Monday, March 7, 2011

Mahalnya Harga Tiket Wayang.

Hi Korang,

Siapa kat sini kaki wayang? Eleh mesti ramai kan. Pantang dengar ada citer baru mesti nak pi tengok. Betul tak? Yeah, aku pun sama tau.

Di sebabkan hujung2 minggu lepas ktorg tak event/project/photoshoot/kenduri kawin/outing dengan sesapa pun, so ktorg amik kesempatan untuk balik umah MIL aku. Ala dekat nau dengan Wangsa Walk kan. So malam tu lepas dinner tak tau nak buat apa aku ajak diorg pi tengok wayang. Citer Burlesque sebab MIL aku selalu nau citer ala-ala musical nie so dia boleh nyanyi2. Itu kata dia.


Ktorg pegi berempat dgn SIL aku. Orang memang ramai time2 weekend kat Wangsa Walk ni, sampai nak cari parking pun payah. Nasib baik aku ada dapat 2 tiket free sebab menang makan ice-cream harituh. So dapatlah jimat kan cuma beli untuk 2 tiket lagi. Bila kuar duit time bayar aku bagi RM20 then budak tu cakap lagi RM6. Mak oi satu tiket sekarang ni RM 13.00 ye. Wah hebat betul lah. Tak sangka aku. Lama sungguh aku tak beli tiket wayang ek. Yelah aku selalu dapat tiket wayang free dari Nuffnang dan Churp2 kan. Tapi mahal2 pun, tempat duduk selesa, toilet pun bersih dan caramel popcorn dia sedap okeh. So aku tak marah sangat lah kan.


Dah-dah, malas nak ingatlah. Meh citer pasal Burlesque nie.

Burlesque is a 2010 musical film, written and directed by Steve Antin, featuring such major singers as Cher and Christina Aguilera. It was revealed that both of them would contribute to the soundtrack album.

Christina Aguilera debuts in her first feature film as Ali, a small-town girl with a great voice and who tries her luck to achieve stardom performing as a singer in a nightclub in Los Angeles. The Burlesque Lounge, a regal but old theater is the home to a musical revue, and also a club where legends are born. It is where Ali is hired as a cocktail waitress, by club owner and headliner Tess (Cher). Ali is enchanted by the club’s costumes and choreography and promises herself to perform at the Burlesque one day.

Citer ni best. Memang betul2 musical lah. Sket2 nyanyi sket2 nyanyi. Lagu2 pun best jugak. Dance diorg ni cantik2 dan sexy2 tau. Ada pengajaran jugak lah. Seronok betul MIL aku tengok citer, siap nyanyi2 sekali.

Abis wayang, ktorg ke Uptown Danau Kota plak. Saje jejalan. Nothing to buy pun. Sibuk tengok kerenah orang je.



7 comments :

Kancilbiru said...

dah 13 hinggit?? nampak sangat la KB pun ketinggalan ketapi. before rm10 jer kan..

burlesque ni KB beli CD...hehehe. memang best filem ni..tertonggeng2...hahaha

aurikelsan said...

kat sesetangah shopping complex tiket wayang memang mahal, kat sunway pyramid kalau cite baru/ box office muvie harga tiket sampai RM14..

h4ni3 said...

hari rabu murah... rm7
(tapi ni 2 tahun lepas kot.. kekeke)

Syigim said...

takpe ciklily, enjoy la harga tiket RM13 tu. sebab i kat dubai ni dlm setahun 1-2 kali je tgk wayang. serius. harga tiket seat BIASA - 30dhs - lebih kurang RM25! blom lagi kalo 3D or imax..

BeaN MorENo said...

best tak cite ni

Sumijelly said...

hahaha........ tu la..dha biasa asyik dpt tiket FRRE jer..smapai harga tiket pun dah tak semak..

errk.. baik beli DVD layankat umah jerla.. klau dh 4 org aku angkut g panggung...kira la baper dah...hahahaa

Sumijelly.com

Kpop Flash said...

huh ! biasa lah tu.. zaman dah moden :P