Wednesday, April 11, 2012

Nak Rapat? Mesti Guna Vibrance Kegel Device Nie

Hi Korang,

Apa menda alah plak Vibrance Kegel Device ni. Nama pun dah pelik kan. Nak rapat ? apa plak yang nak di rapat tuh. 



Itulah yang aku dapat belajar dari seminar from Bioinfinity Sdn Bhd last week di G-Tower Hotel. Nasib baik rougecoms jemput pi kan.



Eh, bukan aku je ada lagi ladies bloggers yang join event ni. Majoriti aku kenal lah. Blogger mestilah kenal each other baru senang mintak tolong kan. Tengoklah aksi2 diorg ni bila dah kenyang kan.


Seminar mengenai Vibrance Kegel Device ni sebenarnya bertujuan untuk menyedarkan kita tentang penjagaan kesihatan dalaman untuk wanita. Ye lah bila dah berumur sket, dah masuk 30 an, dah beranak pinak so memacam lah sakit2 dalaman yang kita lalui kan. Eh, aku yang belum beranak ni pun ada gak sakit2 dalaman kan. Maklum lah selalu sangat ‘bersenam’ itu banyak sakit2 tuh. Ada jugak yang tak tahan kencing ke, bila batuk je rasa nak terkencing kan. Hah itulah penting Vibrance Kegel Device ni.


Memula tu, ktorg di perkenalkan dengan Ms Jane dari Bioinfinity ni. Beliau memberi penerangan ringkas cara nak pasang alat ni. So ktorg pun masuk kan bateri, test ada bunyi ke tak, check accesories yang ada sekali. Bukan main seronok lagi ladies blogger ni, terkekeh2 gelak kan bila pasang alat ni. Nampak cam pelik je rupa Vibrance Kegel Device ni but khasiatnya Jeng jeng jeng


Kemudian ada talk yang more details mengenai pentingnya Pelvic Floor Muscle dan alat Vibrance Kegel Device ni dari Pn Suhaila Sulaiman fisioterapi HUKM. Hah ko, memula tu memasing2 tergelak2 coz malu-malu dan bila dah tau more pasal ni, terus mula risau tentang penjagaan dalaman ni. Yelah takut jadi apa2 kat rahim kita kan susah, cam ner nak beranak nanti kan. Memacam lah yang aku dapat tau, seram tau tapi sangat bagus.


Anyway, kalau korang tak tau lagi pasal apa yang aku citer ni, meh baca ni. Aku tulis atas pemahaman aku je. Kalau tak paham leh refer kat google or korang punya doctor ye.


Apa itu Vibrance Kegel Device
satu alat peranti canggih, yang merupakan peralatan sokongan bagi senaman Kegel yang merupakan pilihan yang selamat untuk menguatkan otot lantai pelvis dan ia juga yang mesra pengguna ini direka dengan mengutamakan aspek keselamatan dan keselesaan


Apa itu Pelvic Floor Muscle
Merupakan salah satu otot yang menyokong segala jenis urat, otot, Rahim yang di dalam bahagian sistem dalam organ kita. Kalau tak de pelvic floor muscle ni, cam ne system nak berfungsi dengan baik kan. Otot dalam punggung. 

Fungsi Vibrance Kegel Device
Menyokong senaman Kegel kerana ia dapat menentukan sama ada otot yang betul telah diberikan senaman untuk menguatkannya.

Kebaikan Kegel Device
1.       Otot rahim akan berfungsi lebih baik
2.       Masalah seperti tak tahan kencing akan berkurangan dan hilang
3.       Hubungan suami isteri akan bertambah mantap, hari-hari mau
4.       Akan nampak buncit di bahagian perut mula berkurangan.
5.       Complexion muka akan mula bersinar.
6.       Proses mengandung dan kelahiran akan menjadi mudah

Hah mula lah korang suka kan dengan Vibrance Kegel Device ni. Masa seminar ni ada 2 orang wanita yang sudi bagi testimonial lepas bersenam dengan alat ni. Sempat jugak aku interview kan. 


Rata-rata diorg sangat berpuas hati dengan alat ni. Banyak sangat kebaikan yang diorg ni dapat dengan hanya bersenam Kegel.


Kemudian ktorg di bawa pula ke Fitness Gym untuk mempraktiskan senaman Kegel ni. Yang penting kena tau kat mana Pelvic Floor Muscle ni. Kalau dah tau bagus sebab semua orang kena rasa sendiri kat mana otot ni berada. Tau lah ada kat dalam tuh but nak tentukan which one tu yang payah kan. Aku memula pun blur gak but dah praktis beberapa kali then baru jumpa dan rasa.

Lepas dah buat a few times senaman Kegel ni rasanya tak susah mana pun. Senang sangat bila-bila pun boleh buat kat umah ke, kat opis ke. Sekejap je 5 minit per session. Alat ni sangat compact dan ringan serta boleh di bawa ke mana je coz ada casing yang protect kebersihannya dan senang nak bersihkan dengan Vibrance Cleanser.


Aku dah mula 2 hari lepas, so far ok lah. Ada jugak exercise nak buat kan. So tunggu lah lepas sebulan nanti aku bagitau resultnya cam ne ek. Ketat ke tidak, cengkam ke tak kan.


Kalau nak dapatkan, pi check it out kat Bioinfinity punya website dan farmasi seluruh negara dengan harga RM598 satu set termasuk cleanser dan lubricant.

Kalau nak sihat, kene mula dari dalam supaya sinar nur tuh terpancor kan muka kann hehehehehe. Mana tau leh beranak kan pas guna Vibrance Kegel Device ni kan.

CLP notes : Susah2 dulu tak per, senang kemudian ari nanti.


9 comments :

hazman aka species1980 said...

Memang bijak betul la team BIOINFINITY nie jadikan blogger sebagai jurucakap diorang... marketing lebih berkesan la kan

Myra Jay said...

Best bila dapat peluang macam ni kan.. :)

Tak sabar jugak nak tau feedback dari cikLily, kak Ina, Bee dan kak Yan pasal produk ni ;)

phreak-id said...

yes. kemut jangan tak kemut. ramai tak tahu kepentingan kegel exs ni. kami laki bini physio ni tahu sangat.. hehehe


Terbaru >Movie Preview - Berani Punya Budak >Kereta Terbakar di Karnival Auto Tasik Permaisuri >Cek Dari Nuffnang

Anonymous said...

mahal jugak.. Tapi untuk kesihatan sgt berbaloi baloi..

http://www.canedirectfurniture.co.uk/ said...

Dia tidak harus memiliki perangkat untuk melakukannya. Dia bisa melakukannya sambil duduk di toilet. Hanya perlu menghentikan aliran urin. Yang bekerja otot-otot.

Atie iskandar said...

wah, mcm best. yg belom kawen ley guna ke cik lily?

CikLily Putih said...

@preak id
untung korang ek.. terrer ah

CikLily Putih said...

@Myra
alah malunye erm tungggguuu

CikLily Putih said...

@hazman
memang pun untunglah blogger kan