Monday, February 3, 2014

Resipi Kerepek Ngarku

Hi Korang,

Still dalam mood raya cina lagi kan. Ermm aku tau tuh. Sebab tulah aku cam malas je nak update blog. Yelah ko, raya tuh. Harus nak chillax je..

Rajin plak aku ke dapur 2-3 menjak ni, nak makan luar rasa boring plak. 


Ni aku nak kongsikan 1 resipi yang hanya boleh dibuat time raya cina ni tau. Korang tak apa itu buah NGARKU? Itulah korang, yang pelik je tak nak makan. Cubalah rasa dulu kan.


Buah Ngarku ni merupakan sejenis ubi macam keledek, ubi kayu, kentang dan sewaktu dengannya. Kat Malaysia memang tak de buah kecuali bila tiba time nak raya cina coz buah ni di import dari China lah. Rasanya tak delah weird langsung pun. Ala macam korang makan kentang gituh lah.

Aku beli kat AEON Big kat Mid Valley hari tuh, masa Mr Big nak pi beli kasut so sempatlah singgah dalam ni. Tup-tup ternampak plak, so apa lagi capai plastik terus pilih dan bayar.

So far yang aku tau, buah Ngarku ni boleh buat kerepek je. Masak menda lain aku tak sure plak. Mehlah aku kongsikan sket resipi kerepek Ngarku ni ek.


Bersihkan buah ngarku ni. Buang kulit-kulit kat sekelilingnya dulu. Nampak beso tapi penat wei.


Basuh dah toskan buah ngarku ni, biar kering sket. Tangkai jangan buat so senang korang nak menyagatkan nanti.


Lepas tuh, sagatlah or hiriskan pakai pisau ke kan. Ikut suke korang. Aku ada sagat ni je, so guna jelah. 


Goreng cam biasa dalam minyak panas until kekuningan. Goreng sket-sket coz takut dia melekat into each other kan. So jadi tak cantiklah.


Lepas tu angkat dan boleh terus di ngap masuk mulut. Jangan hangus sangat, takut jadi pahit plak.

Itu aje

Senangkan. Cuma nak bersihkan tu je malas sket. Aku siap bersila depan tv sambil mengupas buah ngarku ni.


Ermm tak sempat nak simpan kat dalam balang pun, Mr Big dah sental sampai licin.

Hah ko.. itulah dia resipi kerepek Ngarku ni. 

Rasanya buah ni dah tak de lagi kot kat supermarket, kalau still ada lagi nasib korang baik tau.

Pi cepat beli ek.








14 comments :

NASZ said...

nampak macam sedaaappppp jeeee.

Hehehe.

From,

Nasz

www.nasznadzeri.com

Farah Waheda Wahid said...

banyak stok kak, boleh hantar satu tupperware masa event??? *_^

nabila biela said...

okay...sy jeles ngan akak...hehe..sbb nmpak sedap beno jee kerepek tu

tifa anvar said...

rajinnya cik lily buat kerepek ni

unsecretostory said...

Ingatkan bawang tadi. Hmmm mcam best jeaa :p

Mia Liana said...

wahhhh.. sedap ni... makan depan tv sekejap je boleh habis..

Cik Puan Eka said...

selalu nampak buah ngaku ni, tapi tak tau plak bole buat kerepek.

Macam sedap je rupenye. Macam ubi kayu pulak.

BUNDA said...

Tak pernah tengok ubi ni...baru 1 st time tahu...selain dibuat kerepek bolih buat apa lagi...?

Muhammad Khairuddin Lim said...

Mesti cuba ini....harap sedap...thanks for the info.

hazman aka species1980 said...

Layan kerepek ni time tengok tv memang leka la makan ... tahu2x dah habis kan

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak lily. nampak cam tak sedap tengok buah tu. rupanya buat kerepek. perghh sodap tu..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

perasan jugak hanya ade time raye cine jee kan..

ietams said...

adoiii sedapnya kepek tu..

Ainul Mustafa said...

Selalu nampak kt pasaraya bila nak cny ni tp tak tau nak masak apa. Blh try ni