Friday, December 14, 2012

Lagi Kisah Dengan Kasut SCHOLL

Hi Korang,

Ingat tak aku pernah citer pasal kasut SCHOLL ni dulu? Alah yang aku pi cuba kat outlet Jusco Taman Equine tuh. 

Ok now sambung citer balik.

Rasanya hampir 3 minggu kot aku mencuba kasut Scholl ni. Kan ada 2 pasang, so seminggu lebih aku sepasang dan balance tu aku guna yang lagi satu tuh.

Memula aku cuba yang Bioprint tuh

Bioprint Range



So kalau nak outing, kasut ni memang sesuai lah sebab ia macam sandal kan. Sarung zip zap then terus jalan. Macam cantik plak bila dah pakai, macam sandal biasa but yang ni lagi comfort aku rasa.


Time macam nak mendaki bukit jalan kaki, sandal ni cam grip betul kat kaki. Langsung tak de rasa licin walaupun surface tapak nampak cak licin kan. 

Dania Range



Nampak cam selipar orang tua kan. Ermm no way man. Sangat selesa bila nak berjalan pi kedai kat bawah ke, pasar malam ke kan. Once ko pijak je, rasa cam ada massage plak kan tumit kaki tuh. 


Tapaknya tebal sesuai untuk support kaki kita kan. Bila jalan lelama tak de la rasa tumit sakit, sedap.

Yang aku perasan, kedua-dua kasut ni bila kena air bukan nak kata waterproof lah but ianya kurang meresap ke kasut. Kira macam kalau terpijak lecak tu, ok lah tak berapa basah sangat.

Bila tengok gambar nampak macam aku tak pakai pun kasut ni kan, but actually gambar tu aku amik masa dapat harituh. Kalau aku tunjuk rupa kasut ni sekarang, malu lah wei nampak cam lusuh dah. Maklumlah hari-hari guna kan.

So thank you Scholl for this 2 special shoes. Memang berbaloi rasanya pakai kat kaki. Walaupun nampak cam simple tapi selesanya sampai tak tercakap la gamaknya.

5 comments :

intanfirdaus247 said...

kasut mcm ni memang selesa kan

Sharinginfoz said...

comelnya kasut

Ma'am IEDA said...

betul tu betul... pregnant women digalakkan pakai kasut2 jenis cenggini...

Nurul Syuhaida Mustafa said...

Scholl memang best. I pakai scholl masa preggy until now. Pastu heels dia pun best giler.

Anonymous said...

kaki sapa tu