Wednesday, March 30, 2011

Meragam Pulak

Hi Korang,

Quick update je hari ni sebab aku kurang sihat sket.

Rasanya aku tak salah makan tapi pekerja kat kantin opis ni yang salah bancuh air kot. Selalunya pepagi aku minum air kosong je untuk breakfast. Tup tup hari tuh boleh plak gatal mengorder teh tarik. Hah apa lagi, amik ko. Tak sampai 10 minit kejap2 ke tandas.

Aku pun ingat biasalah tu kot, yelah minum susu pepagi. Mestilah nak membuang je. Rupanya tidak. Sampai aku balik umah pun still cam tu jugak. Tapi di sebabkan malas nak pi klinik aku bedal jelah ubat2 yang sedia ada. Ermm pun tak jalan jugak. Malam tadi, harus rasanya aku tidur kat jamban tu kan.

Pepagi tadi bangun, siap2 nak ke opis, meragam perut tak abis lagi ni. Apa lagi singgah klinik kosong jap kat area umah aku ni terus ke doktor. Confirm doktor cakap salah makan ni sebab perut ada bunyi bisa2 sket. Uisk terrerlah doktor nie, sampai cam tu sekali dia tau kan.


Lepas kena RM46 hengget, dengan tak sarapan terus makan ubat. Yelah dah tak tahan kan. dapat MC satu hari. Singgah opis jap settle apa yang patut then terus balik umah dan rehatkan perut yang senak gila nie.

Sekarang ni dah kurang sket but still ada lagi gak lah. Sampai nak makan pun aku tak de selera lah. Tapi mr Big bukan main seronok bedal ikan pari bakar tengahari tadi dengan nasi ayam salai yang aku bawak balik tadi.

Ermm, dah lama tak sakit kan. Sekali sekala sakit apa salahnya. Lagipun aku bukan robot yang kena keje 24 jam kan.

P/S : Jawabnya miss lagi aku nak tengok wayang citer HOP kat Cineleisure malam ni lah. Sorry tau Nuffnang.

2 comments :

KiD said...

jgn lupa mkn ubat

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh sakit perut/senak, cirit birit, memang tak boleh tahan, boleh tdo dlm toilet dibuatnya