Sunday, April 8, 2012

Anda Lain Macam Bila Lapar, Kan Ada SNICKERS

Hi Korang,

Hari tuh, aku dapat pi media launch untuk SNICKERS ni. Eh! tak kan tak tau SNICKERS tu apa? Coklat lah. Sedap ooo kacang banyak dalamnya.



Hari ini, SNICKERS® melancarkan kempen “Anda lain macam bila laparTM” (“You’re not you when you’re hungryTM”) yang akan dilangsungkan serentak di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Filipina. Kempen ini telah dihasilkan berasaskan pemerhatian bahawa kelaparan akan membuatkan seseorang itu menjadi lemah dan bersikap aneh. Ia juga akan menjejaskan hubungan kita dengan orang sekeliling serta menggangu prestasi kita.

“Anda lain macam bila laparTM” adalah sebuah kempen iklan inovatif yang menunjukkan kebaikan dan keenakan SNICKERS®; yang ia adalah bar coklat yang dapat melegakan kelaparan untuk meneruskan hari anda.” jelas Ng See Meng, Pengarah Pemasaran SNICKERS®. “Padat dengan kacang panggang, caramel dan disaluti coklat susu, SNICKERS® adalah bar coklat yang lazat dan dapat melegakan kelaparan untuk meneruskan hari anda. Sebab itulah juga Snickers kekal sebagai salah satu makanan ringan yang paling digemari di dunia. Di Malaysia, SNICKERS® kacang 55g merupakan unit jualan tunggal terbaik.” (ACNielsen Retail Audit, MAT December 2011 – single unit bar, total Peninsular Malaysia).

Kempen ini akan dilancarkan di Malaysia, Singapura dan Filipina pada minggu pertama bulan April ini dengan pelancaran komersial televisyen terbaru (TVC) dan peraduan on-line.

Mengenai Peraduan On-line:-

Mulai 1 April 2012 hingga 15 Mei 2012, peraduan on-line SNICKERS® “Anda lain macam bila laparTM” akan menjadi cabaran antara ketiga-tiga negara untuk merebut gelaran juara. Para peserta peraduan ini perlu
memuat naik gambar wajah-wajah kelaparan mereka di laman facebook SNICKERS® www.facebook.com/
SnickersMalaysia

Negara yang mempunyai penyertaan paling ramai akan memenangi hadiah berupa bekalan SNICKERS® selama enam bulan untuk salah satu pasukan bola sepak negara mereka, sementara dua buah negara yang lain akan memenangi hadiah berupa bekalan SNICKERS® selama tiga bulan.

Para peserta juga akan berpeluang memenangi hadiah untuk diri mereka sendiri. Empat pemenang dari setiap negara akan dipilih berdasarkan penyertaan foto yang paling kreatif. Setiap pemenang akan menerima wang tunai USD300 dan 100 bar coklat Snickers.


Pada akhir peraduan ini, 1 Pemenang Hadiah Utama dari setiap negara akan dipilih. Pemenang Utama yang terpilih akan berpeluang mengunjungi Poland bersama pasangan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak kejuaraan Eropah 2012 secara langsung!

Majlis pelancaran kempen ini telah mengundang Ketua Jurulatih Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal,


Kapten Safiq Rahim dan Pemain Sayap, S. Kunanlan sebagai tetamu khas untuk memeriahkan lagi majlis. Ini menandakan salah satu penglibatan dan kempen terbesar SNICKERS® di Asia tenggara pada tahun 2012 ini.


Bebudak bloggers lelaki ni sempat jugak main futsal lah dengan mereka berdua. Walaupun kalah pun tetap bawa balik sebakul SNICKERS tau.


“Apabila seseorang itu sedang lapar, sama ada seorang atlet ataupun bukan, ia hampir mustahil untuk individu itu untuk menjalankan activitinya dengan sebaik mungkin. Badan kita perlu berada pada tahap untuk melaksanakan tugasan dengan baik. Ia amat penting untuk kita mengelakkan diri dari kelaparan. Lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang atlet,” kata Datuk K. Rajagobal.


Jangan biarkan kelaparan menukar anda menjadi orang lain. Padat dengan kacang panggang, karamel, naget dan disaluti coklat susu, SNICKERS® akan memberikan anda kepuasan dan menghilangkan rasa lapar untuk meneruskan hari anda. Paling penting, ia akan membantu anda menjadi diri anda semula,” kata Ng.

CLP notes : Jomlah join kempen nie, hadiahnya dapat pi POLAND tau.


11 comments:

Myvitrd said...

dapat free makan sedap juga ni.. hehehe

Sharinginfoz said...

alamak apasal le saya suka coklat mars or kit kat.

hazman aka species1980 said...

Perghh... SAFIQ RAHIM tue.... kalau dapat jersi dia tu memang best laaa

Nurul Akmal said...

boss nurul kat office selalu sgt beli ktorg snickers.. Yup memang mengenyangkan.. :-)

NadyaBubble said...

Snickers sedap !

CikLilyPutih said...

@Myvitrd
memang pun, dpt byk snickers hari tuh

CikLilyPutih said...

@sharinginfoz
alah cuba dulu satu then baru tau

CikLilyPutih said...

@hazman
nanti aku pi mintak kat K rajagopal ye kahkahak

CikLilyPutih said...

@Nurul baiknya bos awak, tukar bos nak?

CikLilyPutih said...

@nadya
ye betull

abdfatah said...

iklan dia kat tv pulak... penjaga gol lembik aje time main bola sepak... tak makan ka?

weih... balik laa...

awaklah balik... hahahaha

lepas makan snickers... apa jadi??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails