Friday, October 28, 2011

RADOSTAR PRIZE 2011, Memberikan 2 Pemenang Hadiah Utama Yang Lumayan


Hi Korang,


Baru-baru ni aku sempat hadiri Majils penyampaian hadiah bagi RADOSTAR 2011 di KLCC.


 Ianya merupakan pertandingan rekaan yang menyanjung karya inovatif pereka muda kreatif di Malaysia. Ini merupakan MC untuk event hari tu.

Sebelum pengumuman pemenang, ada fashion show jam Rado. Koleksi jam terbaru Rado iaitu Rado True Thinline dan Rado Star. Aduhai, tak boleh tahan tengok model-model memgayakan jam Rado ini. Dahlah cantik dan hensem plak tu


Memang cantik model dan jam :-).. Aku suka yang color putih ini,memang favourite jam color putih.


Yang ini jam lelaki pula. Memang silau tengok jam ini.


Geram je tengok jam ini..Sabar2..hehe

Selepas itu kami di hiburkan dengan persembahan artistik oleh kumpulan START Society di bawah pimpinan Mr. Philip Wong yang berkongsi Unlimited Spirit beliau dengan mengajar kana-kanak kurang upaya bagaimana memulih dan membina semula keyakinan diri melalui seni dan persembahan.



Bukan main bersemangat kumpulan ini. Siap menari lagi tu. Inilah hasil seni yang mereka buat. Rasanya gambar jam.




Penyampaian hadiah kepada kumpulan START Society dan Mr Philip Wong.



Dengan sebulat suara, Haris Abadi dan Lim Hong Ann telah dipilih sebagai pemenang utama Radostar 2011. Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan seutas jam tangan Rado setiap seorang. Hadiah tesebut telah disampaikan oleh En Bernard Yong, Naib Presiden Rado Malaysia dan En Patric Zingg, Naib Presiden Pemasaran Rado Switzerland.



Ini adalah hasil ciptaan Haris Abadi bertajuk Your AxisMundi.



Ini pula hasil rekaan Lim Hong Ann, Go Unlimited.



Selesai sahaja penyampaian hadiah, pemenang kita ini kena interview lah dengan wartawan. Tengok tu, glamour tau masuk tv.



Itu sahaja acara yang berlangsung pada RadoStar Prize 2011. Thanks to Mr Choon (dalam gambar) kerana menjemput aku merasai sendiri kehangatan majlis ini.




Bersama Shahirah dan Sarah Rostam yang send email invitation pada aku. Thanks a lot.


So, macam mana rasa teruja tak. Kalau korang ada bakat seni rekaan yang kreatif boleh cuba masuk Radostar tahun hadapan. Hadiah lumayan tu...

1 comment :

the::bored::sha said...

chun jam tu...nak lah..:))