Monday, April 9, 2012

Sinopsis Filem Dan Trailer BERANI PUNYA BUDAK

Hi Korang,

Meh layan sinopsis citer terbaru dari Vision Works dan Alternate Pictures ni BERANI PUNYA BUDAK. Wah tajuk pun sudah gak kan.


Gabungan pelakon komedi yang termantop di Malaysia ni. Afdlin Shauki, Nabil, Johan, Awie dan Adlin Aman Ramli.



Meh layan sinopsis jap ek


Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.


Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.


Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.


Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.-

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?

Ermm tak sabar plak nak pi tengok nanti bila kuar kat panggung. Cam best je




6 comments :

Unknown said...

As salam Cik Lily,

Cerita ni mcm best je... Hb sy mesti suka ni... Bile keluarnye ni?? :)

Unknown said...

tulah tgk trailer dia pun cam best... Lagi lagi ade aflin shauki..

Azura Mendezz said...

Filem arahan Afdlin Shauki mmg jarang mngecewakn Cik Mendezz..
suke! =)

Cik Lily Putih said...

@Marya
may be 19hb nie

Cik Lily Putih said...

@Nurul
itulah dpt invitation tak?

Cik Lily Putih said...

@Cik mendez
nanti dah tgk kasi review ye