Tuesday, April 24, 2012

Blogger Bergembira Di Awana Kijal Resort – Day 1


Hi Korang,

Sebelum baca kat bawah ni, baca sini dulu then baru faham tau.


Walaupun aku dah berfamily dengan Mr Big but still consider single lagi coz blom ada kids. So Mr Big selamat tinggal ye. Tolong jaga lagi Acai dan Jemah ek. So tempat berkumpul depan Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail tuh. Ramai betul orang lalu lalang kat situ yelah time kerja.


Bas datang dalam kul 9.30am cam tu. Kembara Tirai tapi sekali pandang cam Kembara Thai. Hehehe. Naik je bas terus pilih seat duduk sorang satu. Alah bukan ramai pun. Tak boleh jalan lagi, kena tunggu Team Genting dan media lain. 


Bila dah tunggu lama sangat, bosan plak jadinya kan. So ktorg di hadiahkan secawan Mocha dari Coffee Bean. Apalagi teguk dengan rakusnya air sedapkan.

Aku yanG palinG kecik kan ehehehe 



Ktorg start jalan dalam pukul 10 lebih cam tu. Naik je tol Gombak memasing dah mula lelap coz malam tadi tak leh nak tidur coz excited sangat kan. Dalam pukul 2pm cam tu ktorg sampai area Cherating coz nak pi makan Chinese food. Restoran Pak Su ni betul-betul menghadap laut. Sementara tunggu makan, bercamwhore sepuasnya. Pasal makan nanti aku citer kat entry lain ye.


Sampai Awana Kijal Resort dalam pukul 4pm cam tu. Sesampai je terus dapat welcome drinks dan wet towel dari staff yang bertugas. Minum tak henggat. Memasing nur cahaya excited dah terpancar dah. 


 Room mate Ruby


Sea view room


BoleH intai oranG time mandi


Ktorg geng #Meja Bulat dapat bilik sebaris di tingkat 5. Sebelah menyebelah plak tuh. Geng family dapat tingkat 6. Apalagi terus bergambo plak dalam bilik kan. Snap sana snap sini then bersiap untuk dinner plak.


Ini pinGGan pertama tau

Buffet dinner plak kat Restoran Kampung Meraga Beris. Makan je apa yang ada tanpa segan silu dengan orang lain. Duduk plak betul2 dekat table buffet. Tapi tak leh nak makan bebanyak coz lepas tu ktorg nak ke tempat tengok kelip-kelip. 


Nama tempat tu Kelip-kelip Yak Yah. Memang new experience for me lah. Naik sampan dalam keadaan gelap dan sunyi sepi. Kau hado? Tak do kan. Hakahkahak Itu pun aku citer dalam entry lain ye.

Kemudian ktorg di bawa ke City Of Light kat Paka. Tengok lampu-lampu dari Petronas Complex. Memang cantik betul. Tak sempat amik gambo pun coz tengok dari dalam bas tu.


Masuk je bilik, tengok tv kejap then terus terbungkang tidur sampai pagi. Banyak penat lah. Satu hari duduk dalam bas.

So tunggu entry seterusnya ye..

CLP notes : Actually letih makan je sebenarnya hkahakhakahkah


15 comments:

Nurul Akmal said...

Untungnya.. Percutian mewah tu..

CikLily Putih said...

ermm biasa je.

sawaNiLa said...

bestnyer

Cik FaRiZaM said...

untung la nuffnang sayang :D

Marya Yusof said...

Cik Lily,

Tumpang seronok! Bestnyeeeee...jeles lah ;))))

hazman aka species1980 said...

perghh.... sure ko sonok enjoy makan sushi kan...hehehe

kakchik@ella said...

Awana Kijal memang best. KC pernah sekali ke sana dan suka sgt2.

CikLily Putih said...

@bro sawanila
alah sekali sekala bercuti kan

CikLily Putih said...

@cik farizam
itulah #untunglah

CikLily Putih said...

@Marya
memang seronok betul.. letih dibuatnya

CikLily Putih said...

@hazman
aku makan sushi sket je, lebihnya aku makan nasi dagangggg

CikLily Putih said...

@Kak chik
bila nak pi lagi? now lagi best

KiD said...

bestnya welcome drink tu.. hahahhaa

Eliss Mie said...

kalau ke paka tu, dah dekat dah rumah MIL kita :) rumah me masuk ke dalam sket. dekat jugak la. kat area petronas tu sebenarnya tak boleh tangkap gambar :p

NadyaBubble said...

Restoran Pak Su tu sedap tak ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails