Showing posts with label Tengok Penyu Bertelur. Show all posts
Showing posts with label Tengok Penyu Bertelur. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Bercuti Dengan Nuffnang Blogger Di Awana Kijal Resort Terengganu


Hi Korang,

Ni citer mukadimah dulu ek. Details ada lagi tau.

Memang tak di sangka-sangka weekend lepas aku pi bercuti dengan tak di rancang. Ni gara-gara mengadu domba kat Genting Evangelist website dah terus di jemput untuk bercuti ke sini. Hah, ko memang terperanjat masa Thara Nuffnang yang cantik molek tu call untuk confirmation mau pi ke tak. Itulah namanya rezeki.


Ada a few jugak bloggers dan media yang pegi. Bagi yang single ktorg naik bas yang Genting sediakan and yang berfamily pi naik kereta. Seronok tuh angkut sekeluarga sekali kan.


Travelling time pergi dan balik memang tak boleh ikut masa dalam itinerary list, biasalah yang nak terkencing, yang lapo, yang nak isap rokok jap, salah jalan, lalu ladang kelapa sawit, semua ada. Jadi time tu dah drag jadi lambat. But ok lah coz dalam bas ktorg di hiburkan dengan lawak2 super spontan dari blogger2 yang gegila ni kan dan ada satu ketika tuh ktorg di dendangkan dengan alunan dengkuran yang cukup mengeri kan.. kahkahak


Resort Awana Kijal ni memang cantik dan sangat tradisional. Macam masuk kawasan kampung pun ada. Rasa peaceful sangat. Staff memang friendly kan. Sentiasa je menolong ktorg yang kecoh2 ni. Hantarkan makanan kat bilik, bersih bilik 2-3 hari sehari syiok lah. Aktiviti yang team Genting sediakan pun not bad. Tengok kelip-kelip, tengok penyu, tengok org anyam tikar mengkuang, main colour2 batik, main water sports dan memacam lagi.


Bab makan ni lagi lah tak boleh nak cakap. Memang langsung tak de rasa lapo. Ktorg sentiasa di spoon feedkan. Memula coffee bean, makan chinese food, makan buffet, makan steamboat, ada hi-tea, lepak kat Hai Peng kopitiam, makan lemang ada lagi yang sampai aku tak tercakap lah.


Pendek kata, asal celik mata je, makan makan dan makan.

Anyway thanks to Suzie, Lin dan Will dari Genting Team yang sentiasa melayan kerenah blogger2 yang gila-gila ni dan juga Shah dan Willy Nuffnang Nuffies yang sentiasa jaga ktorg dari start travel sampai time balik kan. Kalau ada lagi jangan lupa jemput ktorg lagi ye.

Great job you guys..


Aku tau ramai yang tak puas baca citer aku yang agak simple ni kan. So tunggu ek. Rasanya lebih kurang 6-7 entry untuk event ni. Jangan korang muak nak baca dah lah ye. Aku akan selit2 info2 dan tips bila pi bercuti ke pantai timur ni.

So tungguuuu…

BloGGers yang peGi : Ruby, Uzair, Nisa Kay, DD Fabolous, Redmummy, Jess Lee, Madammondoq, Nadia, Anis, Jq Lee Submerryn, Fazrol Amer dan SHannon.