Thursday, February 6, 2014

Sayangi Kereta Anda : Servis Kereta Baru Yang Dah 20,000km

Hi Korang,

Kejap je ko dah 20,000km berjalan 'Dak Oren' ni.

Pejam celik pejam celik je, padahal tak de pi mana pun. Setakat jalan sini-sini je. Alah balik Melaka, pi Rembau, KL tu jangan cakap lah kan.

amoi cantik yang gumuks


So apa lagi, terus je buat appointment kat Perodua Service Centre Bangi, Tempat Service Kereta Alza ni. 3 hari sebelum aku dah buat dah, yelah ko kang full dah susah.

Buatlah appointment Khamis lepas sehari sebelum CNY. 

Sesampai je, mak oi banyaknya kereta. Serius banyak giler, ramai orang dah cuti rupanya. 

Park kereta, terus masuk dalam office kat tempat registration. 


Bila dah 20,000km ni memang banyak menda nak kena tukau. Korang tengok jelah list kat ats tuh, banyak wei. Memacam menda kene tukar, yang kecik ke besar semua ye. 

Terus bagi kunci kereta dan buku service, then pi duk melepak kat lounge area tuh.


Yeah main internet lah, free wifi katanya. Buatla apa yang patut. Alah aku setakat main whataps dengan bebudak ex-UiTM ni jelah.. Mengarut-garut borak ntah apa-apa.


Sempat gak baca magazine, jumpe plak petua kecantikkan. Apa lagi meh snap gambo untuk buat rujukan, so tak yahlah nak tulis-tulis bagai.



Rasanya dalam 1 1/2 jam kot aku duk bertapa kat situ, tapi tak rasa sangatlah coz boleh tengok kereta aku di service sekali. Nasib baik dapat spot tepi tuh. Ok snap gambo sket.

Tengoklah harganya plak RM320.10 tapi disebabkan 'Dak Oren' ni still under warranty so seharusnya dapat harga diskaun sket. So dari RM320 terus turun ke RM160 je. Jimat duit, boleh buat shopping hehehhe.

Korang yang memana sibuk duk cari tempat untuk service kereta Perodua ni bolehlah hantar ke sini.


Frontline Motor Sdn. Bhd.
No. 7, Jalan P10/21,
Taman Selaman, Seksyen 10,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel : 03-8926 8003
Fax : 03-8926 9060


In terms of harga aku tak berapa sure lah but kira selesalah untuk korang menunggu lama tapi yang penting mesti call buat booking dulu ye. Kalau tidak lagi lama lah korang menunggu.


Itu je, nanti kita sambung citer lagi ek





9 comments :

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sy pon salu g sevis keta kat sna kak. Sambil2 tunggu keta siap ape lg sy buat laaa 2 3 cwan air panas...hahahahahaha

Kesuma Angsana said...

kalau masih ada warranty baik ke Perodua mcm ni, kalau dah xde nnti, service luar pun bagus juga janji survey dulu tempatnya

Myvitrd said...

Perggg keta baru tu..

tifa anvar said...

ah moi cunn..hheehe

Kisah Si Dairy said...

ok sangat tu...kena sayangkan kereta jugak sbb kerana dia kita dapat jalan2 hhehe

Ema Johari said...

boleh tahan juga harga servisnya yer...nasib kali ini dapat diskaun.

lieyalatif said...

dah selamat keter baru kene servis yeak hehehehe...baik ikut jadualkan bab2 servis kete nie....menjamin keselamatan kenderaan anda ..ecewah!!

Amanda Suria said...

urusan dan bab2 keta SA serahkan kat abah SA sebab SA keja kat KL..so kereta mmg abah yang guna...so far xde masalah..servis mmg ikut time...

Munirah said...

Salam.

Nak tanya. Yang awak kena 160.00 tu kenapa ya? Bukankah semua under warranty 3 tahun dari Perodua? Kenapa masih kena bayar? Mohon pencerahan.