Tuesday, February 11, 2014

Makan Di Papa John's Pizza, Sunway Piramid

Hi Korang,

Ini kira second time aku pi makan kat restoran Papa John's Pizza ni. 


Tapi masa dulu bukan makan pizza pun, just try set lunch murah diorang je kat Equine Park kan.

oh ni tokeh papa john... ok ok

Masa jejalan dengan Mr Big hari ke Sunway Piramid pi cari rumput untuk letak kat balkoni depan rumah ni, ternampak plak Papa John's Pizza. 


Tup tup teringat plak food blogger Hazman ada kasi aku worthy book tu, hah terus selak-selak ada tak include sekali promotion untuk pizza ni.

Ok ada, terus masuk kedai then duduk.

Sekali imbas tengok apa yang worthy book tu kasi offer dulu, lepas tu duk tanye kat waiter boleh guna atau tidak. Haruslah boleh kan, order je ikut sesuka hati kata Mr Big janji mesti nak makan pizza coz ni kan kedai pizza katanya.


Ktorang order Set Meal A untuk 2 orang.

breadstick, sedapla gravy kuning ni

regular pizza satu!

potato wedges panas-panas masa dia hidang

Amik ko, memacam ada.

chicken wings ni Mr Big yang order coz dia nak rasa sedap ke tak


perasa hawaiian chicken kot, lupa la

Lepas tu guna voucher worthy book tu untuk beli pizza harga murah. yeah bertambah lagi makanan kat meja kan.



Makanlah sambil tengok diorang buat pizza kat dapur. Yelah ko dapur diorang ni transparent so nampak diorang uli doh, bakar pizza bagai kan.


Now berjalan bawak je Worthy Book ni, untung sungguh rasanya.

Ok jemput tengok ye korang...