Friday, November 30, 2012

Hidangan Chef EZANI Kini Di MyCHEF

Hi Korang,

Hari tu sempat aku ke pelancaran produk terbaru dari MyChef ni di Restoran Rebung, Bangsar ni.

Ada yang tak tau MyChef ni ape?

Ishk korang ni tak up to date ek


MyChef merupakan produk makanan segera yang amat mudah dihidang bagi kita-kita yang tak cukup masa ni. Sebanyak 17 jenis hidangan yang diinspirasikan daripada tradisional melayu, nyonya, western dan Asian yang dihasilkan daripada top selebriti chef di Malaysia ni. Ada Chef Zam, Chef Liza, Chef Dato’ Ismail, Chef Florence Tan dan yang terbaru iaitu Chef Ezani yang merupakan juara bagi rancangan realiti MasterChef Malaysia yang pertama.


Sementara nak tunggu VVIP sampai, Abg K (peserta MasterChef 1) selaku pengacara majlis adakan kuiz mengenai MyChef ni. Hah ko berebut-rebut tetamu yang hadir nak jawab soalan. Alah senang dan simple je. Aku pun cuba nasib gak but tak de rezeki plak. Alah suka-suka je pun.


‘Salah satu daripada MyChef key brand values ialah pentingnya untuk menghidangkan makanan segera yang berkualiti tinggi yang di perbuat daripada bahan-bahan yang segar dan berkhasiat’ kata Mohd Fairuz Abdullah, Chief Executive Officer of MyChef.

Di antara produk terbaru di dalam rangkaian MyChef ini ialah Fettuccine Marinara dan Sweet & Sour Fish dari Chef Ezani, Swedish Meatballs dari Chef Zam, Sambal Udang Petai dari Chef Florence dan Ayam Percik Nogori dari Chef Dato’ Ismail.


‘Setiap hidangan yang dilancarkan hari ini melambangkan MyChef yang sebenarnya. Ianya sihat, lazat dan yang paling penting ianya tradisional. Duta Chef kami sangat supportive dalam menyediakan resipi signature dish mereka, yang mana sekarang ni boleh di nikmati oleh semua orang’ ujar En Fairuz lagi.


‘Saya merasa sangat gembira dengan produk terbaru ini, ianya merupakan satu langkah besar yang saya ambil selepas saya memenangi Masterchef Malaysia. Saya memang tidak menyangka yang saya dapat melakukan apa yang saya impikan sejak dari dulu lagi’ kata Chef Ezani dengan gembiranya.

Hidang segera MyChef ini boleh di dapati di semua hypermarkets terkemuka di seluruh negara termasuklah Tesco, Giant, Jaya Grocer, Carrefour, Cold Storage, Mercato dan banyak lagi. 

Untuk info lanjut mengenai produk MyChef ni, boleh layari www.mychefreadymeals.com atau LIKE MyChef official facebook page di https://www.facebook.com/mychef.healthy.n.delicious


Eh mana boleh balik dengan tangan kosong, haruslah dapat produk Mychef yang terbaru ni kan.Rasanya tak sabar nak cuba tau. Mesti sedap punya lah.

Anyway thanks to Nuffnang and MyChef for this special invite ni. Dapat makan sedap kat Restoran Rebung lagi.


10 comments :

Eliss said...

rasa nak try swedish meatballs tu..

hazman aka species1980 said...

whoaaa... dapat jumpa face to face yea.... yang penting dapat rasa makan2x kat Rebung yea... nanti kita adjust buat review yek ...

isabelle frankly said...

Nak makaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnn.

jelesnya.huhuhu

Suria Amanda said...

seronok kalau dapat attend event mcm ni kan?

Unknown said...

oh cik lily memasak sedap2 sampai cheras bau makanan tu hehehehe

Unknown said...

Salam perkenalan hehehhe, sedap kan makanan kat rebung tu, xleh nk lupa kuah durian nyer sedap tulll!!!! :D

Unknown said...

sedap ke ek? aritu nak beli tp letak blk.. hehe

hi bloggers, jom singgah my blog, FOLLOW skali k.. tq!
http://deewellness.blogspot.com/

Qashmere said...

boleh cuba beli lepas ni...nampak mcm sedap..

Unknown said...

menarik...

Yati
http://mama-iloveu.blogspot.com/

Unknown said...

menarik...

Yati
http://mama-iloveu.blogspot.com/