Thursday, October 27, 2011

Boot Camp Adventure Dengan ‘Abang Ning’


Hi Korang,

Rasanya semua orang ada haiwan peliharaan sendiri. Tak kiralah anjing ke kucing ke hamster ke sugar glider ke iguana ke kan. Yelah minat masin-masing.  Aku pun ada. Apa lagi kucing lah. Ktorg berdua memang kaki kucing. Mana tak nya kat umah mak aku ada 7 ekor dank at umah MIL plak ada 10 ekor.

Description: 300106_2185407273055_1183213865_2059619_1127431905_n
Inilah Abang Ning

Kucing yang paling aku sayang sekali ‘Abang Ning’. Nama macam Ning Baizura tau. Dia actually kucing jantan yang bulunya warna kuning dan juga sangat malas.

Description: 281330_2036498350425_1183213865_1908891_1936409_n

Asyik baring je, kalau jalan 2-3 tapak then terus dah terbaring. Tak kira tempat dia nak baring, dia baring je. Sometimes tu dalam bilik air pun di aboleh baring gak. Agaknya lantai tu sejuk kot. Makan plak banyak. Tak kira time merengek2 nak makan macam budak kecik.

Description: Boot Camp

Oleh sebab si Abang Ning sangat malas dan gemuk so aku plan nak bawak  Boot Camp For Pet. Wah, boot camp tu bunyi macam serious kan.

Description: kucing bersenam

So kat dalam boot camp ni dia boleh belajar jadi rajin tangkap tikus or insect lain. Dia jugak boleh bersenam untuk kuruskan perut dia yang buncit tu kan dan jugak dia boleh belajar survival diri kalau jadi apa kat dia macam dia kena kejar dengan anjing ke gaduh dengan kucing yang lain kan.

Description: kucing tangkap tikus

Dan yang paling penting dia boleh belajar cari makanan sendiri selain daripada aku bagi dia makan kan.

Description: imagesCAQ54BIS

Rasanya bila dia keluar dari Boot Camp tu nanti, confirm dia Nampak cergas dan sihat kan. Barulah boleh jadi kucing favourite no. 1 so dia boleh take care kucing-kucing yang lain dalam rumah tu nanti.

Ermm besar tak cita-cita aku, memang pun kan. Korang pun mesti tak terfikir kan pasal Pet Boot Camp.  Hopefully satu hari nanti akan kenyataan lah ada boot camp sebegini kan.

Actually kisah fantasi aku ni untuk The Adventures Of Tin Tin yang tak lama nak keluar kat wayang. Meh lah klik sini ek.


Credits : Photos semua dari Google

2 comments :

BeaN MorENo said...

gambo tak kuar la noq...camno den nak komen

Finaz Jaafar said...

utk tiket free nuffnang ek??gudluck !!!