Wednesday, April 25, 2012

Nuffnang Bloggers Bergembira Di Awana Kijal Resort – Day 2


Hi Korang,

Sesapa yang tak tau pucuk pangkal, meh baca entry mukadimah dan entry Day 1 ye.


Hari Kedua, ermm haruslah bangun awal walaupun hari tu hari Sabtu kan, semangat nak berouting tu   makin hangat membara. Semestinya kena breakfast dulu kat Restoran Kampung Meraga Berias ni. Makan2 bebanyak sangat coz nak tambah tenaga kan. Sempat makan English breakfast, roti yang pelbagai jenis dan yang best tu makan nasi dagang. Hehehehehe. Kenyang perut suka hati.

Aktiviti hari ni ‘Kampung Tour’. Ktorg di bawa ke Cherating untuk  3 aktiviti ni. Betul-betul tempat kampunglah. Tempat-tempatnya ialah Pusat Santuari Penyu, Pusat Anyaman Mengkuang dan Ghazali Batik Gallery


Pusat Santuari Penyu
Merupakan satu pusat yang ditubuhkan untuk memelihara dan memulihara penyu-penyu yang terdampar di sini. Kat sini penyu di bela dari kecil lagi dan di ajar cara untuk survive diri bila di lepaskan ke laut nanti. Ada memacam penyu kat sini, penyu hijau, tuntung dan anak2 penyu yang comel. Tak boleh pegang ye, tengok dan amik gambo je boleh. 




Ada special penerangan sket dari Haji yang menjaga pusat ni. Segala pasal penyu  kesemuanya Haji ni citer, cara nak kenal penyu jantan ke penyu betina, penyu makan apa, bila penyu mendarat dan ada lagi lah soalan yang pelik2 diorg ni kasi. Memang seronok, ntah berapa banyak gambo aku snap untuk penyu ni je.


Pusat Anyaman Tikar Mengkuang
Abis je bab penyu, ktorg singgah ke pusat anyaman tikar mengkuang. Dekat je dari pusat penyu tu tadi. Kat sini tengok cara orang anyam mengkuang jadi tikar, beg, kipas dan ada lagi lah. Akak ni pun citer asal usul daun mengkuang ni. Ktorg siap belajar sekali cara mengayam tikar mengkuang ni. Ada banyak barang yang menarik but aku tak beli apa-apa pun sekadar cuci mata je.






Ghazali Batik Gallery
Tempat ni pun dekat situ2 gak. Kat sini ktorg belajar cara mewarna batik. Akak kat situ dah sediakan kain yang dah di canting dengan pelbagai corak dan design. Ktorg cuma mewarna je mengikut kehendak hati dan mood. Itu yang kuar memacam rupa. Kucing colur purple, rumah kaler hijau, ikan sirip warna-warni, bunga warna kelabu dan merapu2 lagi lah. Lepas kaler jemur kejap kat matahari panas terik tu, bila kering boleh bawak balik tapi bayar dulu lah RM10 henggat. Kira oklah tu kan. Dapat juga merasa buat batik ni cam ne walaupun kat sekolah dulu pendidikan seni dapat A1 kan.


Dah tengahari, so haruslah makan kan. Kedai yang ktorg pegi ni dekat area Kemaman.Chinese food lagi. Tong Juan Restaurant. Sedap betul. Nanti aku citer nak entry lain ye. Abis makan, ktrog di bawah ke tempat pembikinan satar dan keropok lekor area Pantai Mak Nik ni.  Aku dah penah tengok dulu masa outing ke Kuala Kemaman so tak heran sangat lah. Aku duk leka shopping keropok lekor. Sambil makan sambil shopping. Dapatlah beli 2-3 bungkus kan. Murah plak tu, 10 batang dalam sebungkus RM5 henggat je. Kira ok lah tu, kalau kat KL ermm jangan mimpi lah kan.


Balik hotel, salin baju cecepat then turun ke pantai untuk watersports activities. Hah, baru je nak naik jet ski hujan plak. So duduk lepak kat Oasis Hut tu pekena air kelapa muda dengan satar,otak-otak dan keropok lekor. Ermm makan lagi.



Hujan reda je, terus beratur pakai life jacket main ‘Banana Boat’. Hah ko seriau rasa, nak gugur jantung pun ada. Ada kisah kelakar masa main ‘Banana Boat’ ni. Nanti aku citer ek. Sempat jugak aku main ATV. Okla cam bawak kereta biasa pun brek guna tangan. Terperanjat gak lah masa memula bawak tu, kemudian sket baru ok.





Malas nak duk pantai lelama, ktorg lepak kat swimming pool plak. Berenang lah, terapung lah, renang berirama lah, jakuzi lah dan siap berphotoshoot underwater lagi. Thanks to Ruby sebab cameranya yang canggih tu membolehkan ktorg berposing dalam air kan.


Dah maghrib, rehat kejap dan bersihkan diri kemudian turun bawah ke Waterfall Café untuk steamboat dinner. Hah ko makan tak henggat lagi. Bedal je apa yang ada dalam periuk berasap tuh. Sambil makan ktorg dihiburkan dengan live band in-house. Memacam lagu yang diorg bawak, sampai ktorg duk ikut nyanyi2 sekali.

Lepas tu tak de buat apa pun. Ingatkan nak pi karaoke but tak de plak malam tuh. So duk melepak dalam bilik, upload gambo dan tengok tv je. Sambil kemas beg coz esoknya nak balik dah. Huhuhuhuhu sedeynya..

Ok dah penat merapu. So tunggu entry Day 3 ye.

Some pHoto cilok dari Ruby dan NuffnanG


11 comments :

Bro Framestone said...

Wah.. jelesnye... nak ikut

Unknown said...

Sedapnyer Air kelapa... ;)

Nikel Khor said...

Look so enjoyed there!

Misz-ella said...

Byknya aktiviti Lily. mesti best, kan.

Cik Lily Putih said...

@bro
alah ko lambat lah

Cik Lily Putih said...

@nurul
memang pun sangat melegakan

Cik Lily Putih said...

@Nikel
yup really enjoy

Cik Lily Putih said...

@kakchik
itulah sampai letih dibuatnya.. sakit tangan dan bahu

Geng Borak said...

nak ikut... (lambat)

Eliss said...

tak pernah masuk situ padahal selalu dulu duk lalu2 situ masa belajar :p

hazman aka species1980 said...

perghh.... gambar dalam pool tu memang cool laaa....