Thursday, February 13, 2014

Resipi Ikan Siakap Stim Asam Boi Dengan Pemanggang Ajaib

Hi Korang,

Aku dah lama dapat pemanggang ajaib ni. 


Hasil berblogging dengan LAZADA so dapatlah ni pemanggang ajaib ni secara FREE. Just redeem je voucher then tada terus sampai ke office barang ni

Hari tu Giant ada buat sale barang-barang basah ni. Nampak plak ikan siakap dalam RM6.00 seekor kan. Terus je beli walaupun tak tau nak masak apa kan. Balik citer dengan Mr Big, dia cakap la kenape tak beli 2-3 ekor. Murah sangat tuh. Mintak maaflah sayang, isterimu bengong dalam bab-bab beli ikan ni.

Tak tau nak masak apa dengan ikan siakap ni, aku google je kat internet to gain some idea. Ermm ramai plak orang buat siakap masak stim kan. So apa lagi, terus teringat kat pemanggang ajaib, hah kan dah senang kerja. 

So masaklah resipi Ikan Siakap Stim Asam Boi dengan Pemanggang Ajaib HappyCall dari Lazada ni.

Bahan-bahan 

ikan siakap ( ikan lain pun boleh ye)
1 batang serai ( dihiris)
2 inci halia (dihiris)
3 sudu besar jus limau ( aku perah limau purut boleh!)
1 sudu besar garam
1 labu bawang besar dipotong bulat
3 sudu sos tiram
asam boi beberape biji
tahu jepun, ikut suke korang lah

tahu jepun, beli sebatang je

asam boi yang dah direndam air panas

tomato la ni

Bahan-bahan tumbuk / hiris


bawang putih
bawang besar
1 batang serai ( dihiris)


Cara-caranya:-


lumurkan sebati semua bahan-bahan hiris, bahan-bahan tumbuk, jus limau, sos tiram dan garam lalu perapkan ikan sebentar.


Letakkan ikan bersama bahan-bahan lain untuk di stimkan. Tengoklah bukan main banyak lagi kuah kan. Budget ada kuah-kuah sket baru sedap la kan.



Kukus lebih kurang 20 hingga 30 minit. Lepas tu hidang jelah dengan nasi panas.


Tengoklah hasilnya


Hah amik ko.. betapa banyaknya kuah sampai ikan siakap pun tak nampak kan. 

Komen Mr Big : rasa dah sedap tapi kuahnya bertakung ooo

Ok ok nanti aku masak lagi untuk kasi improve la. Practice makes perfect kan. Lagipun senang masak dengan pemanggang ajaib ni. Letak semua then tutup, tunggu je masak kan. Boleh buat keje lain sambil tuh.

Anyway, jemput makan korang..





13 comments :

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak lily! perghh siakap tengah murah tu. rugi tak pulun 2-3 ekor. hehee fav sheila ni.. nak rasa sikit kak lily.. tak sabar nak terima parcel lazada. hiewhiewwww ;p

Kreativ said...

Minta maaf korang semua, saya bukan spammer, just cuba nak cari rezeki lebey, taraf hidup da makin naik, pendapatan ayah RM150 sahaja sebulan, saya ada 11 adik beradik, tgh cuba benda baru ni, kalo menjadi, semoga dpt membantu keluarga saya.

Easy get money, just register will get 25dolar, try it now :)
Mari buat duit mudah saja, mula2 register dah dapat 25dolar, cuba la

Click atau copy link di bawah ini
http://stayreward.com/index.php?share=114766

My Blog
http://gsiym.blogspot.com/2014/02/cara-buat-duit-paling-mudah-dari-rumah.html

Kreativ said...

Minta maaf korang semua, saya bukan spammer, just cuba nak cari rezeki lebey, taraf hidup da makin naik, pendapatan ayah RM150 sahaja sebulan, saya ada 11 adik beradik, tgh cuba benda baru ni, kalo menjadi, semoga dpt membantu keluarga saya.

Easy get money, just register will get 25dolar, try it now :)
Mari buat duit mudah saja, mula2 register dah dapat 25dolar, cuba la

Click atau copy link di bawah ini
http://stayreward.com/index.php?share=114766

My Blog
http://gsiym.blogspot.com/2014/02/cara-buat-duit-paling-mudah-dari-rumah.html

Farah Waheda Wahid said...

terbaiklah kak mesti sedap ni...

hazman aka species1980 said...

whoaa...sempoi la beb...ramai orang kata lebih mudah masak ngan pemanggang ajaib nie...nanti aku beli seafood pulak yea... hehehehe

Suria Amanda said...

sedap plak nampaknya tuh...

maszull said...

assalamualaikum CLP...wah mmg nampak sedap tapi byk sgt kuahnya...apa2 pun mekacih satu lg resepi yg baik...;)

Anonymous said...

mmg sedap ni... en hubby selalu buat walau resepi sedikit berlainan... selalu x bubuh air byk macam ni ler neway tq kongsi resepi !

JunAina said...

Akak ada jugak pemanggang ajaib Happy Call tu tapi dok bakar membakar je nanti2 nak kukus mengukus pulak.

Unknown said...

masak ikan stim asam boi xyah letak sos ikan la kan hikhik anyway it looks yummyyyy :)

cik nad said...

Fuyoo nk try ahh sedap nye

hayati suki said...

assalam dear... kte dah 2x try resepi ni... sedap yang amat tauuuu.... ;-)

paling best hubby kata sedap...

catz said...

i ada pemanggang ni..
wah now dapat idea.
tq lily