Wednesday, March 31, 2010

Kereta Baru

Salam korang,

nampaknya dah dua ari aku update malam ni. Nampaknya payahlah aku nak memaintainkan traffic blog aku nie. Selalunya aku update tengahari, nie malam plak. Nasib baik ade Gengblogger, glamer sketlah blog aku nie kan.

Aku tertarik dengan komen2 dalam facebook aku semalam. Cuba korang tengok nie:
Ok, aku jawab komen2 diorg nie kat sini.

Byzura : Dapat discount 5% tapi tak dapat free gift lagi. Diorg dah change polisi dah. No more free gift but replace dengan rebate 5% if you renew dengan Kurnia Insurance lah. Kalau insurance lain, x tau plak

Shera : tukar kete? tobat aku tak nak azablah, tapi beli lagi satu aku sanggup. Jadi aku ade 2 kete. So nampak tak ketamakan aku kat situ. :-)

Jamilahwatie : Pandai je cakap duit aku tak luak, abis tu ari2 belanje tu ape? kalau tak luak jawabnya aku orang kaya baru la tu kan.

Noriedah: Kete mainan banyaklah mrBig beli, ishk nie lagi sorang, nak BBQ je baru nak ingat aku. Ingat aku nie tokey BBQ ke hah!


Yang sebetulnya aku tak tukar kete baru pun still dengan JAJA kesayangan aku lagi. Ishk tak nak aku tambah hutang lagi, yang ini pun gigil2 nak bayar tiap2 bulan nie kan plak nak kete baru.Semalam aku pi renew roadtax & insurance untuk kete aku nie, even dah dapat 55% NCD but still mahal lagi aku nak bayar. Maklumlah pakai kete berciri2 automatic dan bercc lebih 1.6 ke atas. Hah cam tulah gamaknya, kata mak aku nak berlagak sangatkan, rasakan. Kete kecik2 x pandang, nak pakai kete beso2, hah inilah akibatnya.
So renew kat Kurnia Insurance, kejap je process dia. Bawak geran kete ala kad warna pink tu, then tunjuk je kat kakak kat counter yang manis lagi baik tu. So dia yang tolong kirakan semua sekali. premium berape, windscreen berape, pendek kata macam2 lagi lah. Tup tup dia cakap RM789.60 siap dengan windscreen dan dah tolak rebate lagi dik. Aku dengan tangan yang agak gigil2 bagi je duit tu kat dia. Hah dia print resit dan cover note sambil cakap hah pas nie pi renew roadtax plak.

So aku ke JPJ Bangi kat Seksyen 7 nie, memang dekat giler dengan umah aku. Parking kete. Then masuk amik no giliran, tak sampai 5 minit no aku dah naik. Abang yg ala2 garang tapi baik tu trus mintak geran sambil tengok cover note. Dia tanya nak 6 bulan ke 1 setahun. Aku dengan muke ala2 risau terus cakap 1 tahun. Korang nak tau kenape aku risau? Sebab aku ade 5 saman polis yang lom  bayar lagi. Apa lagi speedtrap kat highway lah kan. Abang tu trus mintak RM90.00 dik. Ermm lega betullah, nampaknya saman aku still lom kuar warant lagi. Ishk kalau sangkut mampus aku nak settlekan saman tu semua.

So pas bayar, trus keluar sambil muke berseri sebab roadtax dah clear. Selamat untuk satu tahun lagi. Nampaknya aku kene kumpul duit untuk bayar saman dalam tahun nie gak lah.

Itu pengalaman aku deal pasal renew roadtax & insurance kete nie. Senang. Apa-apa pun aku suker sebab perkhidmatan gomen skrg makin bagus, makin cepat dan mudah, cuma maybe ade segelintir jabatan je buat2 lembab lagi kot.

p/s: la bende2 cam nie pun nak citer ke? korang plak camne? penah deal insurance & roadtax sendiri ke?

12 comments :

Liza said...

after 2 years pakai kereta, what i do is i put aside some money every month utk renewal insurance, so bila dah sampai masa, takde ler berpeluh sgt kluar duit

Lady of Leisure said...

tak tahu nak kata apa.. lady ni lesen kete pun takde kikiki

Byzura Razali said...

hehehe :D saya keje rhb insurance lah kak lily :P
mmg takde gift dah staff beli ins pun tak dpt gift...

Aus MeLankoLik said...

Nasib baik xkena bayar..
sy nye saman kat the mines dah samapi dh..
hahahak..

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.bile la kite nk beli kete T__T

kak ina kl said...

kalau akak baik pakai kereta murah..insuran murah..roadtax pun murah..

helena's said...

nak naik kete pastu makan cendol!

CikLilyPutih said...

@Liza
dah kumpul duit tapi bulan lepas pi joli plak, so inilah padahnya

@Lady
x de lesen, ermm bile nak amik nie

@Byzura
la memang x de free gift ek? x bestlah, x dapatlah kumpul payung lagi

@Aus
tapi kene standby gak, manelah tau kan

@Fat
ko belajar sampai abis dulu tau

@K ina Kl
tulah kan, ngada2 sgt nak pki kete gaya2.

@CikHel
ko nie cendol lagi, nantilah next gath k lily bwk cendol ek

isabelle said...

alaa..kalo abg yg mcm garang tu minta u byr saman dulu, u buat la muka 'puss in boots'. mesti dia x jadi tunjuk kegarangan dia.hehe

Anonymous said...

Sweet blog! I found it while browsing on Yahoo News. Do you have
any tips on how to get listed in Yahoo News? I've been trying for a while but I never seem to get there! Thank you

Check out my homepage ... Biotechnology

Anonymous said...

Amazing write-up fellas, I really like the infographic!


my web page ... mike chang monster mass diet

Anonymous said...

Hi, I think your web site could be having web browser compatibility
problems. When I look at your website in Safari, it looks fine however when opening in Internet Explorer, it has some overlapping issues.

I merely wanted to provide you with a quick heads up! Other than that, wonderful website!


Also visit my weblog office furniture rental san francisco