Saturday, December 1, 2012

RC Toys Bukan Mainan Untuk Kanak-Kanak Ye


Hi Korang,

RC tu remote control so RC Toy ni permainan remote control lah tapi bukan macam mainan kanak-kanak but more to adult punya game.

Ini memang hobi Mr Big yang aku tak boleh nak marah. Dia pernah cakap dulu, masa kecik-kecik mama tak mampu nak belikan dia mainan sebegini so bila dah pegang duit sendiri ni barulah dapat merasa kan.


RC toys ni korang ingat tekan je kat remote terus gerak kan but no way man. Kalau korang tak de skill kem salam lah ye, boleh rosak mainan dengan tekan salah button tau. Aku sendiri pun tak berani usik harta mamat ni.


So cuti hari tuh, aku ikutlah dia pi kedai RC kat Kelana Jaya. Purposely ok drive dari Bangi ke KJ untuk pi cari spareparts yang patah untuk jeep big foot dia tuh. 


Sesampai je tokeh kedai selaku mekanik gak tengah duk betulkan satu helicopter tu, aku terus jadi leka dan tengok je cara dia betulkan. Sebijik macam betulkan kereta kat workshop tu tau.










Bila dah boring, aku duk merayau dalam kedai ni ambik gambo kereta-kereta RC yang awesome ni kan. Cantik tu memanglah cantik kan but harganya pun cantik jugak. Boleh kopak poket di buatnya.


Tengah duk leka, tetiba mamat satu lagi kuarkan satu helicopter untuk Mr Big tengok. Aik tadi cakap dengan aku nak pi beli spareparts, tup-tup dah jadi lain plak. Tengok punya tengok berkenan plak, but nanti dululah dia kata.


So aku ikut dia pi tengok menda lain plak, sambung amik gambo balik.


Agaknya dah tak boleh tahan, terus Mr Big cakap kat tokeh tu pi test helicopter yang dia tengok tadi. Maknanya kalau dah test confirm kene beli. Bila aku pandang muka, dia boleh senyum sambil cakap ok I banjer U makan sedap dan banyak ari ni ek, jangan marah tau. Aku dah tak boleh cakap ape, belilah janji bagi aku makan bebanyak tau.


Tekalah harga dia beraper?

Salah. Lain-lain? Salah gak. Nak tau beraper?

RM678 siap bateri untuk remote dia.

Terus je bayar tanpa was-was.

Keluar dari kedai tu, dia cakap jom kita pi dating kat Titiwangsa nak tak?

Alah bukan nak dating pun but excited nak main menda alah tu kan. Haruslah tidak kan sebab langit cam dah nak runtuh je plak, so bawak je aku pi makan lagi bagus.


Itulah dia kisah orang kaki RC ni, memang tak boleh nak di bendung lagi janji dia bahagia dah la ye.

Jawabnya minggu ni duk berjemur kat Tasik Cempaka Bangi lah ek temankan orang main helicopter.




11 comments:

donnyien dot com said...

hai ciklilyputih,

memang seronok bila dapat bermain kapal terbang mainan sekali -sekala.. menarik gambar kat atas tu..

hazman aka species1980 said...

MAINAN camni memang berikan satu kepuasan.... btw muka makin halus la beb....

Cik Tie@Akak said...

mainan??mak aii...mahal giler harga dia

Anonymous said...

Hehe klako. Da hobikan. Happy kapel korang...

Fazrol said...

Kalau dah hobi.. mmg susah dihalang..

boni kacak said...

mak aih... rm600++??? mahalnya...

luqman zakaria said...

memang syok woohh..tapi harge die..T__T..xmampu..

Ma'am IEDA said...

eheheee so sweet... nanti amek pic Mr Big main RC Heli tu plak yerrr...

akubiomed said...

Ingat hendak mencari helikopter RC.

Dunia Wilma said...

Kalau dah minat, even RM1k pun ada yang sanggup beli kan ^_^

Anonymous said...

Saya Nak Jual 1 set baru 2.4 Ghz 9 Channel Radio Control system + Receiver. Klik capaian di bawah ini utk ke iklan lelong.my
-
2.4Ghz 9 Channel Tx & Rx hanya dengan harga RM229/set, datang sendiri untuk beli atau termasuk belanja post. tel: 019-6334486

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails