Wednesday, March 23, 2011

Lunch di Kedai Ayam Salai Yang Superb

Hi Korang,

Ni nak citer sket pasal kedai makan yang aku pegi semalam masa lunch time. Kat B.B.N. ni banyak sangat kedai makan sampai x tau nak pergi yang mana satu. Fastfood pun melambak2 maklumlah bila Tesco & Giant ada.


So semalam, ktorg pi merayau sampai ke arah Pajam then terpandang satu kedai ni. Betul2 tepi jalan dekat dengan traffic light nak naik LEKAS highway dan simpang ke Pajam.


Kedai ni merupakan sebuah warung kecil yang menjual ayam organik, ayam kampung, itik yang di salai/dipanggang. Masa ktorg sampai tu semua baru masak kira berasap2 kat situ. Dengan tak tau nak order cam ne, ada pakcik kat situ tolong suggest menu apa yang sesuai untuk ktorg bedal.















So ini dia, ayam organik salai 1 ekor untuk 4 orang makan dengan side dishnya sekali. Semuanya masa sampai tu panas2 dah lah sejuk kan time. Ermm makan tak ingat.Totally memang sedap hingga menjilat jari. Habis seekor ayam tu ktorg bedal.

Aku yang last bedal ayam tu kan

Tup-tup tengah2 makan, datang lagi 2 kereta bebudak opis aku ni. Rupanya diorg nie dapat hidu kat mana ktorg pi makan lah. Dahlah bersusun je bebudak opis. Makin nak dekat tghari makin ramai yang datang. Uik laku betul ayam salai kedai ni ek.

Sambal/sos yang bersusun.

Tengok tuh, sampai licin.

Sampai tersandar aku bedal ayam salai ni, kuah masak lemak cili api ni pun sedap gak. Sambal pun not bad.

Dia ni orang Philipines, 1st time cuba makan ayam salai nie

Geng yang sampai kemudian pun dah siap makan.

Kalau sesapa yang ada kat area Nilai ni bolehlah datang makan kat sini. Bagi aku memang sedap but tak tau lah tekak korang kan. Total ktorg makan untuk 4 orang dalam RM31.00 je. Murah kan. Jatuh sorang RM7.80. Oklah tu untuk lunch.

So baik cuba!


21 comments :

Kancilbiru said...

oh sangat murah tu cik lily....tak sampai 10 hinggit lauk macam tu...dan unik pulak tu..

Azueriena Norash said...

wallaaaa...bestt tuu...azue pun dok nilai niee.....makk aii nengok ayam n itik salai nie memang peberett ler......

farra-eng said...

wahhh bukan main lagi.. hmmm rasa mau apply keja part time di giant tu :p

Lin Elier said...

ini musti kena pi try nihh!!
thanks babe for the info

sw33tdarling said...

perghhhh kecur liur aku.. terus rasa nak pi makan ayam goreng nasi kukus...

isabelle said...

itik salai tu mcm itik gantung x?kuikuikui

h4ni3 said...

fuiyo
bergantung2an ayam salai!

Jiji said...

wahh aku dah try!! ayam dia sedap!!!!!!!!!

fRaMe+LenSeS said...

macam sangat sedap ja.. wahhhh

CikLilyPutih said...

@KB,
dahlah murah sedap plak tu kan

CikLilyPutih said...

Azueriena Norash
baik cuba, dah dekat tu kan

CikLilyPutih said...

@fara-eng
sedapp fara, baik cuba tau

CikLilyPutih said...

@lin Elier,
hah cuba jangan x cuba okeh

CikLilyPutih said...

@amy
nasi kukus.. ermm mantap2 lah

CikLilyPutih said...

@belle
ishk ko nie potong stim betul lah.. huahauhauha

CikLilyPutih said...

@hanie
itulah dah macam kedai cina plak lah

CikLilyPutih said...

@jiji
jauh betul ko jalan ek, sampai ke sini

CikLilyPutih said...

@frames+lenses
memang sedap pun..

aku ekynn said...

oh my gucci.. pinggan kosong aku je? mana gambar aku daa... huaaaa...

Anonymous said...

kat mana kodainya...

AYuNG said...

waaa...selalau lalu je kat kedai nih, memang penuh majang jer org..hihi

cik lily keja kat jotun yer:)