Monday, April 30, 2012

Kelip-Kelip Di Sungai Yak Yah Sangat Menawan Kalbu


Hi Korang,

Masa trip ktorg ke Awana Kijal hari tuh, ktorg di bawa tengok kelip-kelip ni. Kelip-kelip atau kunang-kunang(panggilan orang Terengganu) atau Lighting Bug memang banyak terdapat di Sungai Yak Yah daerah Kemaman ni.


Kelip-kelip ni merupakan satu serangga kecil yang mengeluarkan cahaya di waktu malam hasil tindakbalas kimia di dalam badannya. Siapa yang belajar sains tau lah pasal ni aku tak tau. Kalau waktu siang, kite boleh nampak kat mana Sungai Yak Yah ni sebab ada signboard but bila malam memang kena slow sket takut terlepas kan. Yelah kelip-kelip tak boleh nampak kat tempat terang nanti tak kuarlah cahaya dari dalam badan dia tuh.


Once ktorg sampai di jeti kecil muara sungai Yak Yah ni, En Ghani dari Tourism Terengganu dah tunggu dengan anak buahnya. Ktorg diberikan penerangan mengenai habitat Kelip-Kelip ni dan juga di berikan jaket keselamatan untuk dipakai semasa berada dalam bot berenjin bateri yang pastinya tak akan mengganggu kelip-kelip ni berehat.

Permulaan muara tu kelip-kelip nampak cam sket je but bila masuk lebih dalam memang bergemerlapan sungai Yak Yah ni. Sangat cantik ciptaan Allah ni. Memang tak dapat di gambarkan cantiknya suasana kat situ sebab kalau kita guna camera nak amik gambar memang tak jadi coz Kelip-Kelip ni memang kecil sangat. Hanya mata je mampu merakam betapa indahnya kejadian Kelip-kelip ni.

Aku siap dapat pegang Kelip-kelip ni bila En Ghani bawak ktorg dekat sangat dengan pokok2 seperti pokok Berembangpokok Putat dan pokok Bebaru yang tumbuh subur di sepanjang sungai ni. Memang dapat rasa dan lihat sendiri cahaya kelip-kelip tuh but rupa fizikal ni memang susah nak digambarkan.

Kelip-kelip ni muncul ada musim2 nya yang tersendiri dan pada malam yang ktorg pegi tu memang just nice kelip-kelip ni tengah banyak. Yang jantan  berkelip dengan kuat sekali cahayanya dan yang betina cahaya agak kurang sedikit.


Serious, memang best sangat dapat tengok, pegang dan rasa Kelip-kelip ni walaupun bot tu rendah sangat. Rasa macam air sungai dah nak masuk dalam bot tuh. Rasa tenang dan aman je. Tak puas plak rasanya walaupun ktorg duk menengok kelip-kelip tu aku rasa macam dekat 1 jam gitu lah kan.

Aku respek kat tour ktorg tu En.Ghani coz segala- pasal Kelip-kelip semua dia tau walaupun tak belajar tinggi mana pun.

Nak pegi? Korang leh contact En. Ghani 019-9174012 atau pun call Tourism Terengganu untuk more details.

CLP notes : Ciptaan Allah memang tiada tolak bandingannya. Subhanallah.

Gambo: cilok kat blog diorg nie lah...


8 comments :

Mama Zharfan said...

masa kecik2 dulu saya kat kg..pernah gak few times tangkap kelip2 waktu mlm :)

Eliss Mie said...

lama dah tak tengok kelip2..
kelip2 ku sangka api ;p

♥MAMASYAZA♥ said...

akak tak de pengalaman langsung tgk kelip2 dlm jumlah yg byk, tgk kelip2 yg ditangkap masuk dlm botol, penah le...hehehehe. mesti best tu

transformed housewife said...

mcm boleh terbayang pulak pengalaman tengok kelip2 tu. hehe. nak pergi sendiri tak tahu bilala.

Outdoor Furniture said...

Saya bukan seorang pakar dalam Flash. Saya bukan seorang pemula. Jika ada kategori yang lebih rendah daripada seorang pemula, yang menggambarkan saya. Tetapi saya dapati beberapa laman tutorial yang mungkin membantu anda. Maaf, saya tidak boleh menjadi lebih banyak bantuan tetapi saya melihat tidak ada orang lain menjawab soalan anda dalam masa sehari.

KiD said...

nak ikut.. nak ikuuttt... cantik kan kelip2

Anonymous said...

Features include dual doors using [URL=http://www.nfoutletonline.net/#1151]north face outlet store[/URL] vestibules, compression stuffsack, internal storage compartments, internally adjustable zippered vents together with mesh screens, reflective [URL=http://www.nfoutletonline.net/#1014]north face outlet locations[/URL] loops, guylines and glow-in-the-dark zipper draws, etc.

Anonymous said...

3wOor ghd
oLix michael kors handbags outlet
sTne ghd nz sale
0bAgk ugg uk
8aIxl cheap ghd