuk mengkaji apa plak sakit aku nie. Masuk air, bagi bius, telan ubat ermm memacam rupa dan bentuk rawatanlah yang aku terima.

Pas pukul 8.30pagi cam tu, baru aku di masukkan ke ward biasa. Check punya check, rupanya aku nie ada alahan dengan kambing. So barulah aku tau, kenapa aku jadi cam tu. Mak plak memang tak pernah bagitau sebab dia pun tak tau. Tak sampai satu hari pun aku di hospital. Tengahari dah boleh keluar. Bila time keluar tu, aku dibekalkan dengan ubat2 antibiotic dan pesanan penaja dari doktor & nurse yang comel2 tu.

So sampai sekaranglah aku tak sentuh pun apa2 yang berkaitan dengan daging kambing nie. Bila tengok orang makan, menelan air liur jelah aku nie. Mr Big cakap, cubalah rasa sket2 dulu, tengok apa yang jadi. Aku cakap senang je, kalau jadi apa2 kat aku tanggunglah beban tu je. Terus dia tak berani kasi aku makan.

Hah, itulah dia kisah aku dan lambchop. Harap jadi pengajaranlah kat diri aku sendiri ek. Bukan sebab aku tak makan kambing sebab nak diet, tapi itulah ceritanya.

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

p/s: Baru aku perasan, masa muda2 dulu aku berani betul. Sekarang? hampeh sket nak berteman kan mr Big.

28 comments :

suealeen said...

Stesen bas Medan Kidd tu sekarang dah dipindahkan ke Medan Gopeng. Yang kat Medan Kidd tu ada lagi kot tapi untuk local punya.

Alynn Notnot said...

sep sep! tak mkn dgg kambing jgk :D

Mommy Lyna said...

saya pun tak makan kambing. bukan elegik tapi memang xleh nak telan. kalo masuk bole kuar balik hahaha. except kambing bakar & lamb stew secret recipe.

sama mcm mr big, fmly laki saya mmg hantu kambing.

pstttt.. ciklily, suka lepak kinta city x?

isabelle said...

hehehe.alergi rupanya. i ni mmg pantang nmpk lamb...mesti nak mkn. esok2 mati sbb kolesterol jer.

p/s: baru ni i try mkn kat mo'men, tapi mcm x best pun :(

nadnye said...

tukar cat baru nie, tu lah bau kedai ..
Lawak la Lily nie.. bab cuci mata hehehe

ada yea orang alah makan kambing.. kat umah tak pernah makan kambing tapi kat kedai mmg makan la lambchop nie..

lapar la nak lamb chop... nak lamb chop

my.mastura said...

huhu...rugi nyer x dpt mkn daging kambing...heaven u mkn kambing ni...hhehehhe

lina said...

la kesian nyer ciklily putih...

Hidayah Ismawi said...

sian.. takleh makan lamb chop?? hilang satu nikmat..takpe..chicken chop kan ada..hehe

Matjoe said...

wow kambing mmg sedap. aku xde alahan dgn kambing

helena's said...

ishh sampai camtu sekali..alahan lah tu kan..

mcm kite takleh makan seafood.

lina said...

kesian dia

CikLilyPutih said...

@suealeen
ye ke? rindu kat medan kid lah

CikLilyPutih said...

@alynn
satu genglah ktie ek, calit sket

CikLilyPutih said...

@mommylyna
oo cam tu citer nie. ok.
kinta city? lama x pegi ooo best tu kat sane

CikLilyPutih said...

@Belle
nanti ko gemuk cam aku baru tau!
mo'men tak best ke? alamak malunya aku. nanti aku pi cuba lagi sekali

CikLilyPutih said...

@nadnye
TQ, baru je tukar wallpaper tuh.
masa student dulu cuci mata tu penting oo. saham tinggi time tu!

CikLilyPutih said...

@my.mastura
tengok pun dah tau memang heaven bila dpt makan. tunggu nanti kolesterol naik k!

CikLilyPutih said...

@lina
nak buat cam ne kan. redha jelah

CikLilyPutih said...

@Hidayah
tak per2 mix grill ade lagi. no prob

CikLilyPutih said...

@matjoe
untung ko beb, jeles aku lah

CikLilyPutih said...

@Cik hel
tak leh mkn seafood, alangkah ruginya sedap ooo

CikLilyPutih said...

@lina
nak buat cam ne kan, sabo jelah

mrsdjones said...

Saya pulak pantang.. pantang nampak! Sedap daging kambing ni, tp mmg takleh makan selalu. ;) Salam kenal ciklily! Sama la saya pon. Dulu adventurous, now ni semua nak hubby temankan. Manja haha :p

Lady of Leisure said...

i suka kambing sedap sangat... hehhe

CikLilyPutih said...

@mrsjones
takperlah sabo je, tengok je org makan ek!
lupa plak salah kenal gak!

CikLilyPutih said...

@LoL
sangat jeles okeh!

aidie said...

medan kidd..kenangan lama! naik tak bas hijau yg masuk segala kampung nak g ipoh tu..tobat tkmo naik dah bas itu utk ke ipoh!

CikLilyPutih said...

@aidie,
la org opish gak ke? or belajar sane gak ek?