Thursday, February 6, 2014

Bermula Dengan RM1, Ermm Boleh Berjaya Gak!

Hi Korang,

Aku terpanggil untuk baca suratkhabar Utusan Online 4/2/2014 last 2 days kan.

Mengenai kisah kejayaan usahawan muda Muhammad Zukermi Edi. Ermm apa yang dia buat ek, hingga dia berjaya menjadi jutawan muda yang rata-rata ramai yang tak sangka kan.

Citernya cam ni, aku petik dari keratan akhbar tu ek

"Pada umur 21 tahun, saya pernah lalui kehidupan seperti remaja gelandangan di Rembau, Negeri Sembilan. Pengalaman hidup sebatang kara ketika itu betul-betul memeritkan.

Namun, Allah SWT telah turunkan keajaiban dalam hidup saya. Baki RM1 dalam poket ketika itu telah saya gunakan untuk melayari internet di kafe siber. Itulah saat saya mula berniaga secara dropship menerusi akaun Facebook"

Rupanya bermula dengan RM1 tu, beliau ke CC untuk melayari internet. Tup-tup ternampak plak iklan pasal dropship ni, so dia cuba lah. alah bukan kena bayar pun service dropship ni. Setakat yang aku tau, memang FREE pun registrationnya.



So dari situlah timbul minat beliau untuk berniaga secara dropship ni. Bak kata orang bukan senang nak kaya dengan mudah so usaha itu memang amat penting. Bayangkan dari mula berniaga secara dropship, kini beliau berjaya membina syarikat sendiri dengan keuntungan tahunan mencecah jutaan ringgit.

Pada tahun 2013, Muhammad Zukermi telah melancarkan beberapa rangkaian produk kecantikan seperti MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn. Bhd. miliknya.

Menjadikan pakar pemasaran internet, Tuan Faisal Abdullah sebagai sumber rujukan utamanya, Muhammad Zukermi melihat 2014 sebagai tahun untuk mendidik lebih ramai rakyat Malaysia yang berminat dalam perniagaan atas talian ini.

Ok aku petik lagi, kata-kata jutawan muda ini

“Laluan kejayaan kita pastinya sukar, tapi saya percaya dengan izin-Nya, ia boleh dikecapi jika kita berusaha dengan gigih. Jangan jadikan kekangan hidup sebagai alasan untuk tidak berjaya.

Selain itu, saya akan tetap teruskan berkongsi kisah hidup saya menerusi akaun Facebook untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang,"


So apa rahsia untuk kaya?

Bagi aku simple je, kalau korang rajin, kuat kerja tanpa jemu serta ingat yang kat atas tuh. Mesti apa yang korang usahakan akan berbaloi. Tak payah nak dengar cemuhan, kritikan negative orang di sekeliling kita kan.

So kita jangan pandang rendah dengan orang yang ingin maju dalam hidupnya. Mana tahu satu hari nanti, orang tu datang membantu kita di saat kita perlukan bantuan. Who knows? Itulah rahsia Allah.

Korang boleh baca artikel pernuh kat link akhbar Utusan Online kat bawah ni ek

ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140204/ke_02/Bermula-dengan-RM1#ixzz2sSwJXWkj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hopefully lebih ramai lagi orang macam jutawan muda Zukermi Edi ni ek.



10 comments :

Siti Hajar said...

Usaha tanpa penat lelah itu penting. Kena sangat untuk berjaya. Lepas tu, tawakal dengan usaha moga sentiasa diberkati Allah :)

Farisya Anastasyia said...

saya pun nak kaya!hehe

Kisah Si Dairy said...

nak jadi macam dia jugak...

Kisah Si Dairy said...

nak jadi macam dia jugak...

Amanda Suria said...

Kagum dengan beliau..SA buat perniagaan dropship pun x hari2 dpt order...

Kesuma Angsana said...

betullah di mana ada usaha di situ pasti ada kejayaan...

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

kebanyakkan orang berjaya bermula dari bawah...dari kosong...pokok pangkal berminat, ada daya usaha yang gigih dan tawakkal..

nabila biela said...

betol tu kak...yg ptg kita kena selalu berfikiran positif =)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak lily, hehe alhamdullilah. murah rezeki dia kan. kuat semangat dia walaupun berbekalkan rm1 tu. hehee kak, sheila pregnant saing dengan Illy (",)

Mummydearie said...

Sudah tuah badan. Dengan duit RM1 boleh jadi kaya-raya sekarang. Kalau nak mengecap kejayaan, mestilah berusaha gigih dan pedulikan aje apa orang nak kata. Yang penting kita cari rezeki secara halal.