Wednesday, October 12, 2011

PandanganKu Dengan MasterChef Malaysia

Rancangan realiti terbaru, MasterChef Malaysia akan bermula tidak lama lagi. Ada lagi yang tak tahu menahu pasal MasterChef Malaysia ni? Ok, tak apa. Saya terangkan sikit sebagai intro. Tak ada istilah ketinggalan zaman kalau dengan saya ni. hahahaha!


MasterChef Malaysia ni, macam saya kata ialah rancangan realiti terbaru yang berkonsepkan Masakan. Nama pun Chef kan? Menariknya, MasterChef ni disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang ok termasuk pelakon, doktor pergigian, pereka fesyen, penoreh getah dan pelajar universiti.


Secara personal, saya rasa idea untuk menerbitkan rancangan realiti MasterChef Malaysia ni sangat menarik. Kenapa? Ok, sebab dengan adanya rancangan macam ni kita boleh cari bakal-bakal chef hebat dekat Malaysia!! Percayalah, orang kita hebat-hebat semuanya!! Tapi, belum ada medium yang boleh bawa mereka ketengah kan?

Jadi, inilah masanya mereka menunjukkan bakat terpendam mereka!!! Yay!!! Mana tahu, kalau ada rezeki boleh masuk World MasterChef pula lepas ni. Rancangan MasterChef Malaysia ni hanya permulaan!!!

Hah, yang menariknya. Sempena rancangan realiti MasterChef Malaysia ni, Astro turut adakan 1 event khas untuk bloggers Malaysia "Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef!" Wah, kemain kan bloggers sekarang. Mantap ok!!! Inilah namanya rezeki ;)

Event Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef! ni pada saya bagus. Bila lagi nak tengok bloggers memasak kan? Siapa kata bloggers cuma pandai menulis dalam blog je? Hello, tengok gambar-gambar aksi para bloggers glamour kita ni berposing masa event ni ok!! hehehehe



Hebat kan bloggers sekarang! Lihat saja cara diorang ni semua memasak. Teruja!!! Pada pendapat saya, Event macam ni bagus untuk para bloggers macam kita ni. Dapat berkumpul ramai-ramai, boleh jadi 1 program riadah setiap 1 bulan sekali pun ok. Boleh bantu bloggers dalam luaskan "network" pun iya juga, lagi-lagi kalau ada yang terlibat dalam bisnes. Ini peluang bagus!

Harap lepas ni, Astro dapat adakan banyak lagi events dan bekerjasama dengan bloggers. Korang semua jangan lupa ok. MasterChef Malaysia ini akan mula bersiaran bermula 22 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104) dan MasterClass (Kuliah Master) di STAR World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011. (Rujukan:HasrulHassan)

Program title – MasterChef Malaysia

MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.

Program Channel – Astro Ria (Channel 104)



Twitter Link – www.twitter.com/MasterChefMY





Mengenai entry ini :-



Ianya di tulis oleh blogger Liza Razak. Seorang anak dara yang comey lotey senantiasa ceria dalam berblogging. Banyak menulis entry yang gempak-gempak dan terkini. Temui beliau di www.lizarazak.com

Terima kasih di ucapkan.


5 comments :

farra-eng said...

aik ada penulis jemputan gak hehehe

mamaNoriz said...

hebat hebat...

semua dia tahu dulu ek :)

lizz said...

Lar xtau lak aku dah up entry ni.hahaha.kenape aku klik lin link kuar blog org lain?hahaha

Lizz said...

huh.kenapa komen tak diapprove ni hoi,adekepatot.hahahaha!! link URL Blog aku tu salah makcik -..-

NanieZara said...

hye ciklily putih.i pon addict sngat dgn rancangan ni..best woo tgk peserta masak-masak wlupun bukan culinary background.