Monday, April 23, 2012

Bercuti Dengan Nuffnang Blogger Di Awana Kijal Resort Terengganu


Hi Korang,

Ni citer mukadimah dulu ek. Details ada lagi tau.

Memang tak di sangka-sangka weekend lepas aku pi bercuti dengan tak di rancang. Ni gara-gara mengadu domba kat Genting Evangelist website dah terus di jemput untuk bercuti ke sini. Hah, ko memang terperanjat masa Thara Nuffnang yang cantik molek tu call untuk confirmation mau pi ke tak. Itulah namanya rezeki.


Ada a few jugak bloggers dan media yang pegi. Bagi yang single ktorg naik bas yang Genting sediakan and yang berfamily pi naik kereta. Seronok tuh angkut sekeluarga sekali kan.


Travelling time pergi dan balik memang tak boleh ikut masa dalam itinerary list, biasalah yang nak terkencing, yang lapo, yang nak isap rokok jap, salah jalan, lalu ladang kelapa sawit, semua ada. Jadi time tu dah drag jadi lambat. But ok lah coz dalam bas ktorg di hiburkan dengan lawak2 super spontan dari blogger2 yang gegila ni kan dan ada satu ketika tuh ktorg di dendangkan dengan alunan dengkuran yang cukup mengeri kan.. kahkahak


Resort Awana Kijal ni memang cantik dan sangat tradisional. Macam masuk kawasan kampung pun ada. Rasa peaceful sangat. Staff memang friendly kan. Sentiasa je menolong ktorg yang kecoh2 ni. Hantarkan makanan kat bilik, bersih bilik 2-3 hari sehari syiok lah. Aktiviti yang team Genting sediakan pun not bad. Tengok kelip-kelip, tengok penyu, tengok org anyam tikar mengkuang, main colour2 batik, main water sports dan memacam lagi.


Bab makan ni lagi lah tak boleh nak cakap. Memang langsung tak de rasa lapo. Ktorg sentiasa di spoon feedkan. Memula coffee bean, makan chinese food, makan buffet, makan steamboat, ada hi-tea, lepak kat Hai Peng kopitiam, makan lemang ada lagi yang sampai aku tak tercakap lah.


Pendek kata, asal celik mata je, makan makan dan makan.

Anyway thanks to Suzie, Lin dan Will dari Genting Team yang sentiasa melayan kerenah blogger2 yang gila-gila ni dan juga Shah dan Willy Nuffnang Nuffies yang sentiasa jaga ktorg dari start travel sampai time balik kan. Kalau ada lagi jangan lupa jemput ktorg lagi ye.

Great job you guys..


Aku tau ramai yang tak puas baca citer aku yang agak simple ni kan. So tunggu ek. Rasanya lebih kurang 6-7 entry untuk event ni. Jangan korang muak nak baca dah lah ye. Aku akan selit2 info2 dan tips bila pi bercuti ke pantai timur ni.

So tungguuuu…

BloGGers yang peGi : Ruby, Uzair, Nisa Kay, DD Fabolous, Redmummy, Jess Lee, Madammondoq, Nadia, Anis, Jq Lee Submerryn, Fazrol Amer dan SHannon.


26 comments:

Myra Jay said...

Bestnyerrrrr...
Bertuah :)

Tak sabar nak tengok next entry :)

kakchik@ella said...

wahhh .. bestnya Lily berjalan ke sana sini. BTW, Awana Kijal memang best. Dulu KC pergi berdua .. time2 matahari nak terbenam tu duduk dua mengadap laut .. Fuhhhh .. heaven habis. Mmg terapi minda terbaik la dik.

Mama Zharfan said...

bestnya cuti2 FOC tu

JMR said...

best nye holiday fully sponsord!:-)

KiD said...

waaahhhhh.. best kan gi sana!

Ma'am IEDA said...

hmmm rombongan cik kiah, gitu... hahaa... nampak pun sungguh enjoice! Xper, next year nak jugak jelajah east coast... huhuuu

Myvitrd said...

ni memang event yang jemput ke.. wah memang bestlah.. dapat bercuti free.. sekali angkut dengan family pulak tu..

Fazrol said...

Pergh...
Awalnya tulis...
Memang pantas betul...
Terbaik...

Memang best sgt2...

Nikel Khor said...

syok sekali nya!

Zarul said...

best la korang

madammondoq said...

wah.. ko mmg pantas kan kak.. entry ku menyusul esokkk... wuhuuu...

DDFABULOUS.COM said...

bestkan sesekali blogger bercuti bersama cam nie...baru bertambah mesra antara satu sama lain...

sangat enjoy ngan korg semua...semua sporting n sngat mesra gituhhhh...

Nurul Akmal said...

Wah bestnyer..Tambah2 g jenjalan ngan blogger2..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nak baca lagi... sambung sambung kih3...

;)

mommyNadia said...

6,7 entry tu ciklily.mak pitam.
Apapun cuti2 m'sia mcm ni mmg best ;)

CikLily Putih said...

@Myra Jay
ala biasa2 je.. seronok sGt

CikLily Putih said...

@KakCHik

itulah duk menGadap sunset memang best sangat la.. suker betul

CikLily Putih said...

@MZ
biasa2 je.. memang best

CikLily Putih said...

@JMR
janGan jeles ye eeheheheh

CikLily Putih said...

@Kid
ok je best betul

CikLily Putih said...

@Maam EIDA
memanG pun ini rombonGan anak2 cik kiaH plak ehehe

CikLily Putih said...

@Myvitrd
event kene paksa peGi eheheh takla suker peGi tapi Mr BiG tinGGal uhhuhu

CikLily Putih said...

@Fazrol
tulis sket je laH

CikLily Putih said...

@Nikel & Zarul
meman best Giler lah

CikLily Putih said...

@madammondoq
ni mukadima je laH...

CikLily Putih said...

@DD
mak jemaH pun meletops Gak uolsss

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails