Thursday, March 15, 2012

Family Shopping Holiday @ Northern Malaysia

Hi Korang,

2-3 hari ni blog aku cam kelam kabut sket. Entry kemana reply komen pun kemana. Bukan apa aku pi bercuti dengan family aku. Mr Big tak ikut coz dia tak dapat amik cuti last minit. So tinggal lah dia kat umah menjaga kak jemah, acai, penunggu gua dan si emas gangster. 


Alah mak aku ajak so ikut jelah. Malas nak bising2. Ktorg kemana lagi kan? Langkawi lah. Makcik2 aku ni suke sangat abiskan duit kat sana. Maklumlah duty free zone kan, of course segalanya murah. Baik pinggan mangkuk, coklat, travel bag, perfume dan memacam lagi lah.


Kitorg bertolak sabtu petang dari Melaka dan sampai Jetti Kuala Perlis. Naik carter bus. Senang sket penuh sekeluarga. Sorang kena bayar RM250 je. Siap hotel + ferry + entrance fee masuk tempat2 pelancongan. Kira murah kan. So first day to more on melawat sana sini macam Klim Geopark, Cable Car, Tempat Minyak Gamat, Dataran Lang, Kota Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Air Hangat, Waterworld dan lepak kat Pantai Cenang. 


The next day yang best tuh. Satu hari shopping. Dari pagi sampai ke petang. Ktorg ke Idaman Suri, Kedai Hj Ismail Group, Ram Shop dan segala mak neka kedai shopping kat Pekan Kuah tuh. Aku yang tak de menda nak beli ni pun terbabit sama gak kan. 


3rd day nak balik tuh tak leh nak cakap apa. Beg dah beranak2. Aku yang bawak backpack ni dah jadi 3-4 bag. Orang lain lagi lah siap 3-4 troli bertambah. Rasanya dalam ferry tu penuh dengan barang2 shopping. Jenuh nak memikulnya kan.


Kemudian, ktorg mesti kena singgah ke Padang Besar. Apalagi sambung shopping kat sana. Barang2 dari Siam haruslah murah2 kan. Aku sempat sambar baju 2-3 helai untuk Mr Big sebagai upah dia jaga binatang kesayangan aku tuh kan. Mak aku haruslah memborong tak ingat. Itu dia beli ini dia beli. Alah sekali sekala kata dia.

Ermm sekali sekala outing dengan family ni memang seronok. Boleh gossip lelama sket pasal itu ini. Yelah kalau jumpa biasa2 pun dapat borak kejap2 je kan. Tukar2 idea, tambah2 ilmu sket dan yang penting dapat amik gambo lompat bebanyak kan. kahkahkah

Aku sempat tanye makcik2 aku berapa dirog bawak duit pi holiday shopping ni kan. Averagenya sorang bawak RM3K untuk trip ni je. Boleh pitam kejap aku dengar lah. Giler banyak tuh. Aku? tak banyak bawak cuma RM1K je. Itu yang leh shopping sket2 je tu kan.

Erm nanti aku citer details lagi pasal tempat2 yang aku pi ek. Kalau semua citer kat entry ni boleh pengsan korang baca kan. Gambo pun aku tak amik banyak coz sibuk nau bershopping. 

CLP notes : Lain kali kalau nak pi holiday + shopping sila bawak duit bebanyak ye.

13 comments :

Afasz said...

perghhh borong sakan ye....lepas tak? ke kena byr cukai?????huhu~ beli kuali , pinggan mangkuk ke apa...hehe

Afasz said...

waaaaaaaaaaaaaaaaa ...padang besar pon singgah ke....rindu sama padang besar !!!!! dulu slalu p masa study di arau....ngeh2

hazman aka species1980 said...

kalau kat padang besar aku suka cari jersi bolasepak ataupun pakaian sukan....jeans pun murah gak kat situ....

NadyaBubble said...

Memang best shopping kat dua tempat ni :D

Cik Lily Putih said...

@nik farizam
memacam yang di beli sampai nak putus tangan menjinjit barang

Cik Lily Putih said...

@Nadye Bubble
haruslah kaki shopping memang suka tpt nie

Cik Lily Putih said...

@hazman
memang nak belikan Mr Big jersi bola but tak de saiz untuk dia...

Sharinginfoz said...

seronoknya pi jalan2

Ma'am IEDA said...

memang borong sakan... Kalu bagitau awal2 boleh gak nak kirim periuk stim...Ahakss ! Good to see Easgle Square dah open balik, aritu pegi closed.

Eliss said...

mak aihhh sakan memborong. bila ntah nak pg langkw ni. sejak kawen x pernah jejak kaki kat sana. nak blk manja2 ngan laling :p

Cik Lily Putih said...

@sharinginfoz
itulah seronok tapi penat

Cik Lily Putih said...

@Ma'amIEDA
apsal tak cakap, memang murah sangat lah

Cik Lily Putih said...

@Elismie
ko tak penah pi langkawi, biar betul? aku ni cam balik kampung. tiap2 pegi tanpa jemu tau