Tuesday, December 18, 2012

Wendy’s ® Kini Di Suria KLCC

Hi Korang,

Alah ramai yang tak tau apa plak Wendy’s ni ek?

with Wendy 1 and Wendy 2

Wendy’s ini merupakan satu rangkaian makanan segera dari USA yang ditubuhkan pada 1969 oleh Dave Thomas dan mula menapak di Malaysia pada 2008 dengan branch pertamanya di Sunway Piramid. 

Fastfood lah wei, faham kan.

with amoi cantik

Aku cam kira beruntung dijemput ke majlis perasmian flagship restaurant di KLCC last week. Ada few bloggers lain pun ada. Sempat gak chit-chat dengan diorg ni lah kejap sementara tunggu geng-geng lain sampai.

Berkonsepkan ultra-modern design and interior furnishing, makanan yang berkualiti tinggi dari dapur terbuka, display menuboard digital inilah yang para pelanggan rasai ketika makan di Wendy’s restaurant di KLCC ni.

inilah  Mr John Pain

Berucap di majlis perasmian restoran ini, Mr John Pain, Vice President dan Managing Director of Asia Pacific dan EMEA, The Wendy’s ® berkata ‘Ini merupakan pembukaan restoran terbaru dan terbesar di Malaysia dan tiada tempat lagi lebih istimewa selain daripada salah satu mercu tangan Kuala Lumpur iaitu di KLCC. Restoran ini adalah outlet pertama bertaraf antarabangsa berdasarkan ‘Image Activation’ kami untuk melambangkan betapa modennya restoran ini’.

siap masakkan untuk ktorg lagi

acara potong ribbon

Direka untuk kepuasan para pelanggan, lighting yang terang, clean lines, di antara kemudahan yang terdapat di Wendy’s ada variety tempat duduk yang selesa, ada high-top tables adan juga high-top counter, multiple electric outlets,free wireless local area network or WiFi yang membolehkan pelanggan melayari internet sambil menjamu selera di sini.


Manakala konsep ‘dapur terbuka’ membolehkan pelanggan untuk melihat sendiri bagaimana makanan ini diproses, so boleh korang tengok sayur tu segar ke tak, bungkus burger cincai ke, daging tu masak betul ke tak, best kan?




Lebih dikenali sebagai best burger di pasaran antarabangsa, rahsia Wendy’s adalah made-to-order policy. Setiap burger akan dibuat once pelanggan order so segalanya segar dan panas-panas bila pelanggan dapat.  Pelanggan boleh mencuba  burger signature Wendy’s iaitu Dave’s Hot N Juicy Cheeseburgers, memang terbaik.


Ada juga menu-menu favourite lain seperti Spicy Chicken Sensation Burger, Ultimate Chicken Grill Burger yang digrill dari skinless chicken breasts dan bagi pengemar seafood plak, ada juga hidangan berasaskan makanan laut iaitu Shrimp Supreme.



gelojoh punye orang tau

Bagi side dish plak, ada salad segar yang disediakan setiap hari di restoran, baked potatoes dan Chili yang merupakan daging yang direneh bersama 2 jenis kacang dan sayuran yang sedap. Manisan Wendy’s creamy Frosty merupakan pencuci mulut yang perfect setelah abis makan burger-burger awesome ni


Wendy’s flagship restaurant ni ada kat

Lot LC-C02,
Level Concourse,
Suria KLCC


Ok gak kan locationnya, orang-orang office kat sini untunglah boleh makan selalu kat Wendy’s ni. Eh, korang pun boleh gak ke sini yang mana tak pernah cuba burger Wendy’s ni baiklah pi cuba, mana tau kot-kot kena dengan tekak korang kan.


Anyway terima kasih Wendy atas jemputan ni, selain dapat makan burger banyak dapat gak goodies bag best ni.

Jom ke Wendy!






9 comments :

Dilakochan said...

aduhduh!

Baca entry ni dikala tghari, membikin perutku kriok kriok la sis!

lama x menjamu wendys!
nk kene redah KL. Sbb cwgnnya x banyak lg :(

Azueriena Norash said...

sedappnyerr Wendys nie..Azue suker Shrimp dier....bakes potato dier pun sedapp...wlwpun agak mahal dari burger2 lain...tp portion dier sgt besar kann....

Mummy Akmar said...

Alamak sedap pulak tengok wendy's ni..nak cuba!

Hazmin Hamudin said...

Balik solat jumaat minggu lepas punya la berderet orang beratur sampai ke luar. Terus cancel, makan big apple je.

Princess Syazliyana said...

wahhh bestnya :o

boni kacak said...

boleh try ni..hehehe

KiD said...

nampak macam sedap!! dan eksklusif.. yummehh!!

Ma'am IEDA said...

cutenya Wendy 1 & 2... yang tengah2 tu pun cute jugerrr... hehee

SURIA AMANDA said...

yeay...masuk dlm wishlist...hehehehe..